Alamat blog

Video Robert Kubica sedang bercakap dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi.

Tiada apa yang istimewanya video di atas, Hanya perbualan antara pelumba BMW Sauber, Robert Kubica dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi.

Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah, Mehdi Ahmadi tidak dapat bertugas sebagai jurutera perlumbaan bagi Sebastian Vettel yang menggantikan Robert Kubica pada GP Indianapolis 2007.
Visa Mehdi Ahmadi tidak diluluskan oleh imegresen Amerika Syarikat hanya kerana dia berwarga negara Iran.


A team spokesman said Kubica's engineer, Mehmi Ahmadi, will not be at the race this week because the Iranian native was not granted an American visa. Ahmadi will be replaced by Ossi Oikarinen, the chief engineer for the test team
Jika Amerika boleh bertegas dengan BMW Sauber, Pasukan yang mendahului kategori pembuat F1 musim ini, Mengapa Malaysia tidak boleh bertegas dengan Chelsea?

Besar sangatkan Chelsea?
Satu kelab yang hanya gah di liga Perdana Inggeris sahaja.

Terdapat kata-kata yang mengatakan kononnya sukan tidak boleh dicampur adukkan dengan politik.

Apakah F1 bukan sukan bagi Negara Amerika Syarikat?

Apakah dengan menjadi ahli sukan sahaja boleh memasuki mana-mana negara yang mana kita suka?

Jika Pemisahan segalanya dengan agama dipanggil sekularisme, Apakah gelaran idelogi bagi yang memisahkan sukan dengan segalanya?

Sukanerisme?




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 23 April 2008 pada 10:40 PG  

    Well said, bro!

  2. Tanpa Nama // 23 April 2008 pada 11:20 PG  

    Hahaha, nice post..Chelsea pun bukan ada fan banyak sangat kat Malaysia nih, apela kerajaan nak terkinja-kinja ajak diorang datang cnih, buat bazir duit ajer.Baik ajak pasukan bola sepak Iran saje friendly ngn pasukan Malaysia..

  3. Tanpa Nama // 23 April 2008 pada 3:23 PTG  

    saya sokong umno dalam hal ini. biar umno terus kalah dalam GE akan datang.

    lepas ni jemput pulak PM Israel.

  4. Tanpa Nama // 23 April 2008 pada 3:24 PTG  

    ... jemput PM israel main golf kejohanan sesama VIP

    (tertinggal)