Saudara 'San' telah ulas di topik Rasuah telah menjadi kebiasaan:-
No wonder that prospective foreign investor stated, "Invest anywhere in Southeast Asia but not Malaysia!" When I wanted to start a business, the first thing they ask is about a malay partner.
Obviously, the sick value systems perpetrated by Mahathir is so widespread that daylight robbery and corruption is perfectly okay and are normal, everyday values.
End the NEP. Let us get back to being a normal country where every Malaysian is equal.
Ditelah mati anak diluah mati bapak.
Itulah ungkapan yang sesuai untuk BSKL / KLSE.
Iklim pelaburan Malaysia sebenarnya lemah.
Walaubagaimanapun, pihak tertentu, menggunakan kuasa politik yang ada sering meningkatkan indek kompositnya supaya ia diminati pelabur.
Hampirt setiap tahun, Indeks akan naik apabila tarif elektrik dinaikkan.
Banyak kali instrumen pelaburan KWSP (EPF) digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu, dan banyak kali ia digunakan untuk mem'bullish'kan KLSE.
Terlalu banyak langkah kerajaan yang mesra pelabur tetapi tidak mesra rakyat. Juga tetap Malaysia tidak dianggap tempat pelaburan yang menarik.
Tetapi Malaysia negara kita, pelabur tetap perlu ditarik, indeks kita tetap perlu dipertingkatkan. Akan tetapi langkah seperti menaikkan tarif supaya TNB untung, membayar konsesi tol supaya PLUS dan syarikat lebuhraya lain untung, memang dapat dapat meningkatkan indeks komposit BSKL tetapi rakyat yang membayar harganya.
Di Malaysia, Siapa pelabur tempatan? Selain dari instrumen pelaburan seperti PNB, Tabung haji, unit amanah, kebanyakan pelabur tempatan adalah Orang Cina. Bukan salah mereka kerana membeli saham TNB, PLUS dan lain-lain ianya memang senaraian awam (Public Listed).
Jadi siapa yang untung lebih kalau kuasa kerajaan digunakan untuk mengkayakan TNB dan PLUS?
Dari situ kita dapat lihat bagaimana DEB (NEP), walaupun mensyaratkan sekurang-kuranganya 30% pegangan bumiputra, akan tetapi Orang Cina yang untung lebih.
DEB yang kononnya untuk mencapat 30% pegangan ekonomi, akan tidak berjaya jika 30% itu diberikan kepada individu. Amat tidak adil, kalau seseorang individu melayu (biasanya UMNO) mendapat perkongsian 30% pada syarikat senaraian awam, walhal ramai lagi yang miskin.
Saya, secara peribadi menentang DEB jenis sebegitu, kerana ia tidak memberi manafaat kepada ramai lagi orang Melayu yang miskin.
Samada wujudnya DEB jenis itu atau tidak, yang miskin tetap miskin, yang kaya hanya individu tertentu.
Pengarah yang hanya jadi boneka.
Jadi apa penyelesaiannya?
Ramai lagi Melayu yang miskin, hendak diberikan percuma 30% kepada boneka?
Tatkala kerajaan pimpinan PakLah cuba menafikan golongan India tertindas di Malaysia, maka mereka pun keluarkan statistik menunjukkan peratusan golongan India dibawah tahap kemiskinan adalah sebenarnya jauh lebih rendah daripada orang Melayu.
Saya tidak ingat berapa peratusannya, akan tetapi orang melayu dibawah paras kemiskinan adalah 8% berbanding India hanya 2%. (untuk cina saya tidak pasti)
Sudah semestinya pemberian 30% saham kepada pengarah boneka itu tidak dapat membantu golongan 8% dan 2% itu.
Jadi apa penyelesaiannya?
Wujudkan 1 badan Pemegang Amanah, Siapkan tabung khas untuk pemegang amanah itu,
Daftarkan golongan miskin supaya telus supaya tidak ada orang kaya yang berpura miskin.
Ubahsuai DEB, dan gantikan syarat 30% bumiputra itu kepada pemegang amanah itu.
