Alamat blog

Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan.


Ini kata najib.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu.

Serupa macam penurunan kadar faedah, ramai berbelanja, ekonomi rancak, tapi poket rakyat kosong.
M3 naik.

Orang yang tidak mampu beli kereta, terasa mampu beli kereta dan beli kereta. 15 hb semua pening kepala.

Mari kita kaji nilai perbelanjaan mengurus PR 130b dengan BN 154b.

Nilai BN ada lebihan 24b untuk dibelanjakan oleh kerajaan dan menguntungkan kontraktor dan pembekal.

Tetapi belanjawan BN adalah defisit. Kalau defisit mengapa tak jimatkan perbelanjaan mengurus?

Apa yang saya nampak, ekonomi dilihat oleh "pakar ekonomi" mesti meningkat, tak kiralah pendapatan atau perbelanjaan semua mesti meningkat.

Jika negara boleh menjimatkan 24 bilion daripada perbelanjaan mengurus, dipendekkan cerita ianya hanya pengurangan kecil daripada perbelanjaan mengurus tahun sebelumnya.

Tahun lepas 2007, pegawai kerajaan terpaksa habiskan peruntukan.
Tahun 2008 pula ada arahan kepada pegawai kerajaan supaya kurangkan berbelanja walaupun pada awalnya kelihatan seperti duit cukup banyak.

Mengapa perlu 2009 berbelanja lebih daripada perbelanjaan 2008 dan 2007?


Perbelanjaan mengurus 2007 hanya 112 bilion. (sumber kementerian kewangan)
Jauh lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus BN 2009 (154b), dan PR 2009 (130b)

Daripada 112 b perbelanjaan mengurus 2007, kalau ekonomi berkembang 6%, perbelanjaan mengurus 2008 sepatutnya lebihkurang 6% juga meningkatannya.

Jadi, 112 + 6% = 118 bilion , sepatutnya perbelanjaan mengurus 2008 ialah 118 bilion.

kalau KDNK 2009 meningkat 6 % (walaupun sebenarnya tidak),
118 + 6% =  125 bilion.

Macam mana Anwar boleh kata 130 bilion? Najib pula 154 bilion?




Berpusing!!!!!!

Merujuk kepada berita di Malaysiakini tajuknya, Anwar minta Najib bentang bajet baru

Anwar Ibrahim yang saya kenal tidak pernah menggunakan istilah bajet, sehingga kini dia masih lagi lagi menggunakan istilah Belanjawan. Mana mungkin dia akan menggunakan istilah 'bajet'.

Jika diteliti berita Malaysiakini itu:


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas. 

Manakala, berita di skuad DUN Batu Caves:

"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.-

Tapi yang peliknya ada bajet di sini

 Ingat pesan saya.

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"




Berpusing!!!!!!

Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan.

Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves.

Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan.

Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave.
Mereka yang awal meyiarkan catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung.


poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini.

Mereka tidak menafikan bahawa ianya untuk "semangat DSAI"


Kemudian Perisik Rakyat membuat Catatan :

Sejarah Tercipta...!!! PKR Naik BERHALA ~ ref Malaysiakini


Tajuknya agak keras dan kontroversi kerana perkataan berhala.
Agaknya, kalau guna perkataan "syirik" atau "khurafat", mungkin ada yang pandang sebelah mata.

Bagi saya penggunaan istilah berhala agak tepat, sesuai dengan tujuan mereka dirikan poster yang menyerupai patung itu.

Maka, Saudara Topeng_Perak pun dihentam.....


Kemudian wujudlah "Penjelasan" Skuad DUN Batu Caves tentang "Berhala" itu.

Di dalam "Penjelasan" itu, mereka menyatakan matlamatnya sekali lagi..

Dan kami menyediakan poster gergasi ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau.

Matlamat tetap sama iaitu untuk individu bernama Anwar Ibrahim.

Kemudian Perisik Rakyat menulis

Kenapa Aku Bantah "REPLIKA@BERHALA@TUGU" DSAI..?


Perang ulasan berlaku

Kemudian, Dr MAZA meminta supaya ia diturunkan.

Mufti Perlis: Penyokong Anwar jangan taksub

“Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.
“Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?” katanya.

Tujuan telah dinyatakan di dalam blog Skuad DUN Batu Cave itu iaitu untuk "Semangat DSAI"

Kemudian, keluar kenyataan di Malaysiakini mengatakan YB Amiruddin tidak mahu menurunkan poster itu. Kini YB Amiruddin sendiri mengaku menyumbang RM 100 untuk poster yang kelihatan seperti patung itu.

