Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai.
Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British.
Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan.
Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah.
Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya.
Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak.
Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti boleh dikategorikan sebagai kesultanan melayu atau tidak.
Dipendekkan cerita, Siam cuba meluaskan empayarnya dengan menyerang kedah, dan telah menawan 3 wilayah yang kini masih jajahan siam.
Oleh kerana adanya Inggeris, maka dengan perjanjian Bangkok, antara Inggeris dan Siam, maka Kedah dilepaskan oleh Siam dengan syarat Inggeris tidak mengganggu 3 wilayah yang diambil leh Siam sebelum ini. Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana" 10 mac 1909
Sehingga itu, 3 wilayah itu masih lagi dibawah jajahan Siam.
Sebelum itu, Inggeris membuat perjanjian dengan belanda "Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana", 1824.
Persekutuan tanah melayu 1948 terbentuk hadih dari beberapa perjanjian "Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana", yang menyebabkan Negeri-Negeri Melayu tidak duduk dibawah satu kolonial yang sama.
Oleh kerana banyak negeri melayu duduk di bawah Inggeris, maka bila merdeka 1957, hanya yang bawah Inggeris sahaja yang merdeka.
Oleh kerana negeri melayu di sebelah kawasan belanda telah di"merdeka"kan menjadi Indonesia, apabila Belanda lari dan jepun menyerah kalah.
Ini topik melayu siam, jadi lupakan dahulu soal melayu indonesia.
Apabila UMNO ditubuhkan, saya pernah terbaca buku lama, yang mengatakan salah satu tujuan penubuhan UMNO ialah membela nasib melayu termasuk di selatan thai. Namun itu semua dilupakan kerana sasaran "Merdeka" telah dicapai dengan menjual kerakyatan secara murahan.
Jadi siapa nak bela nasib melayu yang masih dibawah jajahan siam?
Hanya penduduk situ sahaja yang pergadai nyawa untuk memerdekakan diri mereka. Mana pergi kawan-kawan kesultanan melayu yang lain?
Kesultanan melayu telah dikurangkan kuasanya oleh "Demokrasi" dan Perlembagaan Malaysia.
UMNO tak perlu membebaskan selatan thai untuk berkuasa di Malaysia. Pembangkang pun tak menyalahkan UMNO kenapa lupa nak bela nasib orang melayu yang masih dijajah. UMNO pun tak berusaha untuk memulihkan kuasa Sultan yang telah dirampas Inggeris suatu ketika dahulu.
Oh, Kalau UMNO memberi kuasa yang lebih kepada Sultan, maka mereka akan kehilangan kuasa.
Adakah DAP pula hendak memperjuangkan nasib orang melayu selatan thai?
Akan tetapi, akibat dari pergolakan di selatan thai, pemikir thai memikirkan bahawa autonomi mungkin menyelesaikan pergolakan.
Saya menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri thai, Chalerm Yubamrung untuk mengautonomikan selatan thai sebagai satu batu loncatan untuk merdeka. Akan tetapi, rasanya eloklah dimerdekakan sahaja 3 wilayah melayu selatan thai itu
Pada 10 mac akan datang, genap 99 tahun 3 wilayah melayu selatan thai itu dijajah secara rasmi.
Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?
2/14/2008 12:41:00 PG | Bangkok, Belanda, Inggeris, islam, Kolonisasi, Melayu, politik, Sejarah, ThailandBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sebegitu, elok lah kalau kita merdekakan sarawak dan sabah. kedua-duanya di bawah kesultanan brunei dan sulu masing2. oh, mungkin, kita boleh "merdeka-kan" seluruh semenanjung malaysia, kerana, pada suata ketika dahulu, semenanjung malaysia di bawah jajahan Siam dan orang2 jawa. anda mengambil sejarah untuk mengesahkan bahawa 3 wilayah ini sebenarnya wilayah melayu. Apa itu melayu? adakah org siam org melayu? apakah org iban org melayu? atau org jawa, bugis, aceh, melanau, midanao, pattani? Jika melayu itu sesiapa yang beragama Islam and menetap di Asia tenggara, maka, banyaklah wilayah yang perlu dimerdekakan.
Mengapa, sering kali kita dapat melihat, wilayah predominan warga beragama islam, melaung2 kermedekaan? tidak boleh kah mereka hidup bersama dalam satu negara?
3 wilayah itu dipanggil negeri melayu berdasarkan ia mempunyai kesultanan melayu.
Zaman dulu ada juga kesultanan bangsa lain yang islam tetapi bukan melayu.
mindanao, bugis dll bukan melayu tetapi mereka islam.
samada mahu merdeka atau tidak, bergantung kepada penduduk disitu,
acheh memang mahu merdeka, patani mahu merdeka.
Orang cina di Malaysia, baru dsuruh pakai songkok, sudah melenting.
di Patani, orang melayu tidak dibenarkan menggunakan bahasa melayu di papan tanda.
Dikoloni Inggeris, berbeza dengan dikoloni siam.
