Alamat blog

blogger bergelar adique telah menulis...

nak rapatkan jurang kaya miskin pada aku agak logik jugak..dengan arus kemodenan kat negara kita sekarang ni pada aku rm1,200 tuh pun belum tentu cukup..lainlah kalo dok kat ceruk kampung insya Allah cukup..tp kalo dok kat kota metropolitan sana yg penuh dgn ke'macam2an' sah2 tak cukup..aku dulu keje dekat -toot- tuh dengan gaji rm1,600 pun rasa cam semput jek tau..nasib bujang lagi..kalo ada suami ada anak2 mesti aku makan megi je tengah2 bulan..pikirlah kan...


Buat masa ini, jurang kemiskinan melebar (miskin vs kaya)
Disamping itu jurang pembangunan juga melebar (kampung vs bandar)
Jurang pendapatan antara kaum juga melebar.



aku nak tanya..mesti ke ada NEGARA KEBAJIKAN parti tu dan NEGARA KEBAJIKAN parti tu??kenapa kita tak nak bersatu jadi NEGARA KEBAJIKAN ISLAM HADHARI je?? kalo tak pun negara kebajikan pape la janji bersatu..napa parti ni nak gaduh dgn parti tu..parti ni nak burukkan parti tu..apa yg diorang dpt? kita sebagai warganegara yg akan merana nanti tau..percaya la..


Sebenarnya hanya sebelah pihak sahaja yang menawarkan "Negara Kebajikan" iaitu PAS dan PKR.
Barisan Nasional pula menolak ideologi Kenaga Kebajikan, kerana mereka berfikir, negara akan muflis jika menjadi negara kebajikan, oleh itu tidak akan ada "NEGARA KEBAJIKAN ISLAM HADHARI"

"Bersatu" adalah agenda politik mana-mana pihak yang tidak mahu ia ditentang.
"Bersatu" tak semestinya bersatu dibawah 1 organisasi.

Jika orang Malaysia mempunyai 1 pandangan yang sama tentang sesuatu ideologi, maka ia dikira bersatu, walaupun tidak dibawah 1 organisasi.

Bayangkan kalau semua orang bersatu dibawah 1 organisasi yang rosak dengan rasuah, maka kesemua orang akan rosak.

Kalau rakyat mahukan buku teks percuma, tak kira anda parti apapun, BN pun nak anak dapat buku teks, PAS dan PKR pun nak anak dapat buku teks, maka ia tak perlu pening-peningkan sehingga ianya dijadikan agenda politik, beri sahajalah buku teks. Anak orang BN pun dapat, anak orang PAS pun dapat.


Akan tetapi bila ada pihak yang berdolak dalik, takut rugi lah, takut muflis lah, takut orang seludup buku teks lah, subsidi meningkat 80 bilion lah.

maka susahlah anak-anak kita.






Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 18 Februari 2008 pada 3:43 PG  

    Bro sebol,saye memang suka komen kat blog bro nih,dan dah komen byk kali gak komen kat cnih,jangan marah yer.Saye just nak komen pasal negara kebajikan nih,isu politik saya tak mo komen,seganlah blog orang.Saye berpendapat,walaupun negara kebajikan boleh dilakukan tetapi ianya bukan langkah yg bijak..

    Pertama sekali,seperti yg kita tau ekonomi negara bukan urusan kerajaan semata-mata tetapi turut melibatkan private sector.Sekiranya private sector ini yang merupakan antara medium utama penjana ekonomi negara telah ditekan untuk menunaikan tangungjawab sosialnya semata-mata dan bukan untuk profit,maka banyak kompeni akan hilang daya saing.

    Untuk diexplain dgn lebih mudah,sekiranya gaji terpaksa dibayar dengan tinggi,maka kos tenaga buruh akan bertambah,Walhal jumlah produk dan servis yang dihasilkan di pasaran tiada sebarang pertambahan.Kompeni bukan sahaja terpaksa menanggung kos buruh yg tinggi,tetapi juga tidak dapat meningkatkan mutu seta keuntungannya..

    Sekiranya masalah ini tidak terkawal,akhirnya sama saja dan mungkin lebih teruk dari sekarang..Demand menjadi lebih tinggi daripada supply,inflation berlaku dan harga barang sumer naik.Hyperinflation juga boleh terjadi sekiranya jumlah duit dalam pasaran Malaysia nih terlalu banyak berbanding jumlah keseluruhan goods dan services yg dihasilkan..(Nota-Hyperinflation boleh menyebabkan duit RM hilang value dan ekonomi jatuh merudum dengan teruk).

