Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu.
Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini.
Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar.
Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar?
Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah?
Sudahkah dia menaiki bas sekolah?
Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap?
Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz?
Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah?
Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok?
Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju
"Bas datang kau naik"
"Bas datang kau naik"
Pernahkah dia menjadi ketua murid?
Sungguh banyak pengalaman yang boleh diperolehi ketika disekolah, atau zaman kanak-kanak yang tidak dapat dikecapi Adi Putra jika terus ke A Lavel dan terus ke university.
Pengalaman solat hajat untuk UPSR sudah pasti tiada kalau tidak duduki UPSR, debaran peperiksaan, perasaan ketika dapat keputusan UPSR. semuanya hilang.
Jika di mengambil A level, dan meneruskan ijazah, dia hanya jadi pemenang ijazah yang muda sahaja. Tiada beza dengan graduan menganggur yang lain melainkan dia muda.
Saya amat sedih melihat Adi Putra yang akan kehilangan banyak pengalaman.
Dimana sepatutnya, dengan kecerdikan dia, dia sepatutnya mempunyai banyak pengalaman berguna. Tidak dinafikan, pengalaman berpindah randah sekolah juga pengalaman berguna.
Saya masih ingat lagi tahun lepas ketika anak saya, Hamzah belum lahir, mengikut teknologi sekarang, dia boleh dikhatankan ketika baru lahir, akan tetapi bila mengenangkan bahawa dia akan ketiadaan pengalaman berkhatan, maka dia tidak dikhatankan ketika baru lahir.
Banyak perkara yang boleh dialami oleh kanak-kanak ketika kecil yang sedikit sebanyak membantu kanak-kanak itu untuk hidup.
Bagi saya, Adi Putra sepatutnya bersekolah biasa, tanpa rasa dirinya terlalu pandai supaya boleh bergaul dengan kawan-kawan sebaya.
Untuk mengatasi limpahan kecerdikannya itu, ada seribu satu cara dia boleh gunakan untuk berinovasi.
Banyak bidang ilmu diluar sukatan yang Adi Putra boleh ceburi. Mengapa mesti diajar terlalu banyak perkara "dalam sukatan" hanya sekadar untuk cepat habis sukatan?
Ketika saya berumur 33 tahun ini pun masih terlalu banyak perkara untuk dikaji, tetapi tidak cukup masa. Tanyalah kepada MyPapit, adakah dia cukup masa untuk menkaji apa yang hendak dikaji atas dasar hobi?
Negara maju banyak melahirkan teknologi atau inovasi baru di rumah. Di mana rumah mereka mempunyai garaj yang boleh digunakan untuk pengodekan (hacking).
Tidak semestinya dalam bidang komputer, bidang elektronik juga menarik. Zaman sekarang, elektronik dan komputer tidak boleh dipisahkan.
Bayangkan kalau Adi Putra disediakan dengan Komputer pelbagai OS, peranti robotik untuk dia bermain? macam-macam boleh buat, hack PSP, hack PS3 hack Sony Ericsson. Flash itu, flash ini, buat Permainan Java MIDP sendiri untuk kawan sebaya, atau hadiah kepada guru sempena hari guru. Sambung wayar sini, sambung sana.
Kalau Adi Putra taksub dengan matematik, Adi Putra boleh buat perisian matematik, secara subversif, dirumah. jangan lupa GPLkannya ya :)
samada berasaskan web, atau sebagai module gcompris, berasaskan GTK ?
semua boleh buat. Tak suka komputer? boleh buat untuk PSP, telefon bimbit, Symbian.
Kalau Adi Putra nak tengok bagaimana nak tanam pokok naga, Adi Putra boleh belajar dari Abang Acai.
Dalam bidang robotik juga menarik, zaman sekarang robot boleh main bola. Robot yang boleh diprogramkan kini tak sampai RM 300 di Melaka. Walaupun robot itu tidak boleh diprogramkan menggunakan komputer, tidak semestinya kita dah boleh guna Irda pada Linux untuk memprogramkannya. Tak mustahil.
Kalau tak suka roboh infra merah, boleh buat robot bluetooth.
