Alamat blog

Terima Kasih diucapkan kepada Penarek Beca yang telah membuat pautan ke Beras Terpilih akan tetapi menggunakan nama "Agregator".

Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001, Ezza , Jed Yoong.

Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet ....
Tidak dilupakan Malaysia-bakaq.

Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini.

Konsep Beras Terpilih itu sendiri "Bidan terjun", berdasarkan sikap suka berkongsi yang mulia oleh editor, maka ia lahir.

Di sini saya ingin bercakap tentang "Aliran maklumat media alternatif".

Dari ruang lingkup pemikiran Ali Rustam, mudah sahaja, katakan sahaja semua ADUN mesti ada blog. Akan tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik, kerana siapa pula nak baca blog-blog kalau blog bersawang yang bersepah.

Beras Padu dan Malaysia-bakaq mungkin penyelesaian sementara untuk mendapatkan maklumat media alternatif.

Akan tetapi banyak pihak yang lebih suka salintepek artikel berita di blog masing-masing dan menjadikan agregator berulang-ulang menceritakan perkara sama.

Oleh kerana Tandabuku Sosial adalah terlalu asing bagi pengguna internet Di Malaysia, maka Beras Terpilih mungkin penyelesaian terbaik untuk mendapatkan maklumat "terpilih".

Setelah beberapa hari Beras Terpilih beroperasi, maka saya dapati terdapat satu kelemahan besar Beras Terpilih iaitu, Editor tidak boleh memilihberas artikel yang tiada dalam senarai googlereadernya.

Jika Mudin terjumpa satu atikel yang menarik untuk dikongsi tetapi tidak dilanggan oleh googlereadernya, maka dia terpaksa langgan suapan rss itu supaya dia boleh pilih artikel itu.

Bagaimana kalau artikel itu tidak diletakkan pada laman yang ada RSS seperti laman web kuno seperti Melaka Hari Ini?

Jadi, Sementara mencari idea untuk penyelesaian yang lebih baik, maka Beras Terpilih perlu diteruskan dengan merekrut 2,3 editor tambahan.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Unknown // 27 April 2008 pada 1:23 PG  

    Habis, aku nak bubuh nama apa? Satu lagi, tukang tolong aku juga bubuh apa menatang aku pun tak tau, RSS la kot, dari Beras Terpilih dalam Malaysiakita dengan tajuk Selected "Beras" pada sidebar Malaysiakita.

    Harap tak marah. Kalu marah, aku akan mintak tukang tulong aku supaya cabut balik benda tu..

  2. Hasbullah Pit // 27 April 2008 pada 1:30 PG  

    Bakaq:

    Aku tak marah....
    Tapi nampak pelik.

    kau anggap sahaja lah "Beras Terpilih" itu nama khas.

  3. Acaii Jawe // 27 April 2008 pada 5:52 PTG  

    bagus betul usaha bro sebol nih,huhuu..sy tak mampu sampai tahap bro lagi skrang,heheh...