Tatkala berlakunya banjir, bukan sungai yang dilebarkan tetapi jurang digital.
Packet One sedia 1,500 zon WiFi
Oleh Hizral Tazzif Hisham
SKMM laksana pelan jalur lebar Projek Kuala Lumpur Kota Metropolitan Tanpa Wayar
PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Green Packet Bhd akan memasang 1,500 zon WiFi menjelang Mei tahun depan.
Ia sejajar rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia's (SKMM) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang memiliki kemudahan perkhidmatan jalur lebar mudah alih.
Penduduk lembah kelang terutama sekali di Kuala Lumpur telah lama mempunyai infrastruktur untuk Internet. Sudahlah Streamyx awal diperkenalkan di Kuala Lumpur, Jaring Broadband pun begitu, Isyarat 3G (UMTS) pun begitu, HSDPA (3.5G) pun begitu?
Untuk orang kampung, Setengah tempat ada Streamyx, banyak yang belum ada, 3G? HSDPA?
Yang pasti ada hanyalah PSTN dan GPRS. itulah jenis sambungan Internet yang diharap mampu merapatkan jurang digital.
Berbalik kepada cerita Packet One, Syarikat yang diberi lesen WiMax tetapi belum lagi menyediakan WiMax, diberi pula kontrak untuk enyediakan Zon WiFi kepada penduduk yang sudah mewah dengan WiFi.
Orang kampung (Kecuali Merlimau) jangan mimpi nak ada WiFi ditempat anda, kalau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebelahi bandar.
Kenapa SKMM tidak bekerja sama dengan PBT Luar Bandar? Atau bekerjasama dengan semua PBT? Bayangkan 1500 Zon Wifi itu disepahkan supaya dipecahkan supaya setiap Zon PBT dapat 2 atau 3 zon WiFi untuk orang kampung?
Kalau Ya pun nak membantu Syarikat Kroni, apa salahnya kemudahan itu diberikan kepada golongan orang kampung.
Packet One adalah satu pemegang lesen WiMax, hairan juga bagaimana dia boleh dapat lesen itu.
Bayangkan kalau dengan adanya pemancar WiFi, untuk orang KL, dengan mudahnya mereka menggunakan tempat yang sama untuk memancarkan wimax.
Maka tidak hairanlah Packet One boleh menyertai kelab bilion
sometimes, kerajaan ni agak pelik. mereka bersungguh-sungguh mahu mencelikkan yang buta-buta it ni tapi balik-balik, kat tempat celik it jugak diimplementnya.
why not, untuk setiap lesen diberikan, syaratkan syarikat2 ni menaja kemudahan untuk satu kampung. dari situ, brulah boleh berkembang.
kan sebol kan :)
azwan hadzree:
Bijak juga kepala otakmu,
tapi lesen 3G lesen WiMAX semua dah diberikan tanpa syarat itu.
biasa la ni, kronis-kronis. aku pun duduk di kawasan yg dikatakan kampung juga. coverage HSDPA, 3G bertahun nak dpt, tapi penduduk disini bukannya sikit, ramai juga.
@mypapit
memang confirm kau orang kampung,
orang kampung tak tau 3.5 G, hanya kenal HSDPA je.
hehe
adakah lepas ni Streamyx akan panik? Bagus juga, ramai2 guna wifi yg sedia ada kasi line Streamyx kurang sesak, senang nak download mcm2..muehehe
oh kita tengok berapa lama boleh betahan .. takut hangat2 tahi ayam .. selepas itu semuanya terabai macam projek ITIS yang semua billboard info tak berinfo dan kaku seperti batu.
sherina
monopoli streamyx terlalu kuat, di luar KL, bandar kecil, hanya streamyx adalah satu-satunya penyelesaian jalurlebar.
sudah pasti dia tak panik dengan ancaman wimax.
orang Malaysia belum kenal apa itu wimax lagi.
@mazuhan
menurut sumber lain 50 juta dikeluarkan oleh packetone, baki 10 juta oleh DBKL dan SSKM.
10 juta tu memang duit rakyat.
penduduk KL hanya dapat wifi percuma selama 2 tahun, selepas itu packet one akan gunakan infrastruktur yang sama untuk wimax.