Alamat blog

Sektor perlancongan sering diperkatakan bahawa memberi pulangan yang tinggi kepada Malaysia, dalam bentuk tukaran asing dan perbelanjaan pelancong di Malaysia.

Akan tetapi, hari demi hari, apabila harga minyak dunia naik, harga beras dunia naik, harga gedebak gedebuk dunia naik, Banyak wang digunakan untuk mengurangkan harga runcit barangan kawalan.

Penurunan harga ini turut dinikmati oleh pelancong asing, supaya mereka dapat makan nasi murah, sewa kereta dan berjalan-jalan menggunakan petrol yang jauh lebih murah daripada negara mereka.

Agaknya, berapa bilion subsidi dinikmati oleh pelancong asing?
Adakah nilai itu sudah melebihi pulangan yang kita perolehi melalui perlancongan?

Adakah pelaburan tambahan untuk sektor perlancongan adalah bijak ketika situasi sebegini?

Mungkin tiba masanya kita tidak lagi mengawal harga barangan terkawal, akan tetapi memberi kupon beras, kupon petrol, kupon gula kepada rakyat.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Acaii Jawe // 11 Mