Adakah anda semua PASTI babi di Malaysia adalah untuk dalam negeri dan bukannya untuk dieksport ke Singapura?
Persoalan itu saya tak tahu jawapannya, akan tetapi selalu juga nampak lori bawa babi di lebuh raya.
Di Blog ALHUSSEYN, ada menunjukkan statistik bilangan babi di Malaysia.
Manakala di Blog Ali Rustam, mengatakan hanya 40k-60k
Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.
Bukan saya kata, Ali Rustam yang kata.
Jauh pula beza 150k babi dengan 60k babi.
Jika 60,000 had maksimum bilangan babi di Melaka adalah BENAR, nilainya bagi saya tetap terlalu tinggi untuk negeri sekecil Melaka, dengan bilangan penduduk sekitar 648,xxx orang sahaja.
Adakah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar "10 penduduk seekor babi"?
Adakah Negeri Melaka mempunyai lembu sebanyak itu?
Jika nilai 150,000 ekor babi diambil kira, maka dasar 10 penduduk seekor babi perlulah ditukar ke dasar "4 penduduk seekor babi"
atau kalau dibiarkan, ia akan tak mustahil menjadi "1 penduduk 1 babi"
Negeri Sabah yang mempunyai peratusan penduduk bukan Islam lebih tinggi, bilangan penduduk keseluruah 2.4 juta, hanya mempunyai 69xxx ekor babi.
Adakah Benar Melaka tidak mengeksport babi ke Singapura?
Mari kita ke australia seketika untuk melihat 1 hasil kajian tentang Bursa babi di Singapura.
The adjacent Malaysian mainland is the primary source, but nearby islands of Indonesia and other South-East Asian countries also deliver produce to the island.
Malaysian pig-farmers stopped pig supplies to Singapore for three days. Because 70% of supplies were coming from Malaysia at the time, the boycott caused havoc in the pork market and attracted much public attention. Pork prices jumped and many butchers' stalls were closed.Bayangkan, 70% bekalan babi Malaysia datangnya dari Malaysia, sehingga berkuasa untuk memboikot Singapura sehingga peniaga singapura tutup kedai.
Maka, SAYA TIDAK PERCAYA BABI DI MELAKA TIDAK DIEKSPORT KE SINGAPURA.
Negeri Selangor yang dikatakan hanya ada 250,000 ekor babi, dikatakan untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.
Eh tunggu, bukankah Kuala Lumpur tu di bawah persekutuan? biar persekutuan yang tentukan daripada mana bekalan babi untuk Kuala Lumpur diperolehi. Mengapa mesti tanah selangor yang perlu dicemarkan untuk permintaan babi penduduk persekutuan?
Mana dia penyelesaian dari peringkat persekutuan?
Saya melihat permasalah babi ini sebagai masalah persekutuan.
ANDAIKATA, negeri selangor boleh mengawal babi di negeri mereka dengan baik, tentunya kos meningkat harga seekor babi di Negeri Selangor jauh lebih tinggi berbanding Babi di Negeri Melaka.
Pembeli babi nak beli babi dari Melaka atau Selangor?
Pembeli babi Singapura nak beli babi Melaka atau Selangor?
Bagi saya, isu babi ini sepatutnya ditangani di peringkat persekutuan, Jikalau 1 negeri tegas, satu negeri "boleh dibeli", maka penternak babi akan lari ke negeri yang boleh dibeli.
Jika difikirkan, pengharaman penternakan babi di Malaysia adalah langkah yang baik untuk alam sekitar di Malaysia. Pemakan babi boleh mengimport dari Vietnam.
Vietnam adalah pengeksport babi yang agak besar.
Kalau nak difikirkan diri sendiri seperti Singapura yang tak boleh ternak babi tetapi membeli sebanyak-banyaknya dari Malaysia. Kita pun boleh buat begitu.
Akan tetapi adalah satu langkah yang tidak beretika. Daging dibawa ke Malaysia, tahi ditinggalkan di Vietnam.
Akan tetapi ia jauh lebih baik daripada "Daging dibawa ke Singapura, tahi ditinggalkan di Melaka". Tahi di Melaka bererti tahi di Malaysia.
Jadi cadangan saya:
- Kerajaan Persekutuan mesti haramkan terus penternakan babi.
- Penternak-penternak babi di Malaysia habiskan stok.
- Dapatkan duit modal.
- Kumpul duit modal penternak babi dijadikan satu "konsortium penternak babi di Malaysia".
- Kemudian Konsortium itu melabur di membuka ladang berteknologi tinggi di Vietnam.
- Sekiranya terbukti Konsortium itu tidak mencemarkan alam sekitar Vietnam, baru beri kelonggaran untuk ternak babi di Malaysia.
Hahahahah best2...
u ni otak babi ke? just because you dont eat pork doesnt mean you can discriminate against it.
what dyu mean makan di msia tahi di vietnam?
Bro Tanpa Nama,
I think you are commenting out of context. I dont think you really understand what the writer is talking about. Most probably because it is in B.Malaysia.
This argument is about the statement made by The CM of Malacca recently. He is counter-arguing the statement, thats all bro.
Nothing to do with you all can eat pork or not. Do whatever you want man, its your pork..
tanpanama:
Why singaporean can "discriminate" gainst it?
Eat in Singapore, poluttion in Malaysia.