    Seorang rakan dari negara jiran pernah berseloroh mengatakan
    kepada saya,dia pelik melihat masyarakat cina yang merupakan minoriti di Malaysia mempunyai pendapatan perkapita yg setanding malahan lebih baik dr melayu yg memiliki pelbagai keistimewaan,manakala pendapatan per kapita masyarakat melayu yang merupakan minoriti di Singapore pula berada di kedudukan paling corot sekali.Wlaupun perbandingan yang tak masuk akal,tetapi kekadang saya terpkir juga apa yg die cakap,adakah benar mitos yang mengatakan masyarakat melayu malas berusha tapi mahu hidup senang sahaja??

    Herm,entahlah,pening betul memikirkan masalah negara kita nih,berusha keras sekalipun sekiranya takde pulangan ape gunanya..

  2. Acaii Jawe // 18 Februari 2008 pada 1:50 PTG  

    emm, pasal negara kebajikan ni sbnarnya ada baik dan tidaknya...:) bagi sy kalau kerajaan terlalu bermanja dan sentiasa memberikan apa yg rakyat minta, akan menyebabkan kita jadi bergantung sepanjang masa..terutamanya kaum kita...

    kalaulah kita ditadbir oleh kaum lain mesti semangat kita untuk berusaha akan meningkat automatik sbb semangat nak tingkatkan taraf hidup dan berusaha sungguh2 sbb kita tak dipayungi oleh sesapa lagi...

    tatapi yg menjadi masalah bila yg miskin terus miskin,huhu..dah 2-3 tahun kerja kat zakat ni dan bergaul ngan ramai org miskin, honestly sikap mereka yg sangat pemalas yg menyebabkan mereka jadi miskin...bagi bantuan bot dan jala utk memancing ke laut, mereka dijual bot dan enjin tu..

    bagi projek2 perniagaan dan dikawal oleh pegawai zakat, mereka curik duit mereka sendiri..dapat bantuan bulanan mereka berjudi..bukan skit, berpuluh2 org dalam rekod kitorang..buat umh baru bagi yg tak de rumah, mereka pergi sewakan rumah tu..hish, mcm2 masalah camtu yg ramai nampak hanya luaran je kecuali org yg dalam line2 tu...

  3. Tanpa Nama // 19 Februari 2008 pada 10:23 PTG  

    erm... saya nak cakap ttg gaji, ttg rezeki je, bukan pasal politik, bukan pasal negara kebajikan...

    Bg saya paling penting adalah untuk merasa bhw rezeki yg dikurniakan Allah adalah cukup utk digunakan tak kira kita hidup di kg atau dibandar, utk diri yg masih bujang ataupun yg tlh berkeluarga.

    Kalau berasa diri masih kekurangan rezeki berusaha lebih sikit tapi jgn sampai terlalu leka mengejar rezeki yg selalu dikaitkan dgn 'RM', kerana makna rezeki itu terlalu luas.

    Kalau terasa terlebih sikit rezeki yg dikurniakan dari biasa, sebaiknya dikongsi dan disumbangkan pd yg benar-benar memerlukan. Kalau ada sikap begitu, rasanya jurang yg dialami taklah terlalu luas.

  4. Hasbullah Pit // 20 Februari 2008 pada 2:24 PG  

    @Tanpanama/anonymous

    Pilih la 1 nama gelaran, supaya senang rujuk.

    Bagi persoalan perenggan kedua dan ketiga, ianya menunjukkan seolah-olah "Negara kebajikan" hanya berkisar tentang Gaji minimum.

    Saya sebenarnya tak setuju tentang cadangan gaji minimum sehingga seribu ringgit oleh cuepac suatu ketika dulu.

    "Negara Kebajikan" tidak semestinya mesti gaji kena naik. Ideologi naikkan naikkan gaji kerajaan supaya senangkan rakyat adalah ideologi sedia ada, dimana tak semua pihak merasainya. Akhirnya inflasi naik.

    "Negara Kebajikan" boleh dilihat sebagai 1 cara untuk menjimatkan wang rakyat dengan pendapatan yang sama.

    turunkan cukai itu ini, hapuskan tol, pendidikan percuma, semua itu tak meningkatkan inflasi, akan tetapi lebihan wang pada rakyat boleh menggalakkan ekonomi bila rakyat mampu untuk berbelanja, menyimpan dan melabur.

  5. Hasbullah Pit // 20 Februari 2008 pada 2:36 PG  

    @Acai/Faisal

    Negara Kebajikan tak semestinya bergerak seperti jabatan kebajikan.

    Pengurangan cukai, pendidikan percuma, penghapusan tol itu untuk semua rakyat secara menyeluruh tanpa mengira kaum miskin atau kaya.

    Walaupun, yang kaya pun dapat manfaat dari negara kebajikan, yg miskin lebih merasainya.

    bayangkan kalau kos persekolahan adalah RM 300, ianya adalah peratus penjimatan yang amat besar bagi bagi orang yg berpendapatan RM 600 sebulan berbanding dengan yang perpendapatan RM 3000.

    penyelewengan bantuan kebajikan, itu cerita lain. boleh dibincangkan ditajuk lain.