Alamat blog

Memaparkan catatan dengan label google. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label google. Papar semua catatan

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia"

Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?




Catatan lama:
Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa




Berpusing!!!!!!

Google, satu syarikat Internet yang tersohor, sendiri mengakui kepentingan bahasa untuk meningkatkan penguasaan pasaran kawasan tertentu.

Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka.

Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

''Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat," ujarnya.


Alangkah malunya kita, apabila kajian mereka untuk memahami bahasa melayu, menunjukkan orang melayu suka membuang bahasa demi teknologi atau sebab lain.




Berpusing!!!!!!

Asalnya topik catatan blog ini ingin kujadikan sebagai "Tok Mudin yang bijaksana" akan tetapi ia kelihatan seperti mengampu pula.

Baru-baru ini, akibat daripada Tsunami politik, maka banyaklah blog politik yang timbul. Adakah ia baik atau tidak?

Tidak ramai blogger yang baru timbul itu benar-benar menyuarakan pendapat sendiri, akan tetapi lebih kepada kegiatan salin dan tepek artikel lain. Adakalanya sampai ke tahap tiada pautan tetap.

Walaupun Ia seolah-olah kelihatan baik untuk Pakatan Rakyat, lama kelamaan ia akan menjadi duri di dalam daging Kerana suara asal blog itu, berita asal blog itu ditenggelamkan oleh artikel salin/tepek itu.

Siapa nak baca blog Dewan X Kawasan Y kalau semua artikel didalamnya telah pun dibaca di Harakah atau media lain? Akan tetapi suara asal atau kenyataan rasmi atau aktiviti Dewan X Kawasan Y itu tidak kelihatan.

Mungkin atas sebab, pengendali blog Dewan X Kawasan Y ingin pengunjung membaca artikel itu, maka iapun ditepekkanlah.

Pengunjung blog, walaubagaimanapun tetap datang ke blog Dewan X Kawasan Y kerana masih terdapat catatan blog yang sememangnya berasal dari blog Dewan X Kawasan Y itu.

Jadi, Tok Mudin ada penyelesaiannya iaitu menggunakan wiget google reader share, untuk menyatakan "Engkau bacalah catatan blog berikut".


Bagaimana nak buat wiget sebegitu supaya pemblog Dewan X Kawasan Y mempunyai wiget sebegitu?

Cara Tok Mudin lakukan mungkin berlainan dengan cara yang akan saya ajar ini. Senarai blog yang dia baca adalah mengikut kesukaannya.

Oleh itu anda boleh gabungkan teknologi Beras Padu, dengan Google reader dan teknologi blog anda.

1. Muatturun OPML Beras Padu.(save as, atau save link as)
2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/
3. Logmasuk jika belum logmasuk.
4. "Manage Subscription"
5. "Import/Export"
6. Muatnaik fail OPML Beras Padu tadi , Klik Upload.

Kemudian anda akan mempunyai banyak blog yang anda langgan di google reader anda. Buang yang anda tak suka, dan tambah yang anda suka menggunakan "Subscriptions".

kembali ke Google Reader, dan selamat membaca.

Sekiranya anda tidak mahu membaca menggunakan google reader, tidak mengapa.

Anda boleh membaca blog seperti biasa, dan hanya masuk ke google reader untuk menandakan "share" kepada artikel yang anda ingin kongsikan.



Di ruangan "Your Shared item", akan ada satu pautan "Put a clip on your site or blog" untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda.




Berpusing!!!!!!

Beberapa minggu lalu, cerita hangat di kalangan warga geek tempatan ialah tentang usaha kerajaan Malaysia untuk menarik google sebagai pelabur asing.

Memang sejak dahulu kalau boleh pusat data google diletakkan di Merlimau, dan bolehlah orang kampung bekerja di google.

Sememangnye Merlimau atau kawasan nelayan lain adalah sesuai untuk google bertapak.

Mengapa?

Sifat google dari dulu, sering bercakap tentang tenaga, dia mahu tenaga bersih, dia mahu sistem elektrik 12v. (berbanding 240v atau 110v), supaya sesuai dengan komputer. Google sebenarnya ketagih tenaga.

Google memang memerlukan tenaga yang banyak supaya anda semua dapat mencari "DVD VCD Chua Soi Lek" atau Bakal Ketua Menteri Melaka atau frasa apa pun sekali.

Google mahu menjimatkan kos, termasuklah kos buruh.

