Alamat blog

Saya pasti ramai yang tidak faham KDNK, ramai yang melihat KDNK sebagai "pertumbuhan KDNK" yang 5%, 6% 9%.



(tonton di sini http://www.youtube.com/watch?v=lreYak-jlpA)

Sebenarnya secara ringkas KDNK adalah wang yang kerajaan perolehi setiap tahun, kalau tahun lepas dapat 100 bilion, meningkat 6%, maka tahun ini dapat 106 bilion.

Suatu ketika dulu, saya terbaca KDNK Malaysia adalah sekitar 380 bilion. selepas meningkat beberapa peratusan kecil, maka dia jadi banyak.

Tahun lepas, bila baca belanjawan (bukan bajet), KDNK Malaysia adalah RM 4++ bilion, tak ingat pula berapa nilai yang dinyatakan.

Akan tetapi Buletin Utama menyiarkan "kejayaan Malaysia" mempunyai KDNK 2008 sebanyak 504 bilion.

Mengikut ruang lingkup pemikiran penyokong UMNO/BN, mereka akan mendabik dada mengatakan merekalah yang bijak mentadbir ekonomi.


PAS boleh dapatkan RM 504 bilion? sebagai parti politik untuk mempunyai 504 bilion memanglah tak masuk akal.

Akan tetapi kalau PAS memerintah, ianya bukan HANYA 504 bilion. mungkin lebih. mungkin juga kurang, akibat penghapusan Tol dan Cukai Pintu dan lain-lain.

banyak manapun KDNK, 450 bilion atau 550 bilion, kalau tidak disalurkan ke rakyat, tiada apa yang hendak dibanggakan. Biarlah ia hanya 300 bilion, kalau pendidikan percuma.


RM 504 bilion bagi saya memang sedikit kalau nak dikira dari sudut pertumbuhan yang hanya 5-6.5 %, bayangkan kalau pertumbuhannya ikut piawai Anwar Ibrahim 7% ke atas.
kita ambil 7% lah untuk contoh pengiraan.

427*1.07*1.07*1.07 = 523.09

sepatutnya KDNK kita ialah 523 bilion bukannya 504 bilion sahaja.

Akan tetapi tahun demi tahun, hampir keseluruhan KDNK itu dibelanjakan, setiap tahun semua jabatan kerajaan terpaksa "habiskan peruntukan", tiada mekanisme yang menggalakkan penyimpanan langsung.

Itu yang bila ada krisis, kerajaan pening kepala kerana tiada "peruntukan".

Kita tiada Dana Rizab khusus untuk bencana. Kalau setiap tahun 5 bilion disimpan untuk bencana, banjir di johor dulu taklah pening sangat.

Berbalik kepada KDNK, sekiranya tahun lepas KDNK ialah 400 bilion, meningkat 5%, dan jumlah perbelanjaan tidak berubah, maka secara automatik kerajaan mempunyai lebihan wang sebanyak 20 bilion.

itu baru kalau pertumbuhan 5%, belum 7-9% kalau ikut Piawai Anwar Ibrahim.

Itupun, kerajaan belum buat ladang Kincir untuk tenaga, beberapa bilion lagi boleh dijimatkan.

KDNK meningkat setiap tahun, rizab Emas di Bank Negara tidak meningkat walau 1 tan.

Amat tidak mustahil untuk Malaysia menjadi negara berkebajikan dengan hanya menggunakan hanya pertumbuhan KDNK sahaja.

Dengan memberi pendidikan percuma, kita sebenarnya melabur untuk menjada modal insan, ya macam propaganda BN, tapi mereka tidak melakukannya, dengan modal insan yang bijak, tanpa modal komoditi negara pun kita boleh takluk dunia.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Azhar Ahmad // 26 Februari 2008 pada 11:19 PG  

    Tercair minda beku aku....

  2. Tanpa Nama // 26 Februari 2008 pada 9:35 PTG  

    Soalannya sekarang, kalau kita mempunyai kerajaan baru dari pihak pembangkang, bolehkah kita menjadi negara yg lebih baik? Ataupun, adakah ekonomi negara akan musnah kerana manifesto negara kebajikan?

