Alamat blog

Agak kelakar, apabila melihat beberapa orang Melayu berkumpul di Perak menuntut Lim Kit Siang, supaya memohon maaf kepada Sultan Perak kerana mengarah wakil DAP supaya tidak hadir mengangkat sumpah.

Akan tetapi hakikat sebenarnya ialah Lim Kit Siang telah memohon maaf kepada Sultan disaksikan oleh Googlebot, pada jam 10:13 pagi, tidak sampai 14 jam dari tarikh posting blognya yang mengarahkan supaya wakil DAP memboikot.

Demonstrasi mungkin langkah yang sesuai jika Lim Kit Siang masih berdegil untuk tidak memohon maaf, Akan tetapi semua orang telah tahu yang Lim Kit Siang telahpun memohon maaf.

Mungkin itu semonstrasi yang sebenarnya menuntut Shahidan Kasim memohon maaf dari Sultan Perlis?




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 16 Mac 2008 pada 10:05 PTG  

    ada disiarkan di TV3 malam ini.

    yang kelakarnya 'perhimpunan rakyat' itu adalah dalam 100 orang saja yang hadir.

    gathering batch sekolah saya lagi ramai!!

  2. Hasbullah Pit // 17 Mac 2008 pada 12:04 PG  

    adihamka:

    Walaupun perhimpunan mereka umpama perhimpunan menuntut kemerdekaan setelah Malaysia dah lama merdeka, namun hak berhimpun mereka tetap kita hormati.

    heh

  3. Tanpa Nama // 17 Mac 2008 pada 12:59 PG  

    DAP perlu banyak lagi belajar tentang Melayu dan Islam..

  4. rastom // 18 Mac 2008 pada 11:20 PTG  

    Orang yang berhimpun tu jenis yang tidak tau ada internet. Mereka ikut saja apa tok ketua kata. Ini semua calon yang layak untuk sertai Jonestown.