Alamat blog

Tadi saya berjumpa dengan seorang pekerja Sunar Harian yang singgah seketika untuk membuat bancian, berborak seketika tentang Sinar Harian. Tidak dinafikan Sinar Harian lebih terbuka
berbanding Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Telah saya nyatakan kepada Pemuda PAS Jasin supaya mempunyai dasar mesra media ketika Mesyuarat Agung Pemuda PAS Jasin suatu ketika dahulu.

Kini masa kian hampir, akan tetapi saya agak kuatir jika PAS Melaka agak ketinggalan dalam hal-hal berkaitan media. Maklumlah, terlalu banyak persepsi negatif tentang media.

Jadi saya berharap Khairul Faizi, dapat datang ke Melaka untuk memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya berurusan dengan Malaysiakini dan Bernama. Lagipun sudah 18 tahun kita tak bersua.


Agaknya apa aktiviti yang sesuai dengan Sinar Harian?

Saya drafkan dahulu:

1. Memberikan cenderamata sebagai ucapan tahniah ke atas pembukaan Sinar Harian Melaka
2. Lawatan Rasmi Pemuda PAS Melaka.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Acaii Jawe // 15 Mei 2008 pada 11:36 PG  

    sinar harian ni best...:) kaw tim senang je datang..masa budak kampung masak dodol ramai2 pastu panggil wartawan dia, on the sport je datang...esoknya dah masuk akhbar,hehe..:) konsep dia lain skit..zakatpun byk gak dapat manfaat dari sinar ni..bakal jadi akhbar no 1 beberapa tahun akan datang..org dah bosan akhhbar yg terlalu berat sebelah..

  2. Azurah Anuar // 15 Mei 2008 pada 11:55 PG  

    Bg fazal boleh balik melaka kerja ngan sinar harian eh.

    wah seronok la macam nih, boleh jumpa kak ita n dani hari.

    ada wartawan persendirisan la kita nanti.

    :)

  3. Hasbullah Pit // 15 Mei 2008 pada 2:24 PTG  

    Faisal:

    Sektor peruncitan pun dapat manfaat,
    esok nanti boleh panggil wartawan dia untuk "program komuniti".

    wawa:
    brother Sinar Harian tadi tu cakap wartawan melaka sedang dilatih di KL.

  4. saiful anwar // 15 Mei 2008 pada 10:12 PTG  

    salam...

    Setakat ni Sinar Harian di Selangor lagi nampak kematangannya berbanding Harakah,Siasah,Utusan dan Berita Hairan.

    Harakah pula dah jadi macam dah jadi macam utusan dan berita hairan. Harakah tak macam sebelum menang dulu. Amat menyedihkan. Saya rasa saudara juga dapat maklumat yang sama tentang perkara ini.

    Mudah-mudahan dengan hadirnya Sinar Harian di Melaka pemikiran orang kampung kita lebih terbuka setelah didoktrin oleh Umno dengan berita berat sebelah media arus perdana.

    Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan kebenaran dan ketawaduqan.

    Salawat & Takbir!!