Alamat blog

Pulau pinang memang sudah padat, beberapa jalan begitu sesak. Mengapa perlu langkah untuk memadatkan lagi pulau pinang? Bukankah banyak lagi kawasan di Malaysia yang boleh dipadatkan?

Bila adanya jambatan ke dua, ditambah pula lorong ke tiga di Jambatan Pulau Pinang sedia ada akan siap. Pasti Pulau Pinang akan menjadi lebih padat.

Bagi saya, lorong tambahan di Jambatan Pulau pinang adalah cukup untuk keperluan semasa.

Anil Netto telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Jambatan Pulau Pinang tidak perlu. (pautan)

Kosnya dari 2 bilion, menjadi 5 bilion, kemudian tangguh pula kerana kos meningkat. Baik dibatalkan terus, tetapi mengadakan pengangkutan awam yang lebih efisyen antara Perai atau Butterworth ke Pulau.

Sila baca penceritaan Anil Netto tentang Tram di Pulau Pinang,

Komen saya disitu:

I dont know why BN since 50 year ago doesnt like train alike transportation. except in Klang Valley.

most of all railways in Malaysia was build by british.

Biar Negara rugi beberapa juta, daripada rugi berbilion ringgit.

Gunakan duit itu untuk jambatan Bengkok yang sepatutnya kita buat.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Sue.Aleen // 22 April 2008 pada 9:18 PTG  

    aduhhh... tak pernah rasa ke naik jambatan sedia ada tu masa sekarang ni? peak hour ke tak peak hour ke teramatlah jemnye. even lepas kita orang hantar mak ke kompleks tabung haji lepas 12 malam pun masih jem... dengar cite plak feri nak stop.. lagi la padat jambatan lama tu

    kebanyakannya yang 'memadatkan' PP ni bukannya orang dalam tapi orang yang datang dari luar dan bekerja di PP. cant blame them for that. PP adalah port kerja di utara...

  2. Sue.Aleen // 22 April 2008 pada 9:57 PTG  

    kalau pengangkutan awam tu ditambahbaikan atau letak light transit mungkin sesak akan kurang..

  3. merapuman // 22 April 2008 pada 10:48 PTG  

    simple maths :

    lebih keretapi = kurang kereta = kurang kutipan tol

    kurang sesak = kurang alasan untuk tol = kurang kutipan

    eh .. tapi samy pellu dah takde kan

  4. Tanpa Nama // 23 April 2008 pada 11:35 PG  

    Kekadang tuh memang tak paham, amik contoh KL saja cukup,ada Commuter,Star,Putra dan Monorail tapi masih lagi jam terlalu teruk.Kenape? Kerana yg ade kat atas tu tadi bukan kemudahan awam,tapi menyusahkan..


    Sebenanya daripada membazir duit untuk buat flying over atau yg sewaktu dengannya,lebih baik saja kerajaan upgrade sistem pengangkutan awam dengan serius.Nih tak,naik commuter pun nak kene tunggu lamer,terpakse berhimpit2,segalanya kene beratur beli tiket pun beratur,lepas tu plak harga serupa macam naik kereta jer.Kalau pengangkutan awam di beri keutamaan serius,bukan sahaja bebanan kenaikan harga minyak dapat dikurangkan kepada rakyat,banyak lagi yg mungkin dapat dijimatkan untuk kebaikan kerajaan juga.