Alamat blog

Sebelum ini saya pernah menegur Ahli Parlimen Kulim tentang gaya bahasanya yang menyebabkan pengunjung bukan melayu sukar untuk memahaminya. Memang sukar untuk menerangkan kepada rang Melayu bahawa Bahasa Melayu Baku boleh merapatkan jurang komunikasi antara kaum.

Rupanya keadaan berlaku lebih teruk di Negeri Melaka.

Ini bukan catatan blog menyalahkan ADUN atau Ahli Parlimen BN di negeri Melaka.Akan tetapi menyarankan supaya ADUN dan Ahli Parlimen di Negeri Melaka bertanggung jawap dengan blog sendiri. (ayat macam Menteri Penerangan)

Terdapat sekurang-kurangnya 3 blog ADUN/AP di Melaka dimana Bahasa Melayunya dilacurkan dengan sebegitu teruk. Adakah itu imej yang hendak disampaikan selaku Blog Rasmi ADUN?

Pelacuran bahasa di Blog ADUN Ayer Limau:

projek itu menampakan yg MB S'ngor yg br tdk mngambil kra sestivity org ISLAM yg b'bngsa MELAYU...tdk kh projek itu dibna b'dktan kaw org ISLAM...b'sbelhan umah org ISLAM..
ingin d ingtkan bhwa kte sume wajib tkt dgn HUKUM ALLAH...tkt la pd BALA ALLAH yg maha pedih...


projek itu jga akn mnyebab kn BUMI t'cemar dgn truk.....
& jka sdh truk..akn memkn belanja besar utk kos pemulihan..
ingtlah...jika kerajaan t'dahulu cbe utk memhapuskan..
kerajaan skrg pula m'nyokong...
Pelacuran Bahasa di Blog Taboh Naning

projek itu jga akn mnyebab kn BUMI t'cemar dgn truk.....

& jka sdh truk..akn memkn belanja besar utk kos pemulihan..

ingtlah...jika kerajaan t'dahulu cbe utk memhapuskan..


Pelacuran bahasa di Blog Parlimen Masjid Tanah.

keprihatinan pihak ahli parlimen MT yb Datuk Wira Abu Seman & adun Taboh Naning yb Pn Latipah...sekurng2 nye dpt meringan kn beban yg d hadpi oleh penduduk yg terlibt dlm kjadian ribut bru2 ini d kg Ayer Pa'abas......

Saya faham ramai ADUN tidak pandai berblog, bukan syarat ADUN mesti ada blog. Tiada peruntukan yang mewajibkan ADUN memiliki blog (tidak semestinya berblog). Akan tetapi carilah penyelaras yang tidak melacurkan Bahasa Kebangsaan pengerat perpaduan antara kaum.




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. Tanpa Nama // 18 April 2008 pada 11:43 PG  

    sdr sebol,
    dalam hal ini kita boleh menjadi ultra! :)

    tanggapan saya bila membaca entri sdr ini, diterjemahkan dengan 2 tafsiran:

    1. memang mereka pelacur bahasa

    2. mereka tak berblog pun sebenarnya, upah budak-budak tulis blog untuk mereka,justeru bahasa pun kelihatan remaja walau mereka majoritinya 'bangka-bangka' belaka.

  2. miss arizona // 18 April 2008 pada 11:46 PG  

    banyak sangat ADUN-ADUN main sms sesama sendiri...sampai dlm blog yang pun terbawak-bawak..mereka terlupa tulisan di blog bukan berharga RM0.01 setiap 160char.

  3. Dr Azwan // 18 April 2008 pada 1:12 PTG  

    Pelacuran bahasa yer. hhmm... Menarik terma itu. So yang melacurkan bahasa itu tentunya seorang pelacur bahasa.

    Lebih lebih lagi ADUN yang disebut tu semuanya lelaki, maka pelacur bahasa ini boleh kita kelaskan sebagai "gigolo" bahasa, Saudara Sebol?.

    Mari kita sama tegur golongan "gigolo-gigolo" bahasa ini agar tidak melacurkan bahasa..

    Mohon 2-3 ADUN UMNO Melaka a.k.a Gigolo Bahasa yang sepatutnya menjadi juara bahasa melayu tidak melacurkan bahasa.

    Huh.. terasa berdosa pulak guna perkataan tu. Habis pahala Jumaat hari ni.

  4. Azhar Ahmad // 18 April 2008 pada 6:15 PTG  

    Alaahi, buat kerja bagai melepaskan batuk ditangga!

  5. rastom // 19 April 2008 pada 12:05 PG  

    Kita mesti bersidang! Usulkan satu Suruhanjaya Di Rajalingam untuk mengkorekkorekkorekan masalah ini.

  6. Hasbullah Pit // 19 April 2008 pada 9:29 PG  

    YB Rastom:
    Selepas ideamu ditulis blogmu semalam, memang kurasa perlu supaya diadakan satu suruhanjaya yang menyediakan 1 garis panduan kepada blog badan politik (samada individu atau parti atau unit parti) supaya keseluruah budaya politik didunia maya ini diangkat martabatnya.

    Akan tetapi garis panduan yang saya nak rancang itu, bukan hanya untuk bahasa akan tetapi memupuk budaya internet yang lebih baik).

    "Suruhanjaya Kualiti Blog Politik"

  7. Tanpa Nama // 19 April 2008 pada 4:10 PTG  

    kelakar juga penemuan ini ya? Mula mula saya ingatkan ia berkaitan dengan bahasa rojak. tetapi tidak.

    zaman sekarang ni sms pun tak ditulis sebegitu ringkas. kalau nak ringkaskan lg, saya sarankan para ADUN tersebut masuk kelas shorthand la, senang sikit nak tulis

  8. Tanpa Nama // 20 April 2008 pada 2:37 PTG  

    Saya cadangkan satu institusi yang akan menemu-duga calon-calon pilihan raya.

    Antara perkara yang perlu diteliti semasa temu duga :

    1. Gred Bahasa Melayu (atau Malaysia mengikut tahun menduduki peperiksaan) SPM.

    2. Adakan ujia lisan, sama seperti ketika menduduki PRM atau SPM.

  9. Tanpa Nama // 20 April 2008 pada 3:41 PTG  

    Blog YB ini boleh jadi kawan smsmen.