And why not eat in Malaysia but limited polution in other country?
read my last word,
"Sekiranya terbukti Konsortium itu tidak mencemarkan alam sekitar Vietnam, baru beri kelonggaran untuk ternak babi di Malaysia"
nape perlu byk sangat babi kat malaysia nih? binatang lain spt lembu dan kambingpun tka sebanyak mereka..stuju ngan cadangan hapuskan penternakan babi tapi benda tu akan buatkan kerajaan negeri rugi berjuta2 lagi,hehee...:)
faisal : Saya fikir, banyak tak banyak itu adalah persoalan no.2. Persoalan paling utama saya rasa ialah bagaimana penternakan babi ini perlu diselaraskan agar kerosakan kepada alam sekitar dapat dikurangkan. Jikalau kita dapat kurangkan penternakan bersepah kepada penternakan berpusat, itu adalah cara terbaik. Bilangan babi yang diternak dan keluasan berapa hektar tempat penternakan baru itu kita boleh timbang tara kan.
kes babi ni buat aku pening kepala la..
Kampugn saya kat Baling...bersepah tengok babi berkeliaran tepi² rumah kat perkampungan orang siam..tak pula heboh...ini sebab membabitkan ekonomi...bukan sebab sapa makan sapa tak...
berapa banyak babi daaa.... citer babi memeng memeningkan kepala semer orang.... lebih2 lagi kalo silap faham kenyataan berkenaan babi.
kalo kat tv3 berulang kali perkataan babi tersembul kuar... sana sini citer babi... naik ranking babi nampaknya... hahhahaha...
keyword overtue babi malaysia
Bro sebol, good job..Nih laa contoh blogger yg baik..Blogger seharusnya lebih adil memberi komen, tak perlu double standard..
Memangla kerajaan Selangor/Melaka akan memikirkan cara terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah.Tapi tak bermakna blogger hanya mendiamkan diri tanpa menyuarakan pendapat mereka.Kita lihat apabila kerajaan persekutuan cakap mereka akan mengkaji sesuatu masalah dengan teliti,sebgai contoh naikkan harga minyak,belum apa2 lagi semua blogger sudah menghentam kerajaan persekutuan,seolah-olah kerajaan sengaja kasik minyak naik,kasik inflation naik dan buat ekonomi merudum..
Tapi apabila isu babi gagal di explain dengan jelas kerajaan negeri Selangor contohnya,sesetengah blogger hanya mendiamkan diri dan mengamalkan double standard,"Biarlah dulu,pandai la diorang uruskan,bagi la can skit kat diorang"..Sepatutnya kalau kita tidak sokong,tak kira orang Pakatan Rakyat atau BN kita seharusnya menyuarakan pendapat dengan tegas.
Dan yg paling PENTING sekali jangan pandai menhentam saja, kene ada cadangan juga macam apa yg bro sebol buat nih..
makan di Malaysia tahi di Vietnam bermaksud makan di Malaysia, dan bila dah kenyang keluarkan tahi di Vietnam..Hehe gurau2 ajer.. Ape nih Tanpa Nama(di atas), U paham tak bahasa Malaysia ?
Die cakap lebih baik babi diimport dari negara luar seperti apa yg Singapore buat,daripada ternak di sini yang boleh mendatangkan masalah pencemaran dan kekotoran.Di Malaysia,kerajaan memang telah lama berkompromi,kerana memakan babi adalah hak bangsa lain,tetapi masalah kebersihan dan bebas dari pencemaran juga adalah hak bangsa lain juga,dan pengusha babi sering tidak bertangungjawab dalam hal ini.
Masalah sekarang,atas alasan kebersihan,kerajaan pula yang terpaksa menyediakan tapak(tak taula free ker tak) untuk pengusha babi ini menjalankan bisnes mereka besar-besaran,padahal faktor kebersihan sepatutnya adalah tangungjawab mereka sendiri.Dan apakah niat di sebalik projek ini,adakah untuk menghasilkan babi kepada pasaran tempatan yang sudah lebih dari mencukupi atau untuk dieksport ke luar??
Sudah tentulah harga babi di Selangor akan mahal harganya disebakan kos yg tinggi melebihi harga biasa,maka kemungkinan ia lebih sesuai untuk dieksport ke luar secara besar-besaran untuk mengaut keuntungan daripada tapak yg free serta pelabuhan Klang yang berhampiran?
Kalau kerajaan persekutuan ingin haramkan penternakan babi di Malaysia. Mereka akan mengalami resistant yang sangat tinggi di kalangan rakyat Cina Malaysia.
Penternakan babi melalui konsortium di Vietnam akan melibatkan kos logistik yang tinggi berbanding Singapura yang mengimport dari Malaysia melalui jalan darat sahaja.
Mungkin Thailand lebih sesuai daripada Vietnam?
kalau penternakan babi di haramkan, penternakan lembu jugak harus di haramkan kerana kaum india & cina tak makam lembu. Daging lembu boleh diimport dari luar negeri. Macam itu, negara malaysia akan menjadi bersih dari segala tahi samada lembu, kambing atau babi.
Ternakam lembu lebih teruk kalau banding dgn babi. Lembu di ternak di kawasan terbuka manakala babi di ternak di kandang. jadi lembu lembu boleh merayau - rayau di mana mana dan boleh mengakibatkan kemalangan maut di jalanraya. Terdapat bankyak kes kemalangan yang membabitkan lembu. Tambahan pulak, najis najis lembu berada di mana mana sahaja. kadan kand boleh jumpa samada di jalanray atau [un di highway. Apakah pandangan tourist terhadap malaysia kalau mereka pergi ke mana mana sahaja terjumpa dengan cowdang.
Derrick,
Ini bukan soal kaum, ini soal pencemaran.
Tahi lembu dan kambing "biodegradable".
Kalau ada negara lain yang mengharamkan penternakan lembu dan kambing, mungkin langkah sebegitu boleh ditiru oleh kerajaan Malaysia.