Alamat blog

Ramai yang tidak faham mengapa boleh ada krisis "kekurangan" minyak masak di Malaysia yang banyak pokok kelapa sawit, pokok kelapa, Pokok itu, pokok ini, segala jenis pokok yang boleh dijadikan minyak masak.

Kalau zaman dulu, minyak kelapa sering dijadikan minyak masak. sering kelihatan orang menjemur kelapa di laman rumah.

Akibat "kekurangan" minyak masak ini, ada juga agensi yang berminat untuk memproses minyak masak. Kalau tidak salah saya, felda ingin membuat minyak masak.

Akan tetapi, isu "kekurangan" minyak sawit ini bukanlah berpunca dari kekurangan minyak sawit. Minyak sawit banyak, akan tetapi kalau diproses, ianya tidak mampu untuk dijual dengan harga RM 2.50 sekilogram akibat kenaikan minyak sawit. Pengilang memerlukan lampu hijau dari kerajaan supaya dapat subsidi yang memurahkan minyak masak itu.

Akan tetapi disebabkan oleh minyak sawit melonjak, (jiga disebabkan oleh kejatuhan dollar dan kenaikan harga minyak), harga minyak sawit itu menjadi mahal.

Kalau kita tanam sawit sendiri, proses minyak sawit sendiri jadikan minyak masak, kosnya tak meningkat pun.

Kosnya meningkat apabila pengilang terpaksa membeli minyak sawit dari penjual kelapa sawit dengan harga mahal. Walaupun ada ketikanya, pengilang minyak sawit dan penanam sawit adalah dari syarikat induk yang sama.
Jadi, kos untuk membuat minyak masak meningkat di atas kertas.


Maka, kerajaan mempunyai kuota untuk mereka berikan kepada pengilang itu supaya subsidi nak menanggung kos yang meningkat di atas kertas itu.

Kalau tiada kuota, sewanang-wenanglah pengilang membuat minyak masak murah kemudian disalahgunakan untuk menjual kepada rakyat asing atau "Industri".

Saya pun tak faham kenapa "industri" begitu dianaktirikan seolah-olah "industri" adalah milik negara asing.

Perbezaan ketara harga minyak masak negara jiran dengan Malaysia menyebabkan ramai yang menyeludup keluar negara dan "industri".

Maka pengawai kerajaan melihat akan begitu banyaknya wang diberikan untuk subsidi minyak masak, bertindak melulu mengurangkan kuota berdasarkan perkiraan mana entah. Memanglah pengilang terpaksa hentikan pengeluaran, siapa nak berniaga rugi?

Ramai yang panik, dan simpan stok lebih.
Timbullah cakap-cakap "Muslihat nak menaikkan harga minyak masak",

Untuk mengakhirkan krisis, kuota itu dinaikkan.

Bagi rjuna , mungkin pelik apabila Mykad diperlukan untuk menjual minyak masak. Bagi saya itulah langkah yang paling sesuai untuk pembelian sebarang produk yang dikawal harganya.

Bukan setakat tulis di buku, malah perlu ada sistem dalam talian yang merekod segala pembelian minyak masak, etrol, gas dll.

sepatutnya, minyak masak, petrol, disel, gula dijual dengan harga yang diapungkan. Kemudian bila rakyat nak beli, gunakan mykad, automatik mykad itu dijadikan kad diskaun untuk produk tersebut.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. sherrina // 9 Januari 2008 pada 8:51 PTG  

    bagus juga idea Mykad tu tapi kene pastikan Mykad takde masalah lah sebab skarang pun masih banyak kes Mykad takleh dibaca dan sebagainya. Aritu di RHB Bank ada satu aunty ni takleh nak buka akaun sebab Mykad nye takleh dibaca...leceh juga.

  2. Hasbullah Pit // 9 Januari 2008 pada 9:14 PTG  

    Kalau begitu, kita guna cap jari.

    pengguna pergi bawa jari ke 1 tempat (sebagai contoh pejabat pos atau pejabat PBT), untuk generate kupon.
    kupon tu digunakan untuk murahkan minyak masak atau barang subsidi lain.

    peniaga kena tuntut balik kupon itu pada kerajaan.

    OK?

  3. Tanpa Nama // 10 Januari 2008 pada 12:50 PG  

    Minyak kelapa naik kerana pengilang yang dipermitkan terhad kepada kroni-kroni gomen saja. AP yang dikeluarkan untuk membeli minyak sawit dari luar negeri pun sama ceritanya. Oleh itu,tuan2 punya kilang yang bermonopoli ini boleh tentukan banyak mana pengeluarannya dan kawal harganya.

    Bukan semua nrgeri jiran minyak masaknya mahal,di Thailand umpamanya harga minyak masak baru RM2.80 sekilo dan di Indonesia RM3.00 sekilo. Hanya di negara2 barat minyak sawit ini harganya naik.

  4. Unknown // 5 November 2008 pada 6:21 PG  

    huhu ni nak shopping ker nak ngundi? lor yg dtg beli mmg ler rakyat. patutnya kastam la perlu pantau... pga ker kot kot ada kes sludup... kalo org asli nak beli kena pengesahan tok batin x?