Alamat blog

Ali Rustam ada blog baru rupanya. Semua catatan blog yang ada bertarikh 15 hb Mei.

Patutlah bila blog lamanya tidak dikemaskini.

URL nya ialah http://www.mohdalirustam.com/

Mungkin ada orang yang cucuk dia "wordpress lebih baik", "apa kelas guna .blogspot.com".

Mungkin Ali Rustam kecewa dengan google yang tidak mahu melabur di Melaka.
Maklumlah, sudah ada pelabur baru dari New Delhi.

Ali Rustam sekali lagi menulis perkara yang menunjukkan tahap mindanya kepada awam, dengan menulis supaya BPR menyiasat Pembangkang daripada mana datangnya duit itu.

BPR perlu menyiasat daripada mana parti pembangkang dapat wang yang banyak untuk membeli ahli-ali parlimen agar melompat kepada pembangkang seperti yang dilaporkan.



Bukankah yang membuat dakwaan itu ialah Ahli Parlimen BN?

Maka sepatutnya Ahli Parlimen itu sendiri yang membuat laporan supaya dapat tahu siapa yang membuat tawaran sepertimana Nik Aziz di siasat apabila ditawarkan rasuah.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. saiful anwar // 15 Mei 2008 pada 10:01 PTG  

    salam..

    Hebat! itu yang dapat saya katakan tentang blog saudara kerana saya dapat lihat pemikiran saudara kritikal dan bersahaja santainya.
    Nampaknya banyak yang saya perlu belajar dari saudara. Terima Kasih.

    Lagi satu, orang tua saya tinggal di Tanjung Keling, jadi kat sana saudara faham-fahamla keUmnoan nya bagaimana. Jadi maklumat-maklumat semasa tentang keadaan di sana amat saya perlukan. Sekali lagi Terima Kasih saudara.

    Kita juga dapat bertukar-tukar maklumat tentang perjuangan di Selangor dan Melaka. Itupun kalau saudara sudi layan saya yang naif dan masih muda ni. Saya sedar saudara juga matang dan banyak pengalaman dalam perjuangan berbanding saya yang masih mentah dan naif.

    Akhir kata salam maju jaya. Saya juga perlu kritikan dari saudara sedikit sebanyak. Terima Kasih bang Sebol.

    Salawat & Takbir!!

  2. Gelombang Rakyat // 16 Mei 2008 pada 8:11 PTG  

    Semakin merapu nampaknya depa yang dilanda Tsunami Politik. Jikalau dulu pemimpin begini barangkali menunggu isyarat dari pemimpin atasan apa dan bila nak bercakap. Namun kini, kena fikir sendiri, jadi begitulah jadinya. Ini mesti Nabil Raja Lawak Astro punya kesanan. *Lu pikirlah sendiri*. Bukan senang pemimpin nak berfikir Bil.