Alamat blog

Buat YB Zulkifly Nordin (atau YB Rahul)

Harap maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan.

Bahasa Melayu Baku adalah satu platform di mana, ramai orang dari pelbagai dialek boleh berkomunikasi.

Bahasa Melayu Baku juga boleh difahami oleh menutur Bahasa Melayu dai Brunei, Indonesia, Fotani dan lain-lain.

Bahasa Melayu dialek Johor Riau, yang kini dipanggil sebagai "Bahasa Standard" hanya satu dialek hyang hanya popular di kalangan orang melayu di Semenanjung.

Penutur bukan Bahasa Melayu kebanyakkannya sukar memahami dialek Johor Riau apabila penulisan blog di adaptasikan ke dialek itu.

Tidak perlulah penulisan itu terlalu betul tata bahasanya, akan tetapi cukuplah setakat pembaca/pengundi bukan Melayu boleh memahaminya.

Blog Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum berhak untuk memahami penulisan wakil rakyat yang dipilih, suatu ketika dahulu ketika Tingkatan 5 Bahasa Melayu diwajibkan dulu bagi mereka supaya lulus SPM.

Warga bukan Melayu tidak pernahpun mempersoalkan kenapa Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Baku juga boleh digunakan untuk berjenaka. 15 tahun lalu banyak jenaka telah dibuat oleh Nizal Mohammed dalam Malaysia Hari Ini.
Berdekek-dekek NurFarahin ketawa.

Saya harap YB Zul dapat menerima teguran ringkas ini dengan hati terbuka.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. rastom // 13 April 2008 pada 10:44 PTG  

    YB (bakal) Sebol al-haj, pendapatmu ini kusokong seratus peratus. YB Zul ada baca blog ini? Kalau YB Zul baca saya pesan yang ini. Tuan Zul sekarang seorang pemimpin yang diangkat ke parlimen. Tuan mesti juga dilihat memimpin penggunaan bahasa. Banyak contoh baik baik dalam barisan pemimpin yang bisa diteladani di parlimen dan mereka turut secara tidak langsung menaikkan mertabat bahasa Melayu.

  2. Hasbullah Pit // 13 April 2008 pada 11:39 PTG  

    Bakal Pengarah DBP Rastom:

    Dulu semasa belum jadi YB, sempat komen sekali di blog saya. Sejak jadi YB mungkin agak sibuk.

    walaubagaimanapun, templat barunya ada tertulis

    "Misi Blog - Menjadi sumber utama berita dan maklumat serta menjadi pusat interaksi rakyat berbilang kaum kawasan parlimen P.18 dan DUN N.35, N.36."

    satu perkembangan yang baik.