Kebanyakkan orang UMNO hanya pandai meraih sokongan orang kampung dengan menakut-nakutkan mereka seolah olah negara akan tergadai jika tidak memilih mereka, kemudian mereka kerap menakut-nakutkan orang kampung tentang akan bila pembangkang pembangkan dipilih, kawasan itu tidak akan mendapat kemajuan, selain dari itu, mereka juga pandai untuk menakutkan orang kampung, sekiranya negeri itu ditawan pembangkang, maka negeri itu akan tidak maju. Mereka sendiri yang akan menyekat kewangan ke negeri itu.
Dipendekkan cerita, mereka memang pandai untuk meraih sokongan orang melayu terutama sekali di kawasan kampung seperti Kampung Tedong dan Sempang.
Akan tetapi politik bukan setakat meraih sokongan, politik sebenarnya menentukan siapa dapat apa, siapa tak dapat apa. Dengan cara politik sebegitu, maka ramai orang kampung tak dimajukan, kerana sudah pasti mereka akan sokong UMNO.
Lihatlah Kampung Tedong dan Sempang, kemajuan apakah yang diberikan kepada 2 kampung itu? setelah mereka memang pasti kawasan itu kawasan UMNO, UMNO kampung yang tak pandai main tarik tali, maka kampung itu akan mundur dan terus mundur, yang miskin akan dibiarkan miskin supaya mereka tak pangkah lain kerana "takut tak dapat bantuan".
Ahli politik Kampung UMNO, memang pandai mengugut pembangkang, terutama sekali dengan golongan muda, Saudara Kadir (kawan saya) telah dilabel sebagai "Pengkianat Bangsa".
Oleh kerana Kampung sempang adalah perkampungan nelayan, dapat subsidi nelayan, maka diherdiknya penyokong PAS dikalangan nelayan sebagai "tidak kenang budi dan menentang kerajaan". Nasib baik nelayan pun pandai, dan menjawap "Saya bukan nak lawan kerajaan, saya sokong PAS untuk membentuk kerajaan".
Kembali kepada isu UMNO tak pandai berpolitik. Suatu ketika, UMNO pernah menguasi kerusi DUN di pulau pinang, akan tetapi, dengan politik murahan UMNO, mereka tetap meneruskan untuk memberikan kerusi MB kepada Gerakan. Apa salahnya buatkan "penggiliran ketua Menteri" seperti di Sabah suatu ketika dahulu untuk menenangkan hati ahli UMNO pulau pinang itu sendiri, sekurang-kurangnya selama beberapa tahun.
Orang UMNO, terutama ahli politik atasannya memang tidak pandai berpolitik, dengan mudah mereka menguniversitikan UTAR demi meraih sokongan pengundi Cina pada tahun 1999. Kemudian kerana takutkan kehilangan sokongan kaum India, PakLah berikan sahaja 1 hari cuti untuk Thaipusam bagi wilayah persekutuan.
Walaupun sebenarnya 2 perkara itu, sememangnya telah lama patut diberikan, akan tetapi apabila ia dilakukan untuk pilihanraya, maka jelaslah ia sebagai langkah politik yang desperado.
Saya memang tidak nafikan golongan cina perlukan pendidikan di negara sendiri, tetapi bukanlah dengan cara menyediakan universiti khas untuk mereka, dan selepas itu kaum-kaum diasingkan.
Apalah salahnya, UTAR tidak dijadikan universiti, akan tetapi lebih peluang diberikan kepada golongan cina di universiti tempatan, agar graduan melayu dapat bersaing, dan orang cina dapat belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau nak diharapkan orang melayu UMNO untuk mengembangkan bahasa melayu, jauh panggang dari api. Maka perlunya ada pelajar cina untuk menggunakan istilah pembelajaran dalam Bahasa melayu agar bahasa itu berkembang.
Pada masa yang sama, graduan melayu akan mendapat kawan cina yang suatu masa nanti akan boleh jadi "rakan dagangan"nya.
