Alamat blog

Dimaklumkan "Beras Padu BARU" telah meninggal dunia. Tidak dapat diselamatkan lagi, kerana fail sumber sandaran tidak ada.

Salah saya juga, kerana tidak menunggu sehingga jumaat untuk memperbaikinya. Akhirnya fsck yang membunuhnya.

Moral: Jangan fsck bila berjauhan dengan isteri.


Oleh itu, untuk mengurangkan kehampaan, satu ruangan "Beras Padu Sementara" di adakah di "sidebar" Beras Terpilih.

Sila lawati
http://beras-terpilih.blogspot.com/

teknikal:
Saya tidak dapat merekayasakan Beras Padu di alamat yang dulu dalam masa singkat. Mungkin saya akan menggunakan platform lilyna berbanding lilina sebelum ini yang rakus melacurkan sistemfail.

Akan tetapi saya ini jenis manusia yang fobia-sql. Mungkin ini peluang untuk menghapuskan sikap buruk fobia-sql yang ada pada diriku ini.

Ruangan Beras Padu Sementara yang ada di Beras Terpilih itu mungkin tidak sama dengan yang asal.

Terima kasih Vangardx kerana membuat pengumuman.


Semasa ketiadaan Beras Padu, alternatif yang ada ialah:
http://beras-terpilih.blogspot.com
http://penarikbeca.blogspot.com (di sidebar)
http://malaysiakita-bakaq.blogspot.com/
http://sarawho.com



p/s: Kalau ada sesiapa yang menyimpan fail OPML Beras Padu, sila beritahu saya.
Ezza ada simpan?




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 10 Mei 2008 pada 1:07 PTG  

    ish ish..mati dah?

  2. rastom // 10 Mei 2008 pada 11:06 PTG  

    Pasal harga beras dah naik melambung. Kena tukar ke gandum atau yang lain pada beras kot?

  3. Hasbullah Pit // 11 Mei 2008 pada 1:09 PG  

    Gandum pun mahal juga.

    "Ubi Kayu Padu"?

  4. ezza erisa // 11 Mei 2008 pada 6:37 PTG  

    ada....kat desktop office....nak ke?
    senin aku email kan ohkey? :D

  5. Acaii Jawe // 11 Mei 2008 pada 7:18 PTG  

    huhu..mmg dah tak bleh selamatkan bro ek?huhu..sayangnye..tapi tahu bro akan come out ngan something yg interesting lagi,hehe..:) saluran alternatif tupun sangat bagus sbnrnya..:)

  6. Hasbullah Pit // 11 Mei 2008 pada 9:12 PTG  

    ezza:

    OK...

    faisal:
    Beras Terpilih + feed googlereader macam sekarang ni pun menarik konsepnya, cuma dia tak secepat "Beras Padu BARU"