Beliau berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.

"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.

Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."

 Di cerita yang sama di blog Perisik Rakyat, seperti biasa, perang ulasan beserta ugutan blog akan tersungkur.

Dr3mte4m said...
Amenda la ko ni bro menda ni ko perbesarkan. Kalau menda ni jadi isu aku salahkan ko jer. perbesarkan crite. jgn sampai blog ko tersungkur nanti. tak caye ko tgklah nanti.
Secara kebetulan DNS saya "tersungkur" beberapa jam pagi tadi.

Ali Rustam.
Di peranan Ali Rustam?

Saya tidak ingat di mana, akan tetapi Ali Rustam turut memberi ulasan tentang "Berhala" ini, tetapi mahukan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat dengan mengatakan sudahkah PKR mendapat kebenaran PAS.

Wah.

Maka selepas Ali Rustam memberi ulasan, barulah beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan.

FIkir Semula Tugu Negara

AYER KEROH – Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman mengharapkan pemimpin negara memikirkan kembali berkenaan penghormatan Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

“Memberi penghormatan kepada Tugu Negara (yang terbukti patung) itu yang harus dipertikaikan dahulu sebelum dibandingkan dengan replika gergasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas dalam tindakan memberi penghormatan terbabit (kepada Tugu Negara) sebelum mempertikaikan sesuatu perkara. Barulah ada kesan apabila isu ini dibangkitkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, akibat daripada itu, ia berkemungkinan besar menjadi dorongan kepada penyokong PKR di kawasan itu bertindak untuk membuat replika pemimpin mereka.

“UMNO harus dilihat sebagai lagi teruk kerana begitu mengagung-agungkan pemimpin mereka, manakala tindakan penyokong PKR itu sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kerana orang mereka beragama Hindu,” jelasnya. 

 Macam lari sedikit dari tajuk, tetapi tidak menegur YB Amiruddin, atau "semangat DSAI"  yang mereka tidak pernah nafikan.

Khairul Faizi membuat satu ulasan yang agak "play safe".

Agak-agaknya, sekiranya replika tersebut bukannya replika DSAI mungkinkah ia akan menjadi kontroversi? Banyak juga papan-papan iklan yang dinaikkan di serata negara yang menaikkan gambar/replika selebriti terkenal negara tapi tidaklah menjadi kontroversi sehingga memerlukan seorang mufti untuk memberikan pandangan atau nasihat.

Saya bukannya menyokong agar replika tersebut dinaikkan kerana pastinya saya tidak akan naikkan replika seperti itu untuk menunjukkan tanda rasa hormat dan kasih saya kepada TG Abd Hadi Awang, TG Nik Aziz ataupun YB Salahuddin Ayub kerana saya tidak melihat ia adalah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa sayang kita kepada kepimpinan kerana ia tidak diajar oleh Islam dan jamaah. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah satu projek yang diketuai oleh En R Viraya, seorang penganut agama Hindu (maafkan saya jika silap). Mungkin budaya dan agama mereka seperti itu.

Nampak gayanya, Khairul Faizi dan Ustaz Ghani seolah-olah mengganggap tiada penglibatan orang Islam dalam pembinaannya. Mungkin tidak membaca penjelasan DUN Batu Cave yang ianya dibina untuk "semangat" dan pengakuan YB Amirudin turut menyumbang RM 100 dan merasmikannya.

Sampai di blog Hani Nasution saya dihentam?

nampaknya pemikiran org yang posting ni.. tahap budak darjah nam rupenya. saye tgk ummianni, pit, saje backing perisik rakyat. apsal tango baik jer. kroni ker.
 Antara perkara pelik dalam isu ini ialah bukan Islam berpandangan berbeza sedikit.

Di Malaysiakini
Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

R Viriya, ketua projek sedia robohkan, akan tetapi YB Amiruddin mahu tunggu tamat tempoh.

Di blog Damien Yeo (DAP), Semua mengatakan ianya tidak perlu. mungki Damien tidak tahu ianya daripada wang individu.




Berpusing!!!!!!

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Maklumat.


Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta.

Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!




Berpusing!!!!!!

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia.

Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia.

Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan.

Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing.

Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI.

Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana.

Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia.

Bukannya pengurus Dana menjauhi Malaysia hanya kerana Anwar.

