Alamat blog

Maaf kupinta sekiranya catatan ini menyinggung perasaanmu.

Sedih aku melihat umat Islam zaman sekarang kurang bijak menilai fakta, terutama sekali bila melibatkan fakta saintifik.

Suatu ketika dahulu, tahun lepas, sibuk dengan berita kononnya planet Marikh telah berpusing terbalik, kononnya dunia nak kiamat. Maka terpaksa kuterangkan tentang "Retrogate Motion".

Kini berlakunya penyebaran maklumat sebegitu disertakan tuduhan ke atas NASA.

Berdasarkan kepada apa yang telah disampaikan kepada ana, perkara sebenar ini telah disembunyikan oleh pihak NASA sendiri, dan imej NASA yang berkaitan artikel tersebut telah dihapuskan, yang sebenarnya bukan dihapus tetapi disimpan.,kerana ia lebih menguntungkan ISLAM ketika suasana dunia bukan islam yang membenci agama Allah itu.

Pergerakan Retrogasi berlaku 26 bulan. Lebih kurang 2 tahun sekali.
Bumi bergerak lebih pantas daripada Marikh, jadi selalu bumi memintas Marikh sehingga 1 tahap , bumi bertentangan dengan marikh.

Takkan Kiamat 2 tahun sekali.


Kalau dipandang dari bumi, Marikh itu bergerak seperti zigzag,





adakalanya seperti huruf beta.




Tatkala ia kelihatan seperti membelok, ketika itu marikh kelihatan berpusing terbalik.

Bagaimana boleh marikh kelihatan sebegitu?

Perujuk kepada http://www.lasalle.edu/~smithsc/Astronomy/retrograd.html
Ketika zaman tiada Program Angkasawan Negara, zaman sebelum masehi, Plotemy telah membuat satu teori yang beranggapan Marikh mengelilingi sesuatu ketika mengelilingi matahari.


sebenarnya teori itu salah.


Kemudian ada teori dipanggil "copernican" kerana dibuat oleh Copernicus,
teorinya sebegini:-




Ianya sama seperti animasi yang dibuat oleh NASA


Seperti biasa, saya tidak percaya kalau ilmu greek dipindahkan secara langsung ke barat tanpa melalui zaman kegemilangan ilmuan Islam.

Jadi Saya google "Retrogate Motion Albiruni"
Maka terjumpa satu buku tentang Al Biruni di googlebook, mengatakan bahawa Al-Biruni telahpun membincangkan tentang pergerakan retrogasi (ketika itu dia mesti tak guna istilah BM) :



Amatlah sedih apabila melihat sahabat blogger seislamku menuduh kepada NASA menyembunyikan fenomena Pergerakan Retrogasi, tatkala ianya diterangkan secara terperinci oleh ilmuan Islam beratus tahun dahulu.

Mari kita klonkan pemikiran Al-Biruni kepada minda anak-anak.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. aria ayumi // 17 April 2008 pada 9:49 PTG  

    menariknya info nih... thanks 4 sharing... ;) *tak reti nak komen pjg coz tak bape paham ilmu astronomi,huhu*

  2. Tanpa Nama // 17 April 2008 pada 10:16 PTG  

    Assalamualaikum,

    Masa saya menuntut di US pada awal 90-an dulu, salah satu course pilihan saya adalah Astronomi. Jadi memang diajarkan mengenai retrograde motion ini awal-awal lagi.

    Seperti yang dinyatakan ia hanya 'APPARENT motion', macam kita naik kereta baru potong kereta buruk la. Dari pandangan kita yang naik kereta baru, macam kereta buruk tu hundur ke belakang kereta kita, walhal sama-sama maju ke depan, cuma dia kurang power. Itu saja.

    Dah bertahun-tahun muncul kisah 'retrograde motion' planet Marikh ni sebagai tanda kiamat, macam ikut musim pula. Patutnya universiti tempatan boleh ajar kursus Basic Astronomi 101. Tak ada lah silap faham begini lagi.

  3. Tanpa Nama // 17 April 2008 pada 10:50 PTG  

    Hah! Blogger macam inilah yang kita mahu. :)

  4. Acaii Jawe // 18 April 2008 pada 8:33 PG  

    waa, bagus betulla bro nih..akupun tak tahu semua nih,hehehe..:) thansk fro sharing..

  5. Azhar Ahmad // 18 April 2008 pada 7:44 PTG  

    Hummm, entahlah.... ramai yang main tuduh sekarang nih tanpa bukti yang sah....