Bagus penjelasan kamu en sebol... Hummm, apa kata, kalau siam tak nak dah 3 negeri tu, beri pilihan kat rakyat kawasan tu, nak merdeka sendiri atau, nak masuk Malaysia?....
cuba bayangkan apabila negeri perlis hendakkan kemerdekaan. ataupun negeri pulau pinang yang sememangnya berasal dari negeri2 selat? Kalau diberi referendum sekrang, saya rasa Datuk Musa Aman pun mau jadi perdana menteri negara sabah.
Pada pandapat saudara bendol, org di pattani itu melayu? kelakar nya, sbb bila ditanya, rata2 org2 pattani lagi sanggup mengakui diri sebagai orang siam. begitu jugak dengan org2 indonesia. hanya org melayu malaysia yang sering mempertahankan identiti melayu, tp, jgn salah sangka...identiti melayu itu penting dan perlu dipertahan.
Konklusinya, kedaulatan sebuah negara ialah hak muklatnya. Merdeka ke tak, tertakluk kepada pemerintah negara tersebut. cubalah nasihatkan saudara2 pattani yang anda kenali, untuk hentikan segala kekerasan and tentangan militan nya.
Apabila bercakap tentang negara, sudah tentu orang Malaysia adalah Malaysia, orang Indonesia adalah Indonesia dan orang thailand adalah orang thailand.
Tapi kalau dicungkil sedikit sejarah pada 1900, negeri Pattani adalah sama keadaannya dengan negeri kedah iaitu "negeri melayu yang diserang oleh Siam".
Tentera Siam sudah sampai ke Perak.
Oleh kerana Sultan Kedah berbaik dengan british, dengan memberikan pulau pinang, maka apabila british berunding dengan Siam, british melepaskan Patani kepada siam untuk menyelamatkan kedah.
sekiranya diterbalikkan,
Patani berbaik dengan british, Maka Kedah , perlis, dan pulau pinang (ketika itu pulau pinang masih lagi kedah) adalah jajahan Siam sehingga kini.
Maka orang kedah/pulau pinang seperti Anwar Ibrahim, Pak Lah , Tun DM kini sama seperti orang patani yang dijajah siam. Entah entah dah terbunuh akibat trajedi seperti TakBai.
untuk makluman, "Negeri Selat" adalah kawasan dimana ditadbir secara penuh oleh british ketika penjajahan british, Dimana, Pulau pinang adalah kedah sebelum diambil british, melaka adalah melaka yang dijajah portugis dan kemudian belanda, Dinding asalnya perak, tetapi kini milik perak danbukan 1 negeri lain.
Kebanyakan rakyat malaysia tidak mengetahui betapa susah hidup di selatan thai. Mestilah ada sebab nya mereka hendak merdeka. Sekiranye anda semua menyelidik tentang kezaliman kerajaan thai, anda pasti terkejut. Bukan hanya peristiwa takbai, masjid krisek dan byk lagi. cube search pattani die youtube. Satu lagi, banyak peristiwa2 yang direka reka oleh kerajaan thai untuk menghapuskan kuasa politik orang melayu di sana, contohnya peristiwa rompak senjata pada tahun 2004 yang bertujuan untuk menghapuskan parti wahdah.
Mereka bukan tidak boleh hidup bersama masyarakat thai, tapi kekejaman yang telah dilakukan kerajaan thai telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada kerajaan dan sesama sendiri. dan perkara ini telah berlaku selama beratus tahun. Iaitu penculikan orang orang yang berpengaruh seperti tok2 imam dan pemimpin setempat. yang mana akan diseksa dan dibunuh, atau tidak tahu kemana hilang.
Boleh tanya, sebelum terbentuknya Pattani sekitar 1600 oleh Raja Sakti 1, bumi Pattani milik siapa? Milik Melayu? Melayu itu apa? Mamak yang hitam legam pun Melayu?
Kisah kekejaman Thailand adalah propaganda mereka yang gila kuasa nak jadi pemimpin bila Pattani merdeka. Rakyat Malaysia memainkan peranan sebagai penghasut. apa yang dilakukan oleh Gapena di sana selain menghasut kebencian orang Patani terhadap kerajaan melalui pendekatan budaya.
Orang Patani yang tinggal di Malaysia, yang jual tomyam, tak pernah menganggap mereka Melayu. Mereka adalah Thai-Muslim. Cuma Melayu Malaysia sahaja yang menyibuk. Tamadun Melayu-Islam bermula tahun berapa. Tamadun Hindu-Buddha bermula tahun berapa. Kalau nak ikut sejarah seluruh nusantara dulunya milik Hindu-Buddha.
Kalau nak main tuntut tanah air berdasarkan fakta sejarah yang entah betul atau tidak, sampai kiamat pun tak sudah. Saya keturunan Patani, saya tak pernah perasan saya Melayu kerana saya Thai-Muslim. Tolong faham sikit wahai Melayu. Jangan ingat semua nusantara itu Melayu. Indonesia pun tak iktiraf Melayu. sedar dirilah wahai hamba Allah!