Alamat blog

Tadi Isteriku yang nombor 1, cuba mendaftar Facebook, satu laman rangkaian sosial (sosial networking' Tapi itu bukanlah cerita yang hendak kuceritakan.

Di facebook ada "The Wall",


Maka saya pun terus teringat wall (/usr/bin/wall), dan menggambarkan kalau sekali taip, mesej itu akan sampai kepada semua kawan kita. Tapi mungkin "The Wall" pada Facebook itu adalah benda lain.

Ya memang benda lain, ia hanya seperti Papan Notis sahaja dan bukannya wall seperti N*X (termasuk Linux dan OSX).

Patut lah tak kelihatan bagaimana kita hendak 'mesg n'.

Untuk mengetahui apa itu wall pada N*X, seperti biasa 'man wall'.

Suatu ketika dulu, 'write', 'talk', 'wall' adalah satu benda yang menyeronokkan.

'write' adalah satu arahan untuk menulis pada konsol seseorang yang logmasuk dalam sesuatu sistem.

'wall' adalah arahan untuk menyiarkan mesej ke konsol semua orang.

walaubagaimanapun ia bergantung pada status 'mesg' seseorang itu.

contoh penggunaan:


Ada sesiapa di sini ketemu jodoh menggunakan write / talk?

p/s: ingat lagi finger?


kemaskini:
contoh penggunaan 'wall':-




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Azurah Anuar // 21 September 2007 pada 10:47 PTG  

    hari ini hari mengingati kekasih lama?


    mula2 tadi kat a&w cite pasal dating, pastu teringat tempat dating, teringat tudung awek lama, sekarang cerita finger pulak.

    :P

    hahahah

    layan jelah

  2. Hasbullah Pit // 21 September 2007 pada 10:53 PTG  

    @wa

    ala kita pun dulu borak2 guna talk gak.

    tapi kena emel dulu Alamat IP setiap hari.

    heh

    anyway, kalau nak talk mlm ni, IP saya 192.168.1.4

  3. Hasbullah Pit // 21 September 2007 pada 10:54 PTG  

    Jap wa
    Jap
    saya lom idupkan ssh

  4. Azurah Anuar // 21 September 2007 pada 10:56 PTG  

    ada putty ke kat notebook saya?

  5. Hasbullah Pit // 21 September 2007 pada 10:57 PTG  

    muaturun la kalau takde,

    eh login wawa ada, tapi passwd tak ingat, saya reset baru je la.

    (refer suara saya untuk dapatkan passwd)