Alamat blog

Malam tadi terdapat satu catatan blog AlBanjari yang menyiarkan selolah-olah dia mengiakan catatan blog Mat Saman Kati tentang penyalahgunaan Kereta Kerajaan Oleh YB Idham Lim (CINA ISLAM).

Sehinggakah Dr Halimah pula yang MENJERIT :

SALAM. ADAKALANYA PROGRAM ADUN BERTINDIH DAN JARAK ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN AGAK JAUH. SATU PROGRAM PARTI, SATU LAGI PROGRAM RAKYAT (ADUN ATAU EXCO). KALAU NAK BALIK NAK TUKAR KERETA SENDIRI LEPAS ITU PATAH BALIK KE TEMPAT PROGRAM RAKYAT MENAIKI KERETA EXCO ATAU ADUN,MASA HABIS DI TENGAH JALAN. TELAH DITANYA DENGAN PIHAK YANG BERKENAAN TENTANG PENGGUNAAN KERETA EXCO ATAU ADUN, MEREKA MENGATAKAN YANG TAK BOLEH IALAH URUSAN PERIBADI SEPERTI BALIK KAMPUNG, PERGI SHOPPING, PERGI BERCUTI, HANTAR ANAK SEKOLAH DAN SEBAGAINYA. JADI SEBELUM GUNA KERETA EXCO, TANYA "INI PROGRAM PERIBADI ATAU MELIBATKAN RAKYAT"
YB Lim kemudiannya membalas dengan melabel Al Banjari sebagai tidak bertanggung jawap:


DRS. KHALIL IDHAM LIM said...

Assalamualaikum wr. wb.

Baru balik dari ceramah di kulim , terbuka komen-komen sahabat yang insyaAllah hendak cari kemuliaan Allah. Mudah-mudahan sampai hajat kalau kena caranya? Kereta yang ana pakai adalah kereta peribadi ana yang dibeli tanpa gunakan satu sen pun duit kerajaan. Sudah lama ana berniaga sebelum jadi wakil rakyat semua orang tahu. Cuma matsaman kati yang lebih sudu dari kuah. Harap selidik dulu sebelum cerita macam2





DRS. KHALIL IDHAM LIM said...

al banjari adalah tidak bertanggungjawab, dia tahu sangat kereta tu ana dah beli setahun lebih sebelum PR 12. apa tujuan siarkan benda bohong dalam blog anda. sepatutnya anda tolong perbetulkan bukannya hendak keruhkan keadaan.



Walaubagaimanapun Al-Banjari telahpun membuat catatan blog pemutihan bagi itu isu.

Adakah Albanjari memang tidak bertanggungjawap pada catatan blognya yang pertama?

Sebenarnya Albanjari mempunyai pilihan untuk bertanya pada YB Idham Lim di blognya sebelum membuat catatan.

Al Banjari juga boleh meletakkan tanda soal pada catatan blognya sebagai menunjukkan ketidak pastiannya.

Al Banjari juga boleh memetik atrikel Mat Saman Kati dalam bentuk petikan, supaya ianya jelas adalah dari Mat Saman Kati dan bukannya Al Banjari sendiri.

Walaubagaimanapun label tidak bertanggung jawab bagi saya terlalu keras. Ayat "Al Banjari sepatutnya lebih bertanggung jawab" lebih indah berbanding "Al Banjari adalah tidak bertanggungjawap".




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Tanpa Nama // 27 April 2008 pada 9:41 PTG  

    salam -
    terima kasih kerana tuan juga sensitif kepada artikel yang telah disiarkan di blog ana. Memang pada ana yb tidak sepatutnya melabel ana sebegitu.Tetapi siapa ana, hanya marhaen yang memangkah nama idhamlim untuk kemenangan adun titi serong. Tidak lebih dari itu.Bagi ana dalam tempoh 4 tahun lagi ana harap ana tidak menyimpan banyak label tentang hal semacam ini. Memang benar tanda soal itu, namun ana telah meletakkan 2 sukukata yang bersifat tandatanya iaitu ..biar betul ! Jika nak di kira pak lah tu lebih bertanggugjawab dalam menangani blogger di medan tempur maya ni.,lebih teruk kena hentam. Akan datang nampaknya ana kena buat ntri ala-ala pokemon la plak. Tak kan kartun pun nak belasah ana.hahaha..

  2. Hasbullah Pit // 27 April 2008 pada 10:06 PTG  

    albanjari:

    kau gunakanla fungsi quote pada blogger.
    Petikan akan kelihatan lebih jelas.

    kalau nak lebih jelas, ko pilih template yg petikannya jelas menampakkan ianya petikan.

    kalau nak ubah suai templat sedia ada supaya petikan ada garisan macam aku, pun boleh juga, kena menuntut ilmu css dulu.