Alamat blog

SAMB: Begitu Dhaifnya Negeri Melaka

4/08/2008 11:46:00 PTG | , ,

Sungguh tidak kusangka, disebalik pembayaran "dalamtalian" bil air di Melaka, rupanya backendnya ialah "mengutip resit secara manual".

Selama ini pengguna Maybank2u, cukup menyampah untuk bayar bil air, kerana kena keluar dari rumah Bayangkan, kesemua bil-bil yang biasa diterima oleh penduduk melaka boleh di bayar secara dalam talian, bil elektrik, astro, telefon, streamyx, simpan duit tabung haji dan lain-lain. Hanya satu bil sahaja yang tidak boleh dibayar dalam talian iaitu bil air SAMB.

Saya pun hairan juga, kenapa bil air boleh dibayar di Kedai TNB, tetapi tidak boleh diintegrasikan bank tempatan, walhal bil air dinegeri lain boleh dibayar secara dalamtalian.

Rupanya, disebalik "dalamtalian" rupanya "luartalian".



SAMB kutip resit setiap hari

BANDARAYA MELAKA, 7 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), melantik seorang kakitangan khas daripada bangunan Graha Maju di sini, untuk mengutip semua resit-resit bayaran yang dibuat oleh orang ramai setiap hari di kaunter-kaunter seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Khalid Mohd. Nasir berkata, sebanyak 1,800 resit akan dikutip di seluruh negeri pada setiap hari bagi mengelakkan kelewatan ataupun pemotongan bekalan air berlaku.

Menurutnya, terdapat beberapa tempat bayaran yang membuat pembayaran secara 'online', manakala sesetengah lagi kaunter pembayaran tidak membuat pembayaran secara on line.

"Kaunter-kaunter yang tidak membuat pembayaran on line akan menyukarkan pihak SAMB untuk mengemaskini semua resit-resit bayaran pengguna di negeri ini,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini.

Ir.Khalid berkata, dengan adanya perubahan seperti itu, SAMB akan dapat mengelakkan masalah pemotongan air kepada pengguna yang telahpun membuat bayaran awal.

"Saya yakin masalah ini akan selesai, sekaligus mengurangkan rungutan pengguna di negeri ini,"katanya lagi.


Jika kutipan resit secara manual adalah langkah penyelesaian sementara, apakah masalah sebenar yang berlaku sebelum ini?


Saya tidak tahu kenapa laman web samb.com.my tidak boleh diakses, akan tetapi melalui googlecache, SAMB telah menyatakan:


OBJECTIVES & GOALS


The objective of SAMB is to provide quality potable water to consumers through
* A sufficient and continuous supply
* An efficient and friendly customer service
* Planned and economic costing
* Cultivating an efficient maintenance culture
* Concerted effort towards human capital development
* Optimization of Information Communication Technology (ICT)
* Striving towards an excellent corporate governance
* Meeting the stakeholders’ needs
* Monitoring its consultants, suppliers and contractor’s performance to meet quality standards



Bersyukurlah, sekurang-kurangnya SAMB ada niat untuk menggunakan ICT Teknologi Malkumat. Jadi adalah kiranya ianya dimulakan dengan cara yang paling asas.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Jasonmumbles // 9 April 2008 10:10 PG  

    Who says you can't pay water bills through online banking? I have been paying my electricity, water and phone bills online for the past 2 years.

    I don't know about Maybank, but CIMB definitely can pay water bill.

    And I am from Malacca as well.

  2. sebol // 9 April 2008 10:40 PG  

    Jasonmumbles :

    Maybank and public bank both cant pay water bill.

    Ive read your blog before, you are in Melaka Raya right?