Memang sedikit sebanyak, cerita 16 september juga mengakibatkan pengurus dana berundur seketika.

Ketika ini pun, pengurus Dana masih pening kemana hendak dilaburkan duit-duit yang ada. Tetapi saya agak optimis malaysia tetap negara sesuai untuk melabur.

Malaysia bumi bertuah, cucuk sahaja ubi kayu di mana-mana, akan hidup dan boleh hasihkan tenaga.

Hari ini, Najib diumumkan menjadi Menteri kewangan, dan secara automatik beban Ringgit jatuh di bahunya.

Berbalik kepada persoalan pengurus Dana yang menjauhi Malaysia, Adinda kepada Najib, Datuk Nazir secara terbuka menkritik cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kerana ia akan menjatuhkan gred Bon dan ianya tidak mesra Pelabur.

Pening?

Dalam ertikata lain, Adik kepada Menteri Kewangan telah lama mengesahkan bahawa Belanjawan BN oleh bekas menteri kewangan itu tidak mesra pelabur .

There’s no winner with this IPP tax. Credit spread has widened, bond volume has dropped and investors are nervous. As a result, borrowing costs in Malaysia will go up,”
Terdapat lagi satu analisis yang lebih baik yang mempersoalkan tentang Cukai Durian Runtuh yang berkait dengan rakyat.

IPPs : Apa keputusan muktamat kerajaan mengenai windfall tax?


Akhirnya Najib dibebankan dengan persoalan sebegitu oleh adindanya,

Jawatan Menteri Kewangan adalah beban kepada Najib mengikut kata Saudara Adly Zahari.
Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.

Saudara Adly di blognya juga menyatakan bahawa agak sukar, apabila harga minyak dunia turun dengan adanya belanjawan Defisit yang telah dibentangkan baru-baru ini.


 Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.

Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.

Jawatan Menteri Kewangan bukan sekadar memberi peluang kepada Isteri untuk membeli belah terutama sekali beg-beg yang menggiurkan ini.

Adakah langkah Anwar untuk menghapuskan subsidi terhadap IPP adalah langkah terbaik?
Bagi saya ianya boleh dikurangkan sedikit demi sedikit, supaya tidak memberi kejutan kepada ekonomi.




Berpusing!!!!!!

Malaysiakini.com

Hairan juga, 49 Ahli Parlimen dilarikan ke Taiwan untuk mempelajari teknik pertanian.
Semuanya dilarikan kerana untuk dilarikan dari Anwar Ibrahim.

Apabila ia melibatkan 49 ahli Parlimen, maka ia melibatkan kos yang tinggi.

Mengapa tidak mereka membawa Anwar Ibrahim sahaja mempelajari teknik pertanian di Taiwan?
Anwar Ibrahim pun ahli parlimen juga.

Bukankah ia lebih jimat?




Berpusing!!!!!!

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan .

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan


Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan.


Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm

Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka.
Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina.

Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar.

Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka.

Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya.


Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British.

Mana boleh.
Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja.
British mahu beri Patani kepada Siam kerana nak "bebas"kan Perlis Kedah dari Siam.

Apa jadi kalau pada perjanjian itu, British Beri Kedah,Perlis kepada Siam untuk dapatkan Patani?
Anwar Ibrahim, Paklah, Chedet akan dilabel "pengganas" untuk memerdekakan Kedah.
Itupun kalau mereka berani angkat senjata.






Berpusing!!!!!!

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan.

Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan.

Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan, seperti tahun lepas.

Jangan biarkan "Belanjawan" menjadi Istilah subversif.

Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia.

Belanjawan esok?
Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan?



Kemaskini 11:45 29 Ogos:

Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":-




Berpusing!!!!!!

Hari ini diberitakan bahawa Balasubramaniam kini menarik balik Akuan Sumpah yang dibuatnya semalam. Kemudian diberitakan akan keluar satu lagi akuan sumpah tanpa watak Najib.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.
Bala Subramaniam juga bemdakwa dia dipaksa.Wah Lagi menarik

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Balasubramaniam juga dikatakan akan mengeluarkan akuan yang baru tidak lama lagi

Dahulunya Balasubramaniam ejen perizik Razak Baginda, kemudian memihak kepada Anwar, kini dia memihak kepada siapa?

Mungkin dia lebih daripada "Double Agent". Triple Agent?

