Alamat blog


Hahaha

Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan.

Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa.

Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes.

AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital.



Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa.

Kabel optikalnya memang susah untuk dicari.
Kalau nak cari, nama kabel itu ialah TOSLINK t0 mini toslink cable.

Jadi secara rasminya, hanya audio dari iTunes sahaja yang boleh dikeluarkan secara wifi melalui Airport Express.

Akan tetapi wujud juga aplikasi pihak ke 3 yang membolehkan seluruh Windows dan MacOSX menghantar isyarat audio wifi ke Airport Express. Airfoil.

Memang best airfoil ini, tetapi ia perisian berbayar :( USD 25 1 kesen, USD 49 5 lesen.


Justeport program baris arahan untuk windows. boleh dijadikan sebagai paip, tapi dalam dunia windows ada orang guna paip kah?

mpg123 lagu.mp3 | justeport 10.0.0.1

Tak mustahil kalau seluruh bunyi dipaipkan ke program itu.

manakala untuk Linux, ada roap-play , ia bolehdijadikan jurupacu alsa, yang membolehkan airport express bertindak sebagai kad bunyi tambahan.

Saya sebenarnya tak pasti dimana hendak diletakkan Airport Express itu, di Sistem audio utama yang sering digunakan untuk Astro? Atau Sistem audio lama.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Acaii Jawe // 27 November 2007 pada 3:04 PTG  

    huhuhu, tak pernah taupun router bleh kuarkan sound:) hebat betul teknologi sekarang..mmg dah kena rajin check kat internetlah ni,heehee

  2. Tanpa Nama // 28 November 2007 pada 3:15 PTG  

    nampak sgt aku ni xtahu langsung pasal benda ni...

  3. Hasbullah Pit // 28 November 2007 pada 11:08 PTG  

    faisal:

    aku lebih anggap dia sebagai peranti audio berbanding router.

    ia bukan router yg baik macam dlink dll.

    kalau ada rangkaian wifi sedia ada, dia boleh jadi salah 1 klien yang sambung pada router sedia ada.
    so dia lebih portable.


    chot:
    dipendekkan cerita, komputer tempat lain, boleh keluarkan lagu dari komputer tu secara wifi ke speaker