Saya tertarik dengan penulisan "Hembusan" yang mengkaitkan Alleycat dengan Ir Nizar dari sudut bahasa, kemudiannya menyimpulkan bahawa peranan bahasa demi memartabatkan Agama.
Mungkin dia semazhab dengan ku supaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai platform perpauduan kaum. Dari sudut lain, Sekiranya Bahasa yang ditutur oleh majoriti Umat Islam diangkat martabatnya, sudah pasti yang untung itu umat islam sendiri.
Saya melihat blognya dari dari sudut blog, blognya tidak serabut, akan tetapi mempunyai banyak fungsi.
Terdapat banyak blog politik lain yang serabut dengan wigetnya, gambarnya akan tetapi kurang berfungsi sebagai blog.
"Hembusan" mempunya satu ciri-ciri blog yang saya inginkan, iaitu mesra pencetak. Semalam puas saya mengoogle untuk mencari penyelesaian namun tidak berjaya akibat terlalu letih mencuri butang komen penarik beca.
"Hembusan" mempunyai mekanisme pengesanan pautan, dan sepatutnya dia boleh tahu saya menulis tentangnya tanpa saya memberitahunya.
Oleh itu saya ingin bertanya, dalam banyak-banyak Javascript, Javascript yang manakah diperlukan untuk fungsi cetakan?
Atau mungkin saya perlu kaji semua javascript hembusan untuk mencarinya?
"Hembusan" Yang Bijaksana, Bahasa dan Kebolehgunaan
4/29/2008 09:14:00 PG | bahasa, Hembusan, integrasi kaum, islamBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum Bro Sebol yang semazhab denganku! Siap buat review blog saya pula. Terharu-terharu. Hehe.
Nak letak fungsi cetakan tu, senang aje. Abang Sebol cari dalam source code blog saya: onClick="window.print()".
Tapi kena buat satu perkara lagi. Kita tak nak la semua benda yang tak perlu akan keluar bila artikel dicetak. Ini CSS untuk cetakan di blog saya:
http://hembusan.googlepages.com/hembusanprint.css
Tengok semula source code saya, dan bezakan media type bagi hembusanscreen.css dan hembusanprint.css
Terguna akaun yang lain pula. Reazal tu nama saya la tu..hehe
tawel sensei/reazal..
Terima kasih
malam ni juga saya godek.