Alamat blog

Asalnya topik catatan blog ini ingin kujadikan sebagai "Tok Mudin yang bijaksana" akan tetapi ia kelihatan seperti mengampu pula.

Baru-baru ini, akibat daripada Tsunami politik, maka banyaklah blog politik yang timbul. Adakah ia baik atau tidak?

Tidak ramai blogger yang baru timbul itu benar-benar menyuarakan pendapat sendiri, akan tetapi lebih kepada kegiatan salin dan tepek artikel lain. Adakalanya sampai ke tahap tiada pautan tetap.

Walaupun Ia seolah-olah kelihatan baik untuk Pakatan Rakyat, lama kelamaan ia akan menjadi duri di dalam daging Kerana suara asal blog itu, berita asal blog itu ditenggelamkan oleh artikel salin/tepek itu.

Siapa nak baca blog Dewan X Kawasan Y kalau semua artikel didalamnya telah pun dibaca di Harakah atau media lain? Akan tetapi suara asal atau kenyataan rasmi atau aktiviti Dewan X Kawasan Y itu tidak kelihatan.

Mungkin atas sebab, pengendali blog Dewan X Kawasan Y ingin pengunjung membaca artikel itu, maka iapun ditepekkanlah.

Pengunjung blog, walaubagaimanapun tetap datang ke blog Dewan X Kawasan Y kerana masih terdapat catatan blog yang sememangnya berasal dari blog Dewan X Kawasan Y itu.

Jadi, Tok Mudin ada penyelesaiannya iaitu menggunakan wiget google reader share, untuk menyatakan "Engkau bacalah catatan blog berikut".


Bagaimana nak buat wiget sebegitu supaya pemblog Dewan X Kawasan Y mempunyai wiget sebegitu?

Cara Tok Mudin lakukan mungkin berlainan dengan cara yang akan saya ajar ini. Senarai blog yang dia baca adalah mengikut kesukaannya.

Oleh itu anda boleh gabungkan teknologi Beras Padu, dengan Google reader dan teknologi blog anda.

1. Muatturun OPML Beras Padu.(save as, atau save link as)
2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/
3. Logmasuk jika belum logmasuk.
4. "Manage Subscription"
5. "Import/Export"
6. Muatnaik fail OPML Beras Padu tadi , Klik Upload.

Kemudian anda akan mempunyai banyak blog yang anda langgan di google reader anda. Buang yang anda tak suka, dan tambah yang anda suka menggunakan "Subscriptions".

kembali ke Google Reader, dan selamat membaca.

Sekiranya anda tidak mahu membaca menggunakan google reader, tidak mengapa.

Anda boleh membaca blog seperti biasa, dan hanya masuk ke google reader untuk menandakan "share" kepada artikel yang anda ingin kongsikan.



Di ruangan "Your Shared item", akan ada satu pautan "Put a clip on your site or blog" untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 18 April 2008 pada 10:49 PTG  

    Hehheh. 8 markah untuk kamu. Tapi kalau kamu guna tajuk yang asal, aku bagi 10 markah penuh! :D

  2. Elhakim // 19 April 2008 pada 2:00 PG  

    Tuan el panca-sitara el-sebol yg dihormati sekalian

    hehe...
    kias2 tu dalam maknanya.

    akal tu sebenarnya yang memainkan peranan.

    dari akal itu jua membentuk emosional dan rasional.

    permasalahannya akal bangsa Melayu itu yg perlu diteliti.

    tapi kalau akal dah di-brainwashed, cakap 100 kali pun tarak guna...

    buang air liur basi saja

  3. Elhakim // 19 April 2008 pada 2:05 PG  

    aiseh, tertinggal pulak.
    nak sambung skit lagi..

    maksud aku... kalau dah dibrainwashed diri kita tu malas...

    ada wiget, waimma teknologi canggih untuk sistem blog pun tak guna...

    kemalasan menguasai segala-galanya

    hehe...
    (aku nak cakap ttg aku la..)
    -salam

  4. Hasbullah Pit // 19 April 2008 pada 9:31 PG  

    elhakim:

    Saudara Tok Mudin begitu konsistem untuk berkongsi pautan dengan pengunjung setiap hari.

    Jika ElHakim tidak mampu untuk menyediakan pautan untuk dikongsikan, bolehlah berbincang dengan dia supaya dapat hoskan perkongsiannya itu ke blog lain.