Menarik betul cerita ini. Seronok ditonton.
Mujurlah saya sudah membeli jagung kerana tidak menjumpai popcorn.
Disamping itu, ada juga buah epal subsidi.




Selamat menonton.




Berpusing!!!!!!

Disahkan Sahih Oleh PAS?

7/02/2008 01:46:00 PG | , ,

Ketika drama Saiful vs Anwar vs entah, banyak kekeliruan berlaku.

Siapa kenakan siapa?
Saiful sebelah siapa?

Kalau dulu nyata Azizan di sebelah konspirator kerana jelas pertuduhannya, malah setiap hari ianya diperelokkan supaya nampak betul.

Tetapi dalam kes Saiful vs Anwar ini, Dakwaan saiful hanya berbentuk laporan polis, pada awal cerita, kononnya Saiful dipaksa mengaku, kemudian gambar dipaparkan di pejabat TPM, kini ada pula dakwaan rapat dengan Rosmah.

Mana satu betul?

Akan tetapi PAS negeri Pahang dan Negeri Melaka menyediakan perkhidmatan memastikan yang mana satu betul dengan merujuk kepada pimpinan negeri masing masing.

Pemuda PAS Pahang:
Ahli diingat dapatkan maklumat semasa daripada sumber parti

PAS Negeri Melaka:
BERTENANG DAN DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR DARI PIMPINAN

Kisah berlaku antara pemimpin PKR dengan kemungkinan double agent
antara PKR dan UMNO, tetapi untuk mendapatkan kepastian kena rujuk PAS.

Secara kasar, kita boleh lihat seperti "Anwar dituduh meliwat", dari sudut lain pula, "Anwar menuduh Saiful memfitnah dan ramai lagi yang menuduh saiful memfitnah".

Berdasarkan pembacaan saya setakat ini, hanya laporan polis Saiful sahaja yang menuduh Anwar meliwat. Selepas daripada itu satu kenyataan Saiful pun tidak kedengaran.

Bagaimanapula SMS awal yang kononnya Saiful dipaksa?

Senario sekarang ini meolah-olah menyebabkan ramai orang menuduh Saiful memfitnah, tanpa mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri.

Mengapa perlu dihentam Saiful sebegitu rupa tanpa memberi dia peluang membela diri.

Saya tidak mahu melibatkan diri dalam menuduh Saiful memfitnah kerana saya tidak dengar lagi penjelasannya selepas laporan dibuat.
Sekiranya ada kenyataannya untuk terus mengatakan Anwar meliwat, barulah kita boleh tuduh dia memfitnah.

Kebenaran memang sukar untuk diperolehi sekarang.

Mengenai ancaman bunuh Anwar, Anwar sendiri tidak membuat sebarang tindakan tentang ancaman bunuhnya itu sebelum laporan polis Saiful itu dibuat. Itu sesuatu yang menghairankan.

Bayangkan kalau Anwar ditipu oleh sumber "perisikan" itu, dan kemudian semua orang percaya dan menganggap ia sahih. Maksudnya ramailah yang kena tipu oleh berita "sahih" itu.

Eh. jangan risau, boleh rujuk Pemuda PAS Pahang dan PAS Melaka untuk menentukan kesahihan maklumat itu.

Sekiranya "Team Order" untuk hanya mempercayai harakah, maka ianya umpama orang UMNO suruh hanya percaya Utusan.


Mushkil juga, Adakah kerana adanya "Team Order", orang PAS terpaksa pura-pura untuk kononnya tidak membaca tulisan analitik KTemoc?

Saiful Bukhari Azlan - Victim or Villain?
Assassination of Anwar Ibrahim - Intelligence report
Political assassination in Malaysia - the likely t...

Atau Team Order itu bertujuan untuk mengiakan skrip yang disediakan oleh Anwar Ibrahim?




Berpusing!!!!!!

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja.

Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat.

Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari.

Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib.

Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi.


Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.

Untuk membaca "saiful di Blog Najwan Halimi" sila klik.


Tak sangka pula Wan Azizah baru tahu, atau dia buat-buat baru tahu?

Kisah Musang Berbulu Ayam sudah dipaparkan ketika bukan mac yang lalu.
Adakah Pemimpin PKR tidak tahu?

Adakah Saiful Bukhari itu "Double Agent" untuk Anwar dan Najib?

Adakah PKR sememangnya tahu Saiful ada kaitan dengan Najib dan kemudian merancang untuk menggunakan Saiful?