Di Malaysia, terutama sekali di perkampungan nelayan, cukup banyak angin yang hampir sekata, memang cukup baik untuk google membuat ladang kincirnya sendiri di Malaysia untuk kegunaan dia sahaja.

Bayangkan Google mamajak tanah-tanah nelayan (yang tak diusahakan), sebanyak RM 2k sebulan untuk 1 kincir angin, berapa pendapatan yang orang kampung dapat.

Lihatlah Terengganu, banyak pantai, berapa banyak kincir boleh diletakkan.

Bayangkan kalau pelaburan google di negeri tertentu dijadikan Modal Pilihanraya.
Di Terengganu, HJ Hadi berlumba dengan Idris Jusoh berjanji sedaya upaya untuk menarik google melabur ke Terengganu.

Bayangkan kalau di Melaka, setelah nelayan tertipu kononnya kerajaan ingin menggantikan bot yang dicuri, hanya dibayar tak sampai RM 500 (Harga enjin sangkut lebih kurang 7 ribu) , kemudian ditabur janji untuk buat jeti menggantikan jeti kayu bakau, alih-alih Ustaz Ghani, sebagi calon Ketua Menteri Melaka menjanjikan pelaburan google, yang memanafaatkan nelayan.

Walaubagaimanapun, perkara ini terlaku teknikal untuk dijadikan kempen pilihanraya.




Berpusing!!!!!!

Hari ini, Malaysia masuk slashdot, kerana isu " Negara asia berebut google ".

Walaupun Malaysia kini bukan negara yang kompetitif untuk merebut pelaburan, akan tetapi apa salahnya kita lobi lebih sikit. Kerajaan yang agak bermasalah,

Jadi, Mari kita serang slashdot.!!!!
Lobi lebih sikit




Berpusing!!!!!!

Oleh kerana rakaman spiderman hitam yang dulu agak pendek, maka pelakon ingin melakonkan semula aksi memanjat secara mendatar itu lagi sekali.

Ini bukan paksaan kerana ia dilakukan secara sukarela oleh pelakon itu.



Lihat video ini dari jauh supaya nampak lebih 'real'


Saya harap dengan posting sebegini dapat mengurangkan ketegangan yang berlaku di blog ini akibat dari banyak kiriman blog yang sukar difahami.

Sila komen menggunakan Nama & URL kerana blog ini tiada nofollow.
Anda akan dapat Jus Google.




Berpusing!!!!!!

Perayaan Hari Raya Aidul Fitri di Malaysia memang unik, kerana ia mempunyai ikon tertentu untuk menggambarkan 'Hari Raya'. Di Indonesia, Hari Raya Aidil Fitri dipanggil di Panggil 'Hari Lebaran'. Secara antarabangsanya ia dipanggil 'Eid ul Fitr'.

Di Malaysia, mungkin ada orang yang hanya tau "Hari Raya". Cara orang Malaysia menyambut Hari Raya bagi saya dikira agak pelik berbanding negara lain, walaupun saya tidak menkaji negara lain, tapi dengan banyak unsur ketupat dijadikan simbol kepada Hari Raya.

Begitu juga simbol segi lapan Zaman Uthmaniah sering juga sijadikan latar belakang untuk menggambarkan Hari Raya. Walaubagaimanapun ia agak global berbanding 'ketupat'.

Suatu ketika dulu, logo google sempena Hari Raya adalah bersimbolkan bulan dan bintang (Tolong carikan gambar). Namun bulan dan bintang jarang dijadikan simbol untuk menggambarkan hari raya di Malaysia.

kita cerita berkenaan ketupat.
Ketupat adalah juadah 'wajib' ketika 'Hari Raya', walaupun ada yang tiruan menggunakan plastik, namun ketupat asli tetap pilihan utama.

Ianya juga simbol tak rasmi bagi hari raya. Walaupun ketupat tiada kaitan dengan islam, serupalah ia dengan Santa Klaus yang tiada kaitan dengan kristian tetapi dijadikan ikon utama ketika Hari Natal.

Di tempat awam, Ketupat tiruan sering, dianyam menggunakan riben sering di gantung. Kini ada juga logo ketupat di gantung, beserta tali terjurai, umpama tanglung.
(Sila cari gambar sendiri)

Ada juga, hiasan untuk Hari Raya, berbentuk kain merah untuk Tahun Baru Cina, tetapi ianya hijau dan bukan merah.(Sila cari gambar sendiri)

Kalau nak dikira dari sudut bunga api dan mercun, ianya memang mirip Tahun Baru Cina.