Pemimpin UMNO tidak dapat melihat perkara ini, yang mereka tahu, kononnya perlu ada DEB, sekat pembelajaran orang cina, supaya orang melayu saja yang pandai dan akhirnya mengganggur.
Dipendekkan cerita, orang UMNO hanya pandai meraih sokongan, akan tetapi tidak pandai berpolitik dengan parti komponen BNnya agak orang melayu dapat lebih. Hanya DEB yang diperjuangkannya agar mereka mendapat kontrak, namun tidak sedar akan dengan "alasan DEB" itulah yang menyebabkan orang cina mendapat lebih.
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
orang bandar cam kita tk takut pun..lagi pun last minit pilihanray sibuk nk tolong orang..
Bro sebol, bagi saya isu DEB ini ada pros and kontras die..Wlaupun jelas DEB ini kaedah pelaksanaan die lemah sekali,tapi DEB ini sememangnya sangat penting ke arah kestabilan ekonomi..Malahan hasilnya sedikit sebanyak terbukti telahpun dinikmati kita.Tanpa DEB mungkin tiada era ICT seperti sekarang di mana blog2 kelihatan begitu rancak tumbuh bagaikan cendawan.Bagi saya,menolak DEB tanpa dasar baru yang lebih berkesan juga bukan satu langkah yang baik ke arah perpaduan kaum..Kenapa ?? saya akan jelaskan.
Saya sebenarnya telah lama mengenal pasti masalah/kelemahan pada penilitian saya kepada agenda ekonomi baru PKR..Dalam keasyikan menikam/membangkang DEB,pihak PKR lupa kepada soal prinsipal kepada kestabilan ekonomi jangkamasa panjang..Sebgai contoh,sekiranya dilihat,kebanyakan polisi dasar ekonomi baru Barisan RAkyat lebih tertumpu kepada soal keadilan,hak sama rata,dan paling penting sekali hak ORANG MISKIN yg sememangnya dipinggirkan kerajaan BN..
Soalnya sekarang apakah yang akan terjadi kepada golongan mewah atau monopoli di negara ini?? Apabila kekayaan tertumpu atau dimonopoli oleh satu kaum sahaja, masalah yang lebih rumit sudah pasti akan timbul,lebih2 lagi sekiranya kaum yg memonopoli bukan kaum majoriti..Malahan sekarang ini juga boleh dikira dengan jari berapa kerat golongan bumiputeta terkaya di Malaysia.MAsalah ini sudah pasti akan terus bertambah rumit apabila golongan kapitalis berkenaan terus bergerak jauh meninggalkan gologan pertengahan dan golongan miskin..Dalam prinsip ekonomi juga,apbila sesebuah syarikat itu sudah memonopoli industri mereka,adalah hampir mustahil sekali untuk menggugat penguasaan mereka,sebagai contoh yg baik syarikat microsoft.
Jangan sala paham, saya tidak menulis ini untuk menakut-nakutkan golongan melayu yang telah mengundi Barisan Rakyat.Lagipun buat masa ini,Barisan Rakyat masih lagi komited dengan agenda bumiputera.Saya hanya mahu membuka minda sesiapa sahaja supaya kita menilai politik dalam sudut yang lebih meluas.Think outside the box,hehe.Mari kita tunggu dan lihat,dan kemudian terus bersatu,selepas ini siapa yg betul kita sama-sama sokong,sapa yg salah kita bangkang.
tanpanama/anonymous:
Anwar dah buat "Agenda Ekonomi Malaysia" dan diterangkan dalam blog Anwar dan Blog Nik Nazmi berbulan yang lalu.
"DEB" hanya retorik politik, sebenarnya DEB itu sudah lama tiada, digantikan dengan DPP, akan tetapi "DEB" sering dijadikan alasan oleh DAP untuk mencari sokongan, dan DEB juga dijadikan alasan untuk orang cina meminta lebih dari UMNO.
Memang tidak dinafikan sararan pegangan ekonomi, Melayu 30 % perlu diteruskan, tetapi bukan dengan DEB.
DEB hanya mengkayakan lagi melayu yang kaya, akan tetapi ramai lagi melayu miskin di kampung-kampung, mereka bukannya dapat 30% saham tersenarai.