Belum ada kenyataan Polis untuk menangkap Anwar, Anwar sudah disorokkan kononnya nyawa terancam. Ada pula cerita ia disorok di Kedutaan Turki. Keluar pula gambar Saiful di pejabat TPM di Blackberry Wan Azizah.

Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar.

Apa untungnya Najib menggunakan tektik lama untuk menjatuhkan Anwar?

PakLah yang keluar di Kaca TV pagi tadi, dari raut mukanya memang tak tahu menahu tentang cerita ini. Berbanding Mahathir satu ketika dahulu cukup yakin Anwar meliwat.

Jadi, Mari kita beli popcorn atau maruku sambil menonton wayang double agent ala James Bond.




Berpusing!!!!!!

PKR mendakwa bahawa Saiful Bukhari ditahan polis dan dipaksa membuat pengakuan liwat.

Saiful Bukhari itu orang Najib atau orang Anwar?

Politik jenis apa berlaku sekarang ni?

Adakah langkah pengakuan ini untuk menjatuhkan Najib atau Anwar?




Berpusing!!!!!!

Ali Rustam baru baru ini membantah perdebatan Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik di RTM.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Atas dasar apa Ali Rustam nak bantah perdebatan itu? Hanya kerana dia menentang kerajaan, maka tidak boleh berdebat di Televisyen?

Kalau pemimpin kerajaan berdebat dengan Shabery Chik tentang isu harga minyak, itu bukan perdebatan namanya.

Bayangkan kalau ada Makcik UMNO nak sokong bantahan Ali Rustam ini, Makcik itu pun pening kepala atas dasar apa dia nak sokong Ali Rustam.

Adakah Dasar sekat media perlu disokong?
Apa kelebihan mempromosi dasar sekat media?
Menunjukkan kerakusan kuasa?

Saya rasa saya nak cuba sokong Bantahan Ali Rustam terhadap perdebatan itu, akan tetapi tak taulah pula atas sebab apa?

Makcik UMNO boleh guna dasar "sokong buta" sebagai sokongan.

Baiklah,
Saya sokong bantahan Ali Rustam itu kerana Shabery Chik tidak layak berdebat dengan Anwar Ibrahim dan Shabery Chik patut digantikan dengan Ali Rustam.

dan saya sokong bantahan Ali Rustam itu kerana saya pun nak masuk TV juga.




Berpusing!!!!!!

Saya tertarik ulasan Datuk Shahrir Samad tentang bagaimana dia dilabel sebagai keluar UMNO oleh Tun Dr. Mahathir.

Datuk Shahrir mengatakan bahawa dia tidak keluar UMNO, dia hanya tidak dapat masuk UMNO ketika UMNO baru ditubuhkan.

Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia haramkan UMNO.
Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia juga teribat untuk tak kasi Team B masuk UMNO baru.

Akan tetapi secara konsisten dia menyalahkan pihak tertentu mengharamkan UMNO. Seolah-olah dia sendiri meracuni fikirannya supaya mempercayai apa yang dikhayalkannya itu benar, supaya boleh terus berbohong secara konsisten.

Begitu juga apabila PAS menawan Kelantan, dia juga yang sekat itu ini, kemudian dia sendiri kata PAS tak mampu. Dia sendiri meracuni fikirannya supaya berkata sebegitu supaya ia konsisten.

Apabila dengan isu Shahrir Samad, racun yang ditanam difikirannya sendiri itu telah meresap jauh sehingga seolah-olah benar yang Shahrir Samad keluar UMNO.

Dalam Kes Anwar suatu dulu, dia telah meracuni fikirannya sendiri untuk mengiakan bahawa Anwar meliwat.

Begitu juga dalam tuduhan kononnya Anwar Yahudi, dia meracuni fikirannya supaya ianya sahih difikirannya.

Banyak lagi contoh dia meracuni fikirannya, supaya apa yang dikatakannya itu konsisten.




Berpusing!!!!!!

Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN.

Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal.

Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung.

Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB).

Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum.

PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi tiada program khas untuk "Melayu". "Lajnah Nasib Melayu" atau "Lajnah Warisan Melayu"?

Jadi Ezam nampak realiti yang orang Melayu takutkan kehilangan DEB, walaupun hakikatnya DEB hanya menguntungkan UMNO.

Apabila DEB menguntungkan UMNO maka Ezam masuk UMNO?