Duit Raya memang tiru 'Ang Pow', cuma warnanya hijau.

Sebenar, sambutan Hari Raya di Malaysia memang banyak meniru perayaan lain,
cuma ditukar simbol (dari naga ke ketupat), tukar warna, dari merah ke hijau kuning, pelita memang tiru deepavali.

Tak hairan nanti kalau ada jenis hiasan berbentuk pokok krismas, (tapi pokok lain) yang banyak ketupat tergantung di kelilingnya.

Mungkin suatu hari nanti Perayaan Hari Raya akan meniru Sambutan Bulan Kemerdekaan, Ada bendera 'ketupat' merata-rata.

Dan tak mustahil bagi perayaan lain untuk meniru Hari Raya.

Kad CNY DalamTalian diposkan ke Merlimau?
Ada sesiapa nak cuba buat?

Jadi apa kesimpulannya?
Tulisan ini hanya untuk membuat orang berfikir apa kesimpulannya.
Tulisan ini membuatkan pemblog lain akan mempamerkan contoh gambar di blog masing-masing.




Berpusing!!!!!!

Arahan tanpa paksaan:
Sila heret pautan ini


= = = Emel/Kongsi = = = (Ya, yang ini)

ke toolbar pelungsur web anda. Seperti pada gambar di bawah:






Memang sukar untuk menggalakkan pengguna web tempatan termasuk blogger untuk berkongsikan Kandungan yang bagi mereka menarik. Akan tetapi, kalau hoax, cepat pula tersebar.
kalau Gambar Bunga Citra Cinta Lestari bercium separuh bogel, cepat pula cepat tersebar.

Antara sebab mengapa kurangnya pengguna tempatan berkonsi kandungan dengan orang lain adalah kerana ketiadaan akaun digg atau akaun del.icio.us

Tapi kini masalah itu agak selesai, kerana google pun dan menjebakkan dirinya ke dunia Tandabuku sosial. Rata-rata pengguna blog, atau pengguna internet mempunyai akaun google. Mungkin ada yang tiada kerana taksub dengan Yahoo!!

Baru baru ini, Yahoo baru beli Mybloglog, satu syarikat internet yang popular dilakangan pemblog tempatan.

Kembali kepada cerita google, dengan adanya butang Emel/Kongsi di toolbar pelungsur web anda, maka lebih mudah untuk anda kongsikan artikel atau penemuan pelik atau gambar gosip yang anda gemari itu.

Di sini saya ingin menggalakkan perkongsian tandabuku di kalangan pemblog. Tak kiralah menggunakan delicious atau google share, kedua-duanya boleh disuapkan dari laman blog anda.

sebagai contoh:

URL Google Share saya adalah
http://www.google.com/s2/sharing/stuff?user=100627297553517179830

Saya juga boleh meletakkan senarai tandabuku di google share menggunakan suapan rss

URL suapan RSS
http://www.google.com/s2/sharing/stuff?user=100627297553517179830&output=rss


Atau, pengguna lain pun boleh ambil suapan RSS itu untuk dimasukkan ke dalam Google Reader atau apa_jua_aplikasi_rss_yang_ada_di_alam_maya_ini.

Antara kelebihan Google Share, ialah bila anda klik butang itu ketika terjumpa artikel menarik, anda juga boleh menggunakan wiget yang sama untuk meyimpan tandabuku di del.icio.us dan beberapa tandabuku sosial yang lain.

Ini adlaha reaksi blog terhadap http://jiasong23.blogspot.com/2007/09/google-emailshare-widget.html

Jangan lupa Digg untuk dia




Berpusing!!!!!!


Kehadapan isteriku yang dicintai selalu semoga sihat walafiat.

Memandangkan tarikh Aidil Fitri kian hampir, maka saya telah memmaybank2ukan sejumlah wang ke akaun adinda, untuk membeli baju raya untuk kita anak beranak.

Berikut adalah senarai semak shopping raya kita.

Baju Hamzah - Ambil yang putih 18 cm
Baju Umar Putih 3-4 tahun
Baju Abah dan Mak Saya nak saiz M


Di kedai lain
Saya nak yang ni beli 2 helai lah.

Beg ni cantik tak?