Lainlah kalau koperasi melayu diberikan 30% saham.
Bro sebol, I'm sorry, I beg to differ..Hehe takper ek, jangan mara..Lagipun ok ape sekiranya kita berbincang pasal DEB atau NPP,NEP? nihh, menunjukkan kita peka dan sayang kepada negara Malaysia tercinta ini..
Pada hemat saya,bila mempersoalkan tentang keadilan/hak antara kaum serta DEB ini,konteksnye perlu lebih luas dan tidak boleh terlalu berfikir dalam satu sudut sahaja.Sebagai contoh mudah,iyer,sememangnya tak adil UiTM hanya dibuka untuk bumiputera sahaja,dan tidak memberi ruang kepada bangsa lain,bahkan Islam sendri tidak menggalakkan penindasan..
Tetapi dalam konteks yang lebih luas,sebgai masyarakat majoriti/kaum paling ramai di Malaysia ini,bayangkan kita terpaksa bersaing dgn kaum/masyarakat minoriti yg lain..Akibatnya akan lebih banyak bumiputera yang menganggur..
Begitu juga berkenaan dengan ekuiti pegangan melayu 30% ini.Saya berpendapat untuk mencapai 30% sahaja bukan sesuatu yg mudah sekiranya dalam proses berkenaan,keuntungan tidak disalurkan dgn betul.Malahan kajian sekarang ini membuktikan nak cecah 20% pun sukar.Dalam keghairahan kita untuk memberi ekuiti pegangan saham kepada golongan miskin,atas alasan untuk melahirkan lebih banyak golongan melayu pertengahan kita juga terlupa kepada aspek2 penting yg lain.Sebagai contoh,apa gunanya sekalipun banyak golongan pertengahan serta golongan melayu terpelajar dihasilkan,tapi akhirnya hidup/mati kerjaya kita terlalu bergantung harap kepada kaum lain.
Saya akui,tidak baik untuk berprasangka buruk kepada kaum lain..Tetapi inilah hakikat yang terpaksa kita hadapi.US seringkali berat sebelah dalam dasarnya ke atas orang Islam kerana ekonomi mereka dipegang Yahudi.Apabila kuasa ekonomi dipegang oleh satu kaum sahaja,mereka secara tidak langsung mempunyai suara veto dalam ekonomi Malaysia ini..
Tanda-tandanya sememangnya telah ada..Saya bagi contoh mudah.Layari sahaja di jobstreet.com.my,antara syarat2 kelayakan untuk mendapat pekerjaan sekarang ialah fluent in English,dan byk juga preferably mandarin.Saya akui wlaupun Bahasa Melaysia bahsa rasmi,tetapi bahasa Inggeris juga tidak kurang pentingnya..Tetapi permasalahannya sekarang,adakah tak fasih bercakap BI bermaksud kita lemah dalam BI.Bayangkan sahaja kawan saya,seorang graduate UiTM dengan cgpa yg tinggi,gagal dalam interview kerana Englishnya tidak lancar 100%..Yang peliknya macammana dia dapat cgpa yg begitu tinggi dalam Universiti yang semua buku rujukannya dalam BI dan Exam juga kesemuanya dijawab dalam BI??
Kalau begitu,hapuskan sahaja Bahasa Malaysia kerana masyarakat Malaysian Malaysia sudah tidak lagi mengiktiraf Bahasa Malaysia sebgai medium rasmi..
HEhe sory bro,panjang sedikit,saya pun tak tau camna nak pendekkan..Ini semua pendapat saya jer,tak semua betul.Tapi kesimpulannya,pendapat saya,hanya kaedah pelaksanaan DEB ini yang perlu dikaji semula tetapi bukan dimansuhkan.Apabila dimansuhkan,banyak isu pokok perlu dikaji semula..Dan melihatkan isu remeh temeh pasal songkok pun dipertikaikan,saya sememangnya khuatir isu yg lebih berat dapat dibincangkan secara muafakat oleh pakatan baru BR ini.