Sebab musabab Ezam masuk UMNO tidak diketahui, yang jelas dia tak suka politik Anwar hapuskan DEB, mungkin baginya belum tiba masanya. ATAU itu hanya sekadar alasan.

Atau mungkin Ezam masuk UMNO kerana kematangan politiknya, dia sering memperkatakan tentang "kematangan politik".

Macam beli saham, lebih untung ketika beli pada harga rendah.

Pakatan Rakyat sepatutnya mempunyai sedikit agenda melayu, kerana realiti pengundi sebegitu.

Tidak perlulah menawarkan sesuatu yang melampaui batas sehingga menidakkan hak kaum bukan melayu.

Akan tetapi cukuplah dengan jaminan bahawa mempertahankan tanah rizab melayu, mempertahankan bahasa melayu, mempertahankan warisan melayu.
cukuplah.




Berpusing!!!!!!

Ada beranggapan tawaran Anwar Ibrahim tentang royalti minyak 20% itu agak tidak masuk akal. Saya sendiri akan merasakan ianya terlalu tinggi. Disebabkan ia akan memberi manfaat kepada Kelantan dan Trengganu, maka saya amat bersetuju ianya dinaikkan, akan tetapi tidak perlu sehinggga 20%.

Tersebut Alkisah seorang bernama JOE FERNANDEZ, telah mengemel Jed Yoong mengenai unsur negatif Anwar Ibrahim, saya tidak mahu sentuh hal lain kecuali royalti minyak.

Daripada emel itu:


Instead, Anwar is harping on offering 20 per cent of the oil royalty when he knows this is not true. Malaysia only gets 15 per cent oil royalty. So, how can the Federal Government offer 20 per cent to the oil states? Why didn’t he offer the 20 per cent when he was Finance Minister for so many years?

Mungkin Anwar itu sendiri tidak faham tentang royalti minyak, saya sendiri pun tidak faham sangat.

Ada juga catatan blog menyatakan kekeliruannya secara terbuka.

Adakah dakwaan Joe Fernandez bahawa Malaysia hanya mendapat 15% royalti minyak?

Suatu ketika dahulu, Kerajaan Malaysia hanya memberikan 12.5 % royalti minyak kepada kerajaan Brunei, dan menyebabkan Brunei Terkeluar dari Malaysia.

Pada tahun 1963, Shell mengadakan pembahagian untung dengan Brunei 50:50.

Saya pun tak tahu berapa peratus yang Malaysia dapat daripada syarikat minyak. Dengar-dengar ia tidak menggunakan sistem royalti, akan tetapi pembayaran dalam bentuk cukai. *Tidak Pasti*

Amat bodohlah kalau Kerajaan Persekutuan hanya mendapat 15% royalti minyak berbanding dengan Syarikat Minyak dapat 85%. Bukan semua minyak di Malaysia dikorek oleh Syarikat Minyak Nasional.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Syarikat minyak lebih mendapat untung lebih berbanding dengan empunya kawasan. Kerana itu kita ada PETRONAS supaya ianya kurang sedikit dibawa balik ke Amerika, Britain dan belanda.

Akan tetapi tiada undang-undang yang mengatakan Malaysia hanya perlu ada 1 sahaja Syarikat minyak. Syarikat Minyak Nasional hanya satu, tetapi kita boleh ada lebih syarikat minyak untuk mengorek minyak di Negara lain atau sendiri.

Tidak mustahil untuk kerajaan Negeri mempunyai syarikat minyak sendiri, bergandng bahu dengan syarikat minyak nasional.

Dipendekkan cerita, saya harap PAS Pusat lebih berhati-hati dengan semua cadangan Anwar Ibrahim yang melibatkan Kewangan Persekutuan. Jangan terima sahaja bulat-bulat cadangan 20% itu. Mungkin 10% memadai, supaya kita berlaku adil dengan negeri yang tidak mampunyai sumber minyak.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah persekutuan, kalau tiada langsung royalti minyak diberikan kepada negeri, tetapi sumbangan persekutuan kepada negeri jauh lebih besar daripada royalti minyak. Tidak menjadi masalah.

Sebagai contoh, royalti minyak terengganu adalah 1 bilion, Persekutuan tidak bayar royalti minyak, tetapi meyumbangkan 5 bilion setiap tahun. Tidakkah itu lebih baik?

p/s: Sila cadangkan nama syarikat minyak negeri Kelantan.
Kelateoil?
Petroklate?




Berpusing!!!!!!