  3. Tanpa Nama // 26 Februari 2008 pada 11:05 PTG  

    biar tak berapa kaya tapi berkat, dari kaya raya tapi tak berkat..

  4. Hasbullah Pit // 27 Februari 2008 pada 1:06 PG  

    nadlique:

    sudah tentunya boleh, cuma bezanya, sekarang ini, banyak duit di atas, tak salur ke bawah, tetapi banyak salur ke "tepi".

    ditukar pula dangan, disalur ke bawah, tanpa disalurkan ke "tepi"

    peruntukan untuk kementerian kementerian bertambah setiap tahun. itupun sudah banyak pembaziran, kalau dibuangnya pembaziran, maka duit masih lagi banyak.

    jika rakyat dapat lebih, rakyat ada kuasa beli lebih yang memangkin ekonomi.

    kontraktor yang biasa dapat rojek kerajaan, akan kurang dapat projek kerajaan, tetapi dapat banyak projek dari rakyat biasa.

  5. Tanpa Nama // 27 Februari 2008 pada 12:19 PTG  

    kerajaan skrg ni ckp xserupa bikin...

  6. Tanpa Nama // 27 Februari 2008 pada 5:38 PTG  

    Bagi saya,tindakan kerajaan sekarang untuk cube menggunakan alasan "negara kebajikan" untuk melemahkan parti pembangkang sebenarnya seolah-olah cuba menutup kesalahan diri sendri.Lagipun keadaan ekonomi Malaysia sekarang sebenarnya tidaklah baik seperti yg digembar-gemburkan kerajaan kerana ekonomi yang baik hanya apabila ekonomi kita seimbang,iaitu kompetitif dalam negara serta tidak membebankan rakyat.Sekiranya tidak seimbang,jadilah seperti senario sekarang ni.

    Namun apapun, persoalan yang penting sekali sekarang ialah kenapa ekonomi kita sekarang tidak seimbang??Jawapannya sudah pastilah kerana governance yg lemah..Kerajaan dipimpin oleh golongan yang lemah dan sombong.Kalau lemah takper lagi,kerana mungkin di bawah mereka ada lagi yg bijak pandai tapi kalau dah sombong tak boleh diselamatkan lagi.Kerana golongan ini takkan dengar cakap orang apatah lagi menyedari kesilapan mereka selagi mereka berkuasa.

    Bagi saya kerajaan kita sekarang hanya bernasib baik,kerana ekonomi kita masih lagi stabil,itupun kerana kerajaan dibantu oleh Bank Negara yg cekap serta sektor swasta yg kompetitif untuk mengkover beberapa kesilapan kerajaan.Tak lupa juga kepada anugerah tidak ternilai daripada Allah kepada kita iaitu minyak.

    Berbalik kepada isu pokok ini tadi iaitu sekiranya golongan yang tidak arif tetapi sombong ini dibiarkan menang besar dalam pilihan raya kali ini,sudah pastilah mereka akan terus tersenyum lebar bangga dengan pangkat dan jawatan yg dipegang..

    Manakala,Polisinya akan tetap sama,negara juga akan terus berada pada takuk yg sama.Yang corrupt masih lagi memimpin,kroni menjadi semakin kaya,pemimpin pula terus bergaji besar,manakala rakyat yg berusaha keras membanting tulang hari demi hari tetap tidak mendapat sebarang hasil.

    Mungkin sudah tiba masanya untuk kita buat sesuatu untuk mengajar kesombongan mereka ini pada pilihan raya kali ini.



    P/S : Bro,saya pakai nick tanpa nama jer la..Tapi jap,pasal isu negara kebajikan ini,tak silap saya bukan PAS da tarik balik ker??

  7. Tanpa Nama // 28 Februari 2008 pada 4:17 PTG  

    hmmm...dekat2 pilihanraya macam2 perkara ajaib berlaku...agenda2