Alamat blog

Di sini saya ingin memberi penerangan tentang Cadangan Pemuda PAS Sempang tempoh hari yang telah diserahkan ke Dewan Pemuda Kawasan Jasin ketika Mesyuarat Agung tempoh hari. Supaya ianya boleh disampaikan ke upstream Negeri dan Pusat.


1. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin supaya mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bentuk bantahan atau sokongan atau mengalu-alukan berkaitan isu semasa.

Sebagai contoh: Isu Fitna, Isu Pemain Israel Chelsea, Isu DSA 2008.


2. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, dan Negeri Melaka supaya menjemput media dalam setiap aktivitinya, samada mereka datang atau tidak, samada berita tersiar atau tidak itu perkara kedua.


2.1. Mencadangkan Pemuda PAS Negeri Melaka supaya mempunyai dasar “Mesra Media” memandangkan “Sinar Harian” yang akan tiba di Melaka tidak lama lagi.

Setelah berlakunya tsunami politik di Tanah air kita, Media kelihatan lebih terbuka untuk menyiarkan berita berkenaan pakatan rakyat berbanding dahulu. Walaupun ada kedengaran kononnya media masih dikawal dan sebagainya. Usah pedulikan ia.

Jangan dimarahkan media kenapa tidak menyiarkan berita tentang PAS kalau media tidak diberitahu atau dijemput untuk membuat liputan aktiviti PAS.

Exco Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, ada juga keluar di kaca TV apabila menjalankan tugas untuk membasmi denggi.

Sekiranya Pemuda PAS kawasan Jasin membuat satu gotong royong untuk membersihkan kawasan yang banyak berlakunya pembiakan nyamuk aedes, tiada sebab mengapa media tidak boleh menyiarkan beritanya. Bukan kita nak hentam Ali Rustam pun.

Kalau Ali Rustam nak tunjuk kuasanya, dia boleh hantar pasukan PBT untuk tujuan pembersihan. Siapa yang untung?

Rakyat.

Apa yang berlaku sekarang ialah Ahli Politik PAS terlalu kurang membuat kenyataan kepada media. Satu-satunya sumber untuk mendapatkan kenyataan pemimpin PAS adalah dari Harakah ataupun laman lain yang menyalin dari harakah.

Hampir tidak kelihatan Kenyataan Pemimpin PAS di Malaysiakini. Semuanya hampir diboloti oleh PKR,DAP dan BN.

Adakah kerana terlalu terbiasa dengan "Tak keluar media", maka pemimpin PAS tidak menghiraukan media?

Adakah kerana dengan adanya harakah yang tolong ceritakan aktiviti PAS, maka media lain tidak diperlukan?

Begitu juga soal "kenyataan", sekiranya tiada kenyataan dibuat, maka bagaimana media lain nak siarkan kenyataan.

Adakah kita hendak tunggu media menjadi betul-betul bebas baru nak belajar buat kenyataan?

Kenyataan tidak semestinya panjang berjela. Contoh kenyataan yang pendek.

tambahan:
Seharusnya langkah merapatkan media sedia ada dengan PAS seperti lawatan ini perlu diperbanyakkan.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. rastom // 29 April 2008 pada 11:00 PTG  

    TYT Gabnor Melaka Tun Dr Sebol., memang patut sangat entri ini. Kenalah agresif sikit dalam kerja kerja PR/Publisiti. Seingat aku dulu, DAP hampir setiap hari keluarkan Press Release tentang macam macam, pasal nyamuk banyak, Ah long banyak, Mat rempit bising, harga friskies semakin mahal..pendek kata ada saja bab yang di Press releasekan...akhirnya ia jadi budaya DAP. usahlah diharapkan sangat dengan ruangan di MSM tu.

  2. mob1900 // 2 Mei 2008 pada 6:16 PTG  

    MSM hanya menerbitkan kalau isu-isu semasa memburukan mana-mana pihak pembangkang, tak kira PAS, PKR ataupun DAP. Kalau cerita pembangkang masuk MSM, alamat cerita buruklah tu.

    Kat BUM2008, Editor The SUN, Citizen Nades pun dah kata ini semua bukan angkara para wartawan, wartawan pun manusia jugak, ade hati dan perasaan. Hanya Editor saje yg patut dipersalahkan, sebab takde 'bola'. Bola mereka dah dipegang oleh 'pihak atasan'. Tahulah siapa mereka ni.