Hobi subversif untuk Adi Putra
1/25/2008 01:00:00 PG | Acai, Adi Putra, bluetooth, Hobi, Pendidikan, SubversifBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Betul saya sokong 100%. Kadang2 terfikir, bila melihat di televisyen. Adi ada kata...
"Macammana nak belajar, otak macam kereta Ferrari, belajar macam kereta biasa"
Lebih kuranglah...
Dalam hati saya terdetik. Ya Allah, sombongnya dengan anugerah tuhan. Saya tersentuh, anak sekecil itu berkata macam tu... Dimana nilainya...
Orang kata, biasalah budak kecil. tetapi kalau besar nanti, sah2 perangai tu akan berkekalan kalau tak dikekang...
Hummm...\
Entahlah...
Cerdik pun susah, bodoh lagilah....
suka dengan komen azhar ahmad. Sayanglah budak seperti adi putra ni. Umat Islam yang pandai macam nilah sebenarnya yang kita perlukan dizaman skrg, dimana islam dianggap agama pengganas.
Harap kebolehan adi putra dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya, kerajaan bagilah pertolongan atau bantuan sebaiknya.
Insyallah nanti akan ada pemenang nobel dari malaysia dan yang pentingnya, beragama islam
eh... komen adiputra pasal kete ferrari sama kete biasa tu... i think that comes from the parents lah... budak tu, sama dengan budak lain lain, jadi parrot aje... mak bapak kamu cakap camtu, aku pun ikut lah... nampak dewasa kan kan...
'otak mcm kete ferrari, blaja macam kete biasa'
Tak betul ke apa katanya tu? dah mmg otak dia laju mcm Ferrari, nak wat camne. Yang kasi, Allah juga. Pastu duduk dlm kelas, cikgu kene le ajar pelan2 sebab ada budak lain dlm kelas yg lemah. Dia boring le.
I used to have this kind of kid in my class. Kita kene sentiasa prepare extra works utk dia supaya dia duduk x kacau org lain. Atau assign sebagai pembantu cikgu, pi assist budak2 lain. hehe...dan guru yg mengajar gifted kids ni kene guru yg berpengetahuan camne nak handle special kids ni.
Method je yg perlu dipelbagaikan, mcm kata Sebol. Bukan disalahkan otaknya yg macam ferrari itu.
Sebol, sungguh menarik artikel ini. Aku setuju 100 % adi putra patut melalui pengalaman sebegitu. Nampak gayanya mak bapak adi putra macam dah lebih sudu dari kuah.
Sekurang-kurangnya berilah adi putra melalui zaman kanak-kanak secara normal.
Banyak perkara yanb boleh dipelajari oleh adi putra di rumah. Tak semestinya dia terus belajar terus ke Universiti,
Contohnya belajar programming. Mugkin dengan kebijakan adi putra, beliau boleh mencipta satu sistem operasi kompter yang baru. Atau sekurangnya beliau boleh menjadi pakar dalam SEO atau Internet Marketing. Atau paling tidak sekurang-kurangnya Adi belajar buat blog sendiri .. boleh berkongsi-kongsi pengalaman beliau melalui blog ..
Warren Buffet dulu kata dia terlewat nak invest, walhal dia start masa umur belasan tahun.
Tak mustahil Adi Putra untuk jadi pakar investment...
setuju kalau dia trus belajar di sekolah biasa dr trus dimasukkan ke universiti.
Kehidupan kanak2 kalau tak dirasai mana tau next 20 years dia akan menyesal. Apla salahnya dia ke sekolah biasa tetapi ilmu dia tu dimanfaatkan kepada rakan2 yg lain. tak rugi berkongsi ilmu. biar ambil upsr, pmr, spm dan merasai segala jerit perih pelajar lain. janji bukan ke universiti trus.
Kesian kalau tgk kanak2 tak dpt merasai nikmat sebagai kanak2.
Saye baru baca petikan pasal adik Adi Putra nih kat surat khabar ape tah kelmarin..Tak ingat,sbb terbukak..Yang menarik dalam temubual dgn wartawan berkenaan,Adi putra menggambarkan seolah-olah die mempunyai deria ke 6,6 sense..