Kalau tak cukup duit, sila beritahu (atau guna duit sendiri)

kemaskini:


Untuk tetapi yang datang rumah, kita boleh hidangkan dengan cawan ni




Berpusing!!!!!!


Tahukah anda,

Google Image Search tidak mengindeks gambar yang dimuatnaik di blogspot atau mungkin laman yang menghoskan penyimpanan gambar yang lain.


Itulah penemuan saya hari ini, setelah lama mengkaji mengapa apabila orang indonesia meng'googleimagesearch' 'BMW' atau 'seksi' atau 'supra' mereka akan jumpa blog ini, walhal ada banyak lagi gambar yang ada pada blog ini.

Puas saya menukarnama gambar yang saya tangkap supaya nama failnya mengambarkan apa yang ada pada gambar. Sia-sia belaka.

Atau mungkin kerana tag HTML yang komplikated menyebabkan ia tidak diindeks?


Entahlah..

Cuba anda google image search "BMW Cikgu Suraya" <-klik
http://images.google.com.my/images?svnum=10&um=1&amp;amp;hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&q=bmw+cikgu+suraya&btnG=Search+Images


Ada gambar BMW Z4M (milik Cikgu Suraya?) dan supirnya sekali (pakai songkok hitam)?

Ada banyak gambar yang dipaparkan sebagai hasil carian "BMW Cikgu Suraya", berada di blog ini tetapi imejnya dihoskan ditempat lain.

Tiba masanya untuk mencari tempat menghos gambar yang sesuai.




Berpusing!!!!!!

Saya sebenarnya tak faham bagaimana seseorang yang ada organizer gunakan organizer dia.

Fungsi Pengkalendaran pada kepala otak aku ni dah makin tak berfungsi, maka perlukan sesuatu solution yang baik.

Saya bukanlah orang yang mesra kertas. kalau boleh semua benda perlu dielektronikkan.

Akan tetapi, walau canggih pun sistem pengkalendaran yang ada didunia ini, masih ada kekurangannya, kita tak boleh tengok keseluruhan kemasukan kalendar dalam 1 bulan. secara menyeluruh. Mungkin ada yang boleh paparkan kemasukan 1 bulan, tetapi takkan kita nak paparkan sepanjang masa?

1 monitor khas untuk google calendar mungkin menjadi penyelesaian.
Atau google calendar dijadikan Penjimat skrin (screensaver)?


Apabila saya melawati http://zliah.blogspot.com/2007/08/7-8.html (Kliklah apa lagi ...)

Kalendar bulan 7 yang lalu.
Kalendar bulan Ogos yang dibuat ketika masuknya bulan ogos.
Walaupun kandungan dia tak seberapa, sesuai untuk kegunaan gadis seusianya.
Tapi dia mengajar saya 1 perkara iaitu siapkan kalendar baru untuk setiap bulan.

Untuk disesuaikan dengan siri saya yang selama ini, masukkan kemasukan kalendar ke dalam telefon SEk800i.

Maka penyelesaian untuk segerakkan (sync) kalendar di telefon dengan Aplikasi di Komputer (Tak kira lah Mac atau Windows atau Linux atau Web) perlu dicari segera agar boleh cetak kalendar sebegitu pada hujung bulan ini. Kalendar bulan 9.

Kalau tak salah ada pepijat bila nak segerakkan k800i dengan iCal di OSX.

Tunggu sekejap!

rupanya iCal pada OSX dah memang ada keupayaan ini.

Tapi saya rasa perlu ada senaraisemak pada kalendar versi kertas itu untuk mengingatkan saya supaya lakukan apa yang patut lakukan setiap bulan.

Tak pasti GNOME ada sesuatu yang macam ini atau tidak?
Windows?





Berpusing!!!!!!

Anwar Ibrahim menulis:

Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.

Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Prof Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.


Kaedah membaca kita mungkin berbeza, Walaupun hampir kesemua buku yang saya beli, saya baca separuh jalan, tetapi itu tidak menggambarkan diri saya sebagai tidak minat membaca.

Mungkin buku tebal bukan rakan saya, mungkin buku bentuk cerita bukan rakan saya. Apabila mengetahui sesuatu buku itu adalah rekaan semata-mata, maka ia tidak menarik minat saya, akan tetapi sekiranya buku bentuk cerita itu dikatakan menggambarkan sesuatu kejadian, maka mungkin saya akan baca.

