merujuk kepada persoalan Penarik Beca
Saya merayu kepada semua yang membaca posting ini supaya menyatakan sokongan anda di sidebar sebelah kanan laman utama JERIT. Di bawah tajuk "Undi Anda!!!" (sila klik), ada soalan yang bertanya anda, patutkah kerajaan negeri Selangor teruskan Dasar Setinggan Sifar?
Tolonglah jawab tidak!
Jawapan saya Ya
Bagi saya, penduduk setinggan tidak akan terbela selagi mereka mempunyai status "Penduduk Setinggan" tanpa pemilikan rumah yang sempurna.
Kalau Kerajaan BN selangor yang lalu meroboh setinggan dengan sesuka hati, tidak semestinya Kerajaan Campuran PS-PKR-DAP akan melakukan perkara yang sama.
Yang penting sekarang ialah pemilikan rumah bagi penduduk setinggan, Jika dulu mereka memaksa penduduk setinggan untuk membeli rumah, maka ia tak bersesuaian.
Selagi mereka setinggan, selagi mereka tidak mempunyai pemilikan, selagi itu masalah setinggan tidak akan selesai.
Tuan tanah , samada individu, atau kerajaan atau korporat pasti akan menuntut pemilikan tanah mereka. Jadi di sini perlunya penduduk setinggan diberikan pemilikan tanah, supaya setinggan sifar.
Jaminan Anwar Ibrahim tidak merobohkan setinggan tanpa gantian yang munasabah:-
Pembangunan bukan dinilai hebat kerana keghairahan mempamerkan projek mega dan koridor, walhasil warga kota berpendapatan rendah kekal di kawasan sesak dan setinggan. Program pembinaan rumah rakyat adalah dia ntara keutamaan KeADILan. Rumah rakyat tidak boleh dirobohkan tanpa gantian yang munasabah!
Kalau nama Dasar "Dasar Setinggan Sifar" itu terlalu buruk sehingga membayangkan perobohan itu dan ini, maka eloklah ditukar nama dasar itu.
Nanti saya akan berbincang dengan Menteri-dan timbalan menteri kabinet bayangan saya untuk mencadangkan nama dasar yang baru.
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri: Pikey Dude
Timbalan Menteri: Azhar Ahmad
en sebol,
saya sokong setinggan sifar. Sifarnya setinggan akan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Pendatang asing tak bersembunyi di sebalik kampung setinggan ni. Mungkin kadar jenayah dapat dikurangkan. Huh, banyak kesannya.
cumanya, tangani secara bijak. Jangan janji kosong. Konon nak bagi rumah, dapat rumah masih kena bayar dengan harga yang tinggi pulak tue. Ataupun, bulldozer dah depan pintu, rumah dijanjikan entah di mana?
Saya sokong setinggan sifar. Setinggan juga banyak membawa kepada masalah kesihatan. Meningkatkan taraf hidup rakyat adalah sama penting dengan pendidikan.
Memang senang kerajaan nak bagi rumah kos pangsa rendah yang berharga RM 42,000 kat orang yang tinggal setinggan. Persoalannya macamana depa nak buat pinjaman bank untuk dapat RM 42,000 tu? Kalau diorang ada duit tentulah diorang tak tinggal kat setinggan.
Kena ada unsur sewa beli secara murah, tanpa deposit dan free "riba". Itu adalah penyelesaian terbaik.
kerajaan negeri kelantan, yang tidak ada masalah setinggan [kalau ada.. kecik sangat kot...] buat projek rumah rakyat.. yang kalau tak salah aku, harga rumah dibahagi kepada beberapa kategori... ada yang harga tinggi sedikit pada harga kos, ada yang harga diletak pada kadar diskaun...
kerajaan selangor yang kaya, rasanya, buleh cuba bagi pinjaman tanpa faedah kepada peneroka asal untuk bina rumah kat tapak setinggan mereka tu [seeloknya lot tanah disusun semula supaya senang nak buat jalan, longkang segala], atau, ganti tanah lain dengan diberi sedikit pampasan dan pinjaman tanpa faedah untuk bina rumah ditapak baru... sementar rumah baru siap, biar lah dulu mereka tinggal, tapi kena juga pantau, takut nanti duit pinjamn tu ada yang guna wat benda lain cam beli kereta, berbini baru.. tapi.. kena juga check betul-betul... ada yang jenis ada lima nam biji rumah sewa... tu bukan orang susah tu.. tu orang amek kesempatan...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk pengetahuan semua penduduk2 negeri Selangor, kerajaan negeri yang lepas(BN) sebenarnya memang ada menyediakan skim 'perumahan mesra rakyat', tetapi sampai atau tidak bantuan itu bergantung kepada wakil rakyat setempat. Bezanya di kampung saya di Ijok, ramai penduduk yg diberi kemudahan membuat rumah melalui skim tersebut (mungkin pasal nak pilihanraya dulu kot?) dimana konsepnya kerajaan akan mengeluarkan modal sebanyak RM 42,000, dan penerima bantuan tadi hanya perlu membayar semula/memulangkan sebanyak RM 20,000 kepada kerajaan tanpa faedah. Tapi bila ditanya kepada ketua kampung yg saya duduki ini (di Klang) jawabnya "Lecehlah nak buat, kena buat banyak kertas kerja, kelulusan dan macam2 lagi". So kesimpulannya, sebenarnya dana untuk rakyat yg tak mampu buat rumah memang ada, kerajaan ada sediakan, diharap tak disekat oleh kerajaan pusat dimasa akan datang. (Ini semua cerita betul, bukan chobaan)
i believe in zero squatter area. The state government should continue in the previous BN state government to abolish the squatter areas. But the implementations have to be done correctly, that the people still have a place to stay after their squatter areas are removed
The existence of squatter area hinders the growth of a city. It also adds to the problem in managing sewage, electricity, water, health and welfare of the people. The intention of this policy is to better accommodation facilities for all people.
Y.A.B Pikey
Anyway, it also can be done without removing them permenant ly.
Simple step:
1. state gov move squaters to temporary place,
2. buy the land, from the real landowner.
3. buat kampung tersusun, or "rumah murah"
4. squaters move back to original place.
it's ok kalu nak buat setinggan sifar pun. probs nyer bukan pada dasar tp pelaksanaanya. Kt bagi peluang dl kat pemimpin baru, blom cuba, blom tau......