Setibanya saya di sana saya berborak seketika dengan semit (baju putih belah kiri) tentang harga minyak akan naik akan tidak, seperti biasa saya akan kata ia akana naik kerana minyak mentah sudah 'stabil' USD 90 an setong. Seperti biasa saya pun menerangkan formula subsidi minyak sebol, tak pasti pula dia faham atau tidak.
Jadi ceramah bermula dengan Ucapan Khalid Jaafar Keadilan, yang juga menyentuh tentang harga minyak, dia mempersalahkan kerajaan kerana gagal mengemukakan formula terbaik untuk kebaikan semua. Juga ada menyentuh tentang Agenda Ekonomi Baru - (muatturun) Saya tak pasti berapa ramai yang hadir ke ceramah itu faham isi kandungannya. Dipendekkan cerita, Agenda Ekonomi Malaysia mempersoalkan kenapa Pendapatan perkapita Rakyat Malaysia 5 kali ganda lebih rendah dari Singapura.
Suatu ketika dulu, saya selalu berjumpa dengan Khalid Jaafar ketika dia sering ke Taman Permata, saya tak pasti dia kenal saya atau tidak.
Ucapan Ustaz Kamal, agak menarik, mempersoalkan hutang kerajaan negeri Melaka sudah mencecah 1 billion, ditambah lagi pula dengan projek baru buat menara (tak pasti menara apa), ditambah pula projek bina semula kota lama. Tak hairan dia mencecah 1 billion.
Hutang kerajaan Negeri kepada pusat umpama hutang dari anak kepada bapanya. Walaubagaimanapun, ia menunjukkan sifat pembaziran dan kegagalan mengurus perbendaharaan negeri. Sedangkan memang sudah ada peruntukan dari kerajaan pusat kepada setiap negeri.
Dalam Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim, selain daripada cerita bagaimana tokey judi menentukan siapa hakim negara, juga ada banyak menyentuh tentang ekonomi, walaupun di blognya sudah lama tidak menceritakan tentang ekonomi. Terkejut juga saya apabila dia mengatakan akan menurunkan harga minyak jikalau Barisan Alternatif memerintah.
Ya memang semua orang akan suka bila harga minyak turun, tapi dari sudut ekonomi, Subsidi akan lebih banyak dinikmati oleh orang kaya berbanding miskin dan penyeludupan akan meningkat. Jikalau mengikut sistem kedua2 jenis petrol ron 92 dan 97 diberikan subsidi, maka ia sebenarnya tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah. Sekarang ini pun berapa juta subsidi minyak Malaysia dibawa lari ke negara jiran, tak termasuk yang tidak ditangkap.
Akan tetapi, bila difikirkan, ianya boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis gred petrol.
ron 95 bersubsidi, dan ron 98 tanpa subsidi. Mekanisme khas diperlukan untuk menghadkan penjualan petrol bersubsidi agar ia terkawal.
Ceramah Khalid Jaafar, Ustaz Kamal, Syamsul, Anwar Ibrahim di Tedong, Merlimau
11/25/2007 01:07:00 PG | Anwar Ibrahim, Ceramah, Kamaruddin Sidek, politikBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Yer,saye pun sedikit pening ngn parti ini.Mereka mempunyai pakar2 korporat dalam parti seperti din merican,tapi kurang membahaskan pasal ekonomi.Saye rase kalau mereka nak menang PRU,mereka perlu lebihkan penyelasaian untuk ekonomi,yakinkan rakyat,bukan setakat kate bagi subsidi untuk kurangkan harge minyak,umum tau.Kita benci rasuah,kita juga sayangkan negara! Haha.