Alamat blog

Akhir akhir ini, Video lucah Menteri Kesihatan Chua Soi Lek disebarkan dalam bentuk Video DVD. Pada masa yang sama, saya dan rakan saya menebarkan VCD ceramah dari rumah ke rumah.

Ketika mulanya tersebar DVD Chua Soi Lek, maka saya terfikir, kenapa Format media skandal yang disasarkan kepada golongan Cina, lebih baik dari format media yang disasarkan untuk orang kampung?

Ketika saya menyebarkan VCD ceramah, kami perlu bertanya tuan rumah, samada ia mempunyai pemain VCD atau tidak.

Sambil mengedar risalah, saya terjenguk juga di dalam rumah orang, samada mereka ada pemain DVD atau tidak. Ada rumah yangmempunyai "Hi Fi complete set" yang boleh memainkan VCD. Nampaknya untuk dia naiktaraf kepada DVD, dia perlu beli 1 set yang baru? kebanyakan "HiFi" zaman sekarang pula tidak mempunyai "Line in".

Akan tetapi, jika rumah itu hanya ada pemain VCD yang disambung terus kepada TV, maka mudahlah ia menaiktaraf ke DVD, kerana dia hanya perlukan membeli pemain DVD.

Nasib baik pengeluar DVD Chua Soi Lek tidak mengeluarkan Video dalam format HD-DVD atau Bluray. Jika tidak ia akan menghangatkan lagi perang format yang belum tentu siapa pemenangnya?

Kembali kepada format VCD yang popular digunakan untuk ceramah pembangkang. Saya rasa tiba masanya untuk ia digantikan kepada format DVD.

Eh. Tunggu sekejap.
Adakah orang kampung yang masih tidak memiliki pemain DVD itu sebenarnya menunggu siapakah pemenang antara BD (Bluray) dengan HD-DVD?

Walaubagaimanapun, mungkin selepas ini, media yang digunakan oleh MTD Serkam ketika menyebarkan risalah adalah "DVD".


p/s: berapa harga DVD kosong?




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Unknown // 7 Januari 2008 pada 11:09 PTG  

    DVD kosong biasanya rm5 sekeping, tapi kalau beli banyak, lagi murah rasanya

    sekarang rata2 orang pakai DVD dah, rm99 dah leh dapat DVD player sebijik yang brand cap ayam la

    Blu-Ray dan HD-DVD ni rasanya tengah lawan kat konsol game kan?

  2. sherrina // 8 Januari 2008 pada 9:21 PG  

    ishhh..DVD kosong dah jatuh RM1 sekeping skarang. Aritu masa PC Fair saya beli yg satu kotak 25 keping tu dalam RM22. Percuma 2 keping lagi. Jenama Imation

  3. Acaii Jawe // 8 Januari 2008 pada 10:10 PG  

    hehee, DVD beli skit2 mmg mahal skitla..kalau beli bundle leh dapat rm1-1.50 sekeping,hehe..HD DVD tu rasenya byk jenama ke sana berbanding bluray sbb kos dia mahal kpd consumer..:) tp kalau kita beli LCD yg support HD maksudnya sok kita takleh main blueray ker?huhu

  4. Hasbullah Pit // 8 Januari 2008 pada 1:24 PTG  

    @faisal

    kedua-dua bluray dan HD DVD adalah HD.
    DVD pun dikira HD, tapi resolution rendah sikit.

    tapi both HD jenis HD-DVD dan bluray adalah 1080p

    dipendekkan cerita kalau serious nak bluray atau HD DVD, kena cari TV yg "1080p". biasanya mahal.

    tapi kalau nak bluray atau HD DVD ke tv biasapun boleh. juga keluar gambar.

  5. Sarah Mohd Shukor // 10 Januari 2008 pada 4:59 PG  

    perbandingan yg memang masuk dek akal. kat sini, DVD kalau beli banyak ok la. murah jgk. kalau beli satu2, mahal.