Selain membantu polis dalam usaha mencarik adik sharlene,dimana die sendri telah dapat memberikan sedikit petunjuk,adik adi putra pernah seblum ini berjaya mencari mangsa mati lemas yang gagal dijumpai..
Kita tak tahu betul atau tak,mungkin ada kebenarannya mungkin tidak..Tapi yang buat saya tertarik/terkejut,saye pernah jumpe orang yang teramat genius dan menggambarkan die mempunyai 6 sense macam nih dulu masa praktikal time blaja dulu kat MOF.
Ada seorang "Encik" nih pernah datang dan bagi tahu kat saye dulu, yang kadang2 die dapat membaca dan mendapat gambaran akan baik/buruk perilaku seseorang dengan hanya melihat raut wajah muka dan pelbagai lagi cerita yang hampir sama dgn cerita Adik adi putra.Encik nih memang suka berjumpa dengan budak2 praktikal,borak2 pasal masalah negara dan macam2 lagi yang pelik,kiranya saye terpaksa dengar die berceramah la nih,yelah student time tuh,tapi takper kekadang die belanjer makan free,haha..Time tuh saye tak paham lagi,saye anggap die nih maybe tak ramai kawan,dan tak banyak kerja agaknya nak buat, jadi suka kacau bebudak praktikal..
Daripada penjelasan bos2 dan supervisor saye ketika itu,baru saye faham rupa2nya encik nih dulu berpangkat besar di perbendaharaan MOF,memang genius dan background pendidikan yg menakjubkan,lulusan profesional paper dari Australia dalam bidang berkaitan math finance,tapi atas sebab tertentu die sudah kene "freeze",daripada memegang jawatan tertinggi di MOF kepada menjadi pegawai biasa di HR.Antara sbb die kene freeze,ialah dulu dia kerap menghentam polisi kerajaan dan enggan melaksanakan tugas,antaranya seperti tidak bersetuju dengan penubuhan dan polisi PTPTN kerana mendakwa PTPTN akan bankrup satu mase nanti dan lebih menyusahkan pelajar..Well,sekarang nih,nampaknye mungkin ade betul ape yg die cakap..Dan ade juga yg cakap die kene freeze sbb die nih macam "tak betul"..
Berdasarkan pengalaman saye sendri berjumpa dengan orang yg macam adik Adi putra nih,saye merasakan betapa perlunya bahawa adik Adi Putra ini dibesarkan dalam keadaan yang sempurna dan baik sekali..Mungkin ada benarnya die telah mendapat "anugerah" dari Allah,tapi kalau anugerah berkenaan tidak disalurkan dengan betul,ia akan jadi sia2,macam kes encik nih yang sepatutnya mampu menjadi orang penting dalam menguruskan kewangan negara..
Adi Putra perlu juga dibimbing dengan aspek2 lain seperti perasaan rendah diri,mampu bergaul dengan rakan2 biasa sebaya dan pelbagai lagi sebagai kanak2 biasa..Pembesaran yang sempurna ini hanya dapat dilakukan dengan pemantauan berterusan daripada ibubapa dan pengalaman alam persekolahan yang baik..Dan akhir sekali,saye harap cerita2 tentang 6sense dan keistimewaan pasal adik adi putra nih,dapat dikawal/dipantau oleh familynye.
Kalau boleh janganlah diperbesarkan sangat,media juga perlu memainkan peranan dalam hal ini,kerana ini dikhuatiri dapat melahirkan perasaan riak dalam peribadi adik Adi Putra..Bimbinglah adik Adi putra,supaya anugerah yg dimiliki dapat digunakan dengan baik kelak.