Percaturan Politik Anwar memang hebat, ia tidak bermaksud apa semua dia buat adalah betul. Dengan mempunyai parti yang hampir tiada jentera, PKR boleh menang banyak kerusi Parlimen.

Kini ada percaturan baru dimana dikatakan ahli parlimen akan melompat. Samada benar atau tidak 20 30 ahli parlimen dalam tangan, dia telah membangkitkan suasana kononnya Pakatan Rakyat akan memerintah persekutuan.

Pagi semalam di blognya sendiri, dia telah mengatakan

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.
Kalau kita lihat, ianya umpama gula-gula murahan, akan tetapi itulah politik. Politik yang menentukan siapa dapat apa siapa tak dapat apa.

Sehari selepas pakatan rakyat membebaskan beberapa negeri, saya terus terfikir, Kalau Anwar pandai, dia akan gunakan air liur sahaja.

Jika benar Ahli Parlimen Sabah Sarawak melompat, selain Sabah dan Sarawak, Siapa yang untung?

Kelantan dan Terengganu

Terengganu yang bergolak kerana PETRORINGGIT, akan mendapat royalti yang lebih.

Kelantan dapat memajukan Industri minyaknya yang selama ini tertangguh, kerana nak tunggu BN tawan kelantan.

Kalau tuntutan Ahmad Said supaya royalti diberikan kepada kerajaan Negeri terengganu BN, mungkin Ahli Parlimen BN Terengganu yang melompat dulu.




Berpusing!!!!!!

Hari ini ada istilah baru pula, "Fobia-maaf".

Saya bukan hendak melacurkan Bahasa Melayu seperti UMNO Melaka, akan tetapi ianya istilah baru, anggaplah ia sebagai inovasi bahasa kerana DBP belum keluarkan istilah khas untuk senario ini.

Nik Nazmi dan Bossnya kedua-duanya mempersoalkan kenapa begitu sukar untuk orang UMNO memohon maaf.

rujuk:


Kenapa Sukar Memohon Maaf?» Anwar Ibrahim
Isu Kehakiman: Kerajaan Tidak Meminta Maaf» niknazmi.
com

Akan tetapi, sememangnya mereka tidak memohon maaf.

Najib: Payment is no apology» YouTube :: Videos by malaysiakini
PM promises bold judicial reforms but no apology» Kembara Minda Perjuangan...
LIVE COVERAGE: PM announces Judicial Commission, stops short of apology» anilnetto.com
Selama inipun memang tidak kedengaran pemimpin UMNO yang ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Seolah-olah jatuh maruah mereka jika memohon maaf.

Ingatkah lagi tentang kes Lim Kit Siang yang cuba memboikot Majlis angkat sumpah, tak sampai 24 jam, dia memohon maaf.

Ketika itu semua orang mengkagumi Lim Kit Siang, martabatnya diangkat sebegitu tinggi.

Begitu juga Dr. Chua Soi Lek, dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk, tetapi dia memohon maaf secara terbuka. Walaupun terpaksa mengulanginya.

I have already admitted and apologized for it, both to the public and the people who matter most to me, my family. I have also resigned from all government and party posts.


Dia sudah memohon maaf kepada orang ramai, dan terpulanglah kepada orang ramai untuk memaafkanya atau tidak.

"Kemaafan" sepatutnya boleh dijadikan titik pemusingan diantara "benci" kepada "tidak benci".

Jika satu Malaysia memaafkan dia dan mengangkat dia kembali, itu adalah hak rakyat.

Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.


Di negeri Melaka, Ali Rustam terlanjur kata di dalam blognya, akan tetapi tindakannya ialah menutup komen, dan memadam catatan blognya itu tanpa memohon maaf.

Adakah dia Fobia-maaf? Mungkin ya.

Akan tetapi, jika dia membuat lagi 1 catatan blog memohon maaf, saya rasa martabatnya akan diangkat oleh rakyat. Tak hairan kalau ada yang cadangkan dia supaya bertanding Presiden UMNO.

Kerana dia mungkin satu-satunya ahli UMNO yang bukan fobia-maaf.

Lihat Anwar Ibrahim, Kesilapan ejaanpun dia minta maaf, Kesilapan orang lain pun dia yang minta maaf.

Adakah orang Melayu fobia-maaf? atau peminpin UMNO sahaja yang fobia-maaf.

Adakah peminpin Pakatan Rakyat fobia-maaf?