Maka jika kalau ada dividen atau pertumbuhan modal, maka ianya adalah milik golongan 8% dan 2 % itu.
bagus cadangan tu, tapi kau ingat mereka akan dengar? boleh mereka terima cadangan tu? hmm.. adakah perlu orang melayu keluar pulak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan. bumiputera tapi masih dibelenggu kemiskinan.
mereka yang keluarkan statisktik kan?
Klau diteliti isi tersirat di sebalik DEB,sudah nampak tujuan utamanya ialah untuk melahirkan kapitalist bumiputra supaya kapitalist nih nanti kononnya dapat memangkin ekonomi bumiputra di mase akan datang.Dengan pegangan ekuiti yg tinggi dalam negare,maka hak keistimewaan bumiputra boleh dilupuskan dari semase ke semase.Tapi malangnya disebabkan ekonomi merudung 1997,ramai kapitalist bumiputra nih ikut jatuh merudung sekali.
Hatta projek penswastaan seperti tol,letrik,air,MAS dan sbgnyer yang dulunya nampak begitu gah sudah mula membebankan rakyat.Persoalannye adalah berbalik kepade peringkat akar umbi iaitu dimanakah kewajarannya projek melibatkan rakyat diswastakan untuk kaut keuntungan? Contoh jawapan yg dijangka dari menteri yg meluluskannya adalah "mane saye tahu negare akan gawat tahun 1997"..
Dalam keadaan sekarang untuk menyalahkan sesiapa,sudah tidak berguna lagi.Saye setuju dengan penyelasaian saudara dengan pembinaan badan & tabung amanah untuk membantu orang miskin.Tapi adalah lebih afdhal sekiranye tabung itu digunakan untuk memberi peluang pekerjaan,pendidikan kepade mereka daripada duit diberikan semata-mata.
Namun pelaksanaan tabung berkenaan sedikit rumit kerana negare kite yg berbilang kaum.Ramai sbenanye yg berpendapat untuk ekonomi bangkit semula dngn pantas,ialah dengan membanteras sistem kapitalis,banyakkan golongan pertengahan,kurangkan golongan kaya dan miskin.
Tapi realitinya sedikit perit.Ideologinya ialah "Kemiskinan mahu diatasi sama rata,tapi kekayaan tidak boleh diagihkan sama rata"..
Bukan sahaja nak mengurangkan golongan kayer atau hak golongan atasan yang majoritinya bukan bumiputera(lihat saja golongan 10 terkaya di Malaysia),hak keistimewaan bumiputra yang telah dikurangkan dari mase ke semase sekarang pun kerap ditentang masyarakat cina yg sebenarnyer pemegang ekuiti dlm negare paling tinggi ketika ini.
Kenape bumipura juga tidak bangun menentang kewujudan bahse mandarin sbg syarat utama kerja dalam syarikat milik Cina.Jawapannya ialah bagi bumiputera,itu hak mereka,syarikat mereka.
Golongan india pula terus tersepit tetapi hanye menyalahkan kaum bumiputra sahaja sebgai punca kemiskinan.Golongan bumiputra yg senang pula tidak mau membantu bumiputra yg lain,dalam mase yg same yg susah terus menerus mengharapkan bantuan dan terus alpa dengan keistimewaan diberi.Rasuah juga telah terbukti wujud dalam kerajaan..
Dengan demikian,saranan baik dari saudara sebol untuk membentuk badan & tabung amanah yang amanah akan menjadi mustahil sekiranya semua permasalahan di peringkat akar umbi di atas tidak dapat dibendung..
Saudara Azwan Hadzree ,
Bila saya dah mati nanti, kamu buatkanlah "Institut Pemikiran Sebol" untuk kaji2 idea-idea aku yang tak dilaksanakan ni.
DEB itu ideanya bagus, perlaksanaan DEB itu yang buduh.
Satu lagi kaedah kalau ikhlas mau bantu yang miskin. Petronas ada bayar zakat? Kalau bayar, sebahagian yang berbilion tu rasanya tak ada lagi yang miskin. Alasan negara akan bankrupt dsb lagi tak masuk akal, apa mau bikin hospital lagi? jalan lagi, lebuhraya lagi, beli kapalselam lagi?