Ade tak sesiapa yang bace blog bro sabul nih kerja di perbendaharaan MOF, sebab Encik nih memang FAmous kat saner dulu,saye yakin semua orang tau citer pasal die.Mase saye praktikal dulu,umur die dah 50tahun kot,skang nih maybe dah bersara..
sungguh menariklah cerita nih..:) kekadang diluar kemampuan kita untuk buat kesimpulan,huhu...tapi betul cakap en sebol, sy dah semakin terer ngan pokok buah naga tu,lelagi tang penyakit2nye,hehe..
genius adalah aset negara dan aset kepada islam. Dia sepatutnya diajar hadis.. kerana tugas2 engineer, doktor, pakar matematik dsb. boleh dipikul oleh org lain... Imam Bukhari, Syafie adalah contoh genius yang perlu diperkenalkan kepada budak ni..
zainon:
Imam shafie, belajar, salin nota guna air liur.
jadi dia terpaksa ingat apa yg dibelajar kerana tulisan itu akan hilang
Walaupun dia genius, tapi dia masih perlu belajar byk perkara yg lain untuk menempatkan dirinya sbg seorang yg benar benar berguna... Tindakan menghantar dia ke kelas tahfiz di harap dpt menyembuhkan penyakit hati yg saya rasa dah mula hinggap akibat daripada kelebihan yg ada pd diri dia tu...
Teringat satu kisah budak genius satu ketika dulu, yg pernah dipaparkan di media dan digembar-gemburkan kepintarannya. Istimewanya dia dgn kelebihannya tu sehingga diambil oleh Engku Aziz untuk dijadikan anak angkat... tapi akhirnya dia hanya menjadi manusia biasa yg penuh dgn kesilapan dan kegagalan... dan kelebihannya itu langsung tak mampu memberi sumbangan kepada agama dan negara kita. Kalau dinilai balik, rasanya ada kesilapan dari segi penekanan agama yg saya andaikan amat kurang diberikan semasa proses pembesarannya itu terutama semasa dia remaja.... sehingga kelebihannya itu Allah tarik balik. Yang nyata ialah kepintaran yang dicanangkan itu tak mampu mengawal dirinya dari melakukan kesilapan dan itulah punca sebenar kegagalannya. Tapi saya yakin, kalau didikan agama diberikan penekanan, rasanya banyak kesilapan yg boleh dielakkan dan biasanya org yg penuh dgn ilmu agama, akalnya lebih tajam... Ini terbukti dari kemunculan ramai ilmuwan2 Islam. Saya tak tahu apa yg sebenarnya berlaku di sebalik kehidupan pemuda tersebut tapi yang nyata ia satu kerugian yang besar.
Komen yang Adi berikan bagi saya menunjukkan dia mula ada 'penyakit hati'. Ia bukan saja perlu dikikis dari hati Adi, tapi juga dari hati ibubapanya.
Saya sedikit rasa kecewa bila bapanya seolah membesarkan cerita ttg 'kelebihan' Adi yg lain, seperti kemampuan Adi mendapat firasat ttg sesuatu. Mereka semua perlu berhati-hati dlm bercakap sebab setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka boleh menunjukkan bahawa ada 'bunga-bunga keangkuhan' yang menunjukkan hati yg berpenyakit. Sebaiknya laporan media juga jgn terlalu menjurus utk melaporkan ttg kelebihan Adi lagi.
Segenius manapun dia, dia tetap perlu dididik mengikut cara biasa dan penekanan agama amat perlu untuk 'merawat' peribadinya agar dia boleh 'mengawal' dan menggunakan kelebihannya itu untuk kebaikan agama dan negara suatu hari nanti.
saye yakin adi putra tu dilindungi Allah, kerana dia x speri genius yg ade di dunia sekarang ni yg hanye b'pndu kpd akal fikiran semata. Mujaddid pun ade yg mengakui kelebihan sndiri, tp tntulah bukan utk dibaggakan, sudh tntu ade hikmah yg sukar difikirkn.
wahai orang yg diluar sana jika anda tidak mengenali adi putra jgnlah anda membuat andaian yg tidak baik cari maklumat tentang dirinya jika ada rezeki seperti sy berjumpa dgan dia secara bersemuka anda akan rasa bertapa hebatnya anugerah yg TUHAN beri..tidak ada sedikit sombong atau takbur pun bila berhadapan dgnnya mahu pun keluarganya.Alhamdullilah sy berjumpa dgnnya dan amat menginsafkan sya tentang kurniaan TUHAN