Mari kita buang Fobia-maaf dari dunia politik Malaysia dan dari dalam diri setiap Rakyat Malaysia termasuk diri saya. Semoga martabat Malaysia dijulang setinggi-tingginya.

Akhir kata, saya memohon maaf jika catatan ini menyinggung perasaan pembaca.









Berpusing!!!!!!

Apabila media kuat berbohong, maka apabila dia tidak berbohong, orang akan sangka dia berbohong. Itulah akibat berbohong terlalu banyak.

Saudari Ezza, dengan pantas mengatakan media berbohong.

Auta paling utama berita (Pesta Pembohongan)
1. Makan malam bertukar menjadi perhimpunan haram
2. Majlis makan malam itu bertujuan untuk meraikan 10tahun perjuangan PKR.


Ya, Ya, semua orang tahu Black 14 adalah perhimpunan dan bukannya jamuan.

Manakala Mahaguru mempersoalkan kenapa pihak penganjur tidak memohon permit:-

If that is the case , then why the bloody hell have the Pakatan Rakyat leadership not applied for a permit to hold such a gathering in the first place?


Ketika itu saya telahpun membaca kenyataan Ketua Polis KL yang mengatakan penganjur hanya mengadakan jamuan makan.

“Ia hanya menyebut penganjuran makan malam. Tetapi jika makan malam itu bertukar kepada perhimpunan haram seperti dinyatakan dalam laman-laman blog sehingga mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada ketenteraman awam, polis akan bertindak mengikut undang-undang,”


Jika Utusan berbohong, Ketua Polis boleh ambil tindakan ke atas Utusan kerana ia adalah "petikan".
Yang peliknya, takkan blog yang mempromosikan black 14 mengatakan ia adalah "Perhimpunan Haram".


Maka, apabila saya membaca petikan ketua Polis itu, saya beranggapkan ianya akan dilakukan seperti Jamuan Hari Raya Barisan Alternatif di Jalan Kebun pada tahun 2000 dahulu. (tak berapa pasti tahunnya).

Ketika itu, memang disediakan makanan ala kadar, supaya orang boleh makan, dan ceramah diadakan. Makanan itu dijadikan alasan untuk "legalizedkan" Ceramah itu supaya boleh dipanggil Jamuan.

Jika benar penganjur memberitahu ianya hanya jamuan, mana makanannya?

Apa salahnya penganjur masak 10 periuk bubur lambuk, untuk legalizekan Black 14 sebagai 1 jamuan?

Adakalanya saya mushkil, jika benar ianya dibuat di Padang Sultan Sulaiman atas nama Jamuan, adalah lebih baik ianya dibuat atas nama ceramah di Stadium Shah Alam seperti yang berlaku di Negeri Perak dan Kelantan.




Berpusing!!!!!!

Hari ini kita cerita Minyak lagi.

Banyak ulasan yang diberikan kepada cadangan untuk menukar RON92 & RON 97 ke RON 95 dan RON99. Macam biasa, tentulah saya akan sokong cadangan itu kerana cadangan itu mirip benar dengan cadangan saya.

Oleh kerana ia mirip cadangan saya, jadi segala maki hamun terhadap cadangan itu terkena batang hidung sendiri. Antara yang menarik:-

kambinggila:

rasa cam nak kasik formula math je kat paklah ni.. ingat aku bodo math ker.. add math gua 1 beb :P


Oleh Danial Franklin

I’m sure most of us Malaysian have read this drollery of a newspaper story, about the government deliberating to introduce higher octane number or RON for petrol. The Domestic Trade & Consumer Affairs Minister, who announced this (MO)RON sentiment, said that it will help the lower and medium income groups?


Ummu Saed memberi pendapat yang menarik, mempersoalkan kenapa isu alam sekitar tidak dijadikan isu politik. Kalau harga minyak diturunkan ikut formula Anwar Ibrahim, saya tidak rasa iamembantu mengurangkan ketidakefisyenan penggunaan petrol di negara ini, di mana dia sepatutnya dijadikan isu politik.

Syokkahwin.com: Good thinking by The Government. This way, market can be seggregated and charged differently. Owners of BMWs and Mercedes wouldn’t want to use Octane 95 type because it will affect the cars’ performance and from my experience it can cause start up problems. Octane 95 is good enough for Kancils, Waja’s, Persona’s and other midrange cars with low cc’s.




Berpusing!!!!!!