Alamat blog

Saya sebenarnya mushkil kepapa pemblog PAS, atau laman tranungkite atau yang seangkatannya tidak suka membuat pautan ke pautantetap (permalink atau permanent link) dalam sesuatu artikel.

Akan tetapi, mereka membuat pautan ke laman hadapan blog sumber.

Perkara ini amat memushkilkan saya. Apa punca terjadinya sebegini?

Mungkin pengaruh tranungkite terlalu kuat, sehingga membentuk budaya. Tranungkite yang diminati oleh ramai orang PAS, tidak mem membuat pautan ke pautantetap sesuatu artikel.

Kita ambil satu contoh, artikel Ustaz Kamal mengenai Belanda yang tersiar di Tranungkite. Dimana pautan yang diberikan untuk menyatakan sumber ialah

http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/

dan bukannya

http://kbsn26melaka.blogspot.com/2008/04/ulasan-isu-filem-belanda-hina-islam.html

Pembaca di Tranungkite hanya memberi komen di tranungkite tanpa komen ditempat yang sepatutnya, iaitu di Pautantetap catatan itu di Blog Ustaz Kamal.

Kalau ada 10 blog atau laman CMS lain yang memaparkan artikel itu, akan terdapat ulasan terhadap Catatan Ustaz Kamal yang bersepah di 10 tempat.

Satu kerja pula untuk mengkaut semua ulasan itu untuk diletakkan di tempat asal. Nasib baik penyelaras ada 3 orang. :)

Tidak dinafikan salah satu punca ialah "Old Blogger Template".
Begitu banyak blog PAS yang menggunakan "Old Blogger Template".

Apa salahnya "Old Blogger Template"?
Templat itu tidak salah, akan tetapi pautan kepada pautan tetap di kebanyakan templat jenis itu hanya terletak pada tarikh dipaparkan dan bukannya pada tajuk.


Kita ambil contoh lain,
Saudara Izo telah membuat salin-tepek artikel Amdang di blognya.
daripada sumber asal...

Akan tetapi Saudara Izo, tidak membuat pautantetap ke catatan di blog Izo.
Mengapa?
Mungkin kerana Saudara Izo tidak menjumpai atau sukar menjumpai pautan tetap artikel di blog Amdang kerana pautantetap artikel itu jauh tersorok di bawah dan tulisannya amat halus.




Di blog Saudara Izo sedikit maju kerana tajuk catatan di blognya adalah pautantetap. Tak hairan kalau dia tak jumpa pautan tetap di blog Amdang.

Jadi siapa yang patutnya membentuk budaya membuat pautan ke pautan tetap?




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Maliki xp // 12 April 2008 pada 11:01 PTG  

    Salam Hasbullah

    Duk cerita pasal permalink rupanya... tertarik dgn soalan saudara "Jadi siapa yang patutnya membentuk budaya membuat pautan ke pautan tetap?"

    Bagi ambe budaya ni boleh dipupuk sekiranya kita para bloggers semua memberikan kefahaman berkenaan term² blogging ni. Apa yang ambe perasan majoriti blogger PAS masih kurang memahami term² dan feature² yang terdapat dalam sesuatu bloging platform.

    Ambil contoh "RSS Feed" rasanya tak ramai blogger² memanfaatkannya... btw bagus artikel ni, walaupun pendek harap² kiranya memberi sedikit kefahaman buat rakan² bloggers sekalian.

  2. Jie // 13 April 2008 pada 7:40 PTG  

    Sebol...

    minggu lepas Tranungkite ada buat permalink ke blog kakjie....mungkin penulis artikel itu blogger yang berilmu.

    Untuk pengetahuan, ramai juga blogger yang tidak faham fungsi atau cara utk permalink... contoh cik lily lulu.

    Dia buat link ttg tutorial Scheduled Entri tu direct link ke blog bukan pada entri tersebut. Jadi ramai yang tidak faham bertanya di chatbox, dia tak baca keseluruhan entri.

    segan nk tegur org lain ttg hal ni .... kes mcm tag mengetag pun sama.

    Dan masih ramai juga tidak ingin tahu macam mana membuat link di entri.