Sudah sememangnya kaedah pembacaan saya amat berbeza dengan kebanyakan orang (baca: orang kebanyakan), saya suka membaca artikel pendek, dan lakukan analisa lebih lama dari masa yang digunakan untuk membaca sesuatu artikel.

Saya antara yang awal menjadi pengguna google, sejak "Google BETA" lagi, ketika itu logonya un tak cantik. Sebelum itu pencarian internet adalah amat sukar. Sebelum google, saya sering menggunakan altavista punya "advance search". Banyak benda yang tak orang tak jumpa, saya boleh jumpa. Apabila ada google, saya gabungkan dengan dmoz.org supaya apabila saya terjumpa sesuatu saya boleh membuat perbandingan apakan alternatif kepada sesuatu yang saya jumpa itu.

Suatu ketika dahulu, (awal 2000) saya amat suka "Yahoo Full Coverage", apabila saya membaca cerita berita (news story), dengan mudah saya boleh undur sedikit untuk pendapatkan kronologi dan punca kejadian yang menjurus kepada berita semasa. "Membaca" sebenarnya tak sukar, akan tetapi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan memerlukan usaha tambahan.

Zaman sedkit berubah, Terlalu banyak maklumat, terlalu sedikit masa, kandungan untuk dibaca melimpah-ruah (namun kandungan Bahasa Melayu tetap kurang ). Siapa yang suka membaca akan lebih bahagia, siapa yang suka akan bacaan ringan turut bahagia.

Akan tetapi, oleh kerana terlau banyak kandungan, kandungan perlu ditapis supaya kita cukup masa untuk membacanya.

Salah satu bahan bacaan kegemaran saya ialah komen di Slashdot.org , komen di slashdot, dimoderasikan oleh pembaca juga, dimana sesuatu komen boleh diberi mata. Pembaca yang tak mempunyai banyak masa, hanya perlu baca komen yang dimoderasikan sebagai mod +5, manakala yang banyak masa terluang boleh membaca kesemua komen, termasuk yang merepek.

Jadi dengan adanya Web 2.0, cara hidup pembacaan juga berubah, kita dilimpahkan dengan maklumat, akan tetapi terdapat juga alatan untuk mempermudahkan kita mencari bahan bacaan.

Dengan Bantuan Wiki, google "define:perkataan", pembacaan yang berdasarkan"couriousity menjadi amat mudah.

buat masa ini saya cuba membaca http://www.rice.edu/energy/publications/nocs.html
untuk mengetahui selok belok bagaimana negara tertertentu boleh menguasi minyak negara lain. (Untuk menyambung artikel Minyak di Nigeria)




Berpusing!!!!!!


Pada Sabtu pukul 6:30 hari hari yang sama sebelum Konsert Akhir Akademi Fantasia.



Kedudukan kepopularitian Pelajar menurut pencarian google adalah seperti berikut.

  1. "Aswad AF5" = 2020
  2. "Mila AF5" = 1,800
  3. "Heliza AF5" = 802
  4. "Ebi AF5" = 597
  5. "Candy AF5" = 530
Ia tidak berapa menggambarkan populariti kerana, ramai yang suka panggil "Heliza" berbanding "Heliza AF5"

oleh itu, carian google berdasarkan Afundi Namapelajar

  1. "Afundi Heliza" = 11,100
  2. "Afundi Candy" = 1,780
  3. "Afundi Mila" = 1,390
  4. "Afundi Aswad" = 1,370
  5. "Afundi Ebi" = 597

Kedudukan kepopularitian Pelajar menurut pencarian Technorati (in blog post) adalah seperti berikut.

  1. "Ebi AF5" = 559
  2. "Heliza AF5" = 553
  3. "Mila AF5" = 537
  4. "Candy AF5" = 497
  5. "Aswad AF5" = 472
Manakala dari sudut Technorati (in Tags)

  1. "Heliza AF5" = 62
  2. "Mila AF5" = 48
  3. "Ebi AF5" = 47
  4. "Aswad AF5" = 40
  5. "Candy AF5" = 34
Manakala , kalau cari menggunakan Yahoo....

  1. "Afundi Heliza" = 661
  2. "Afundi Ebi" = 537
  3. "Afundi Mila" = 220
  4. "Afundi Aswad" = 185
  5. "Afundi Candy" = 179


Jadi, Jangan Bazirkan duit SMS untuk mengundi yang tak boleh menang.




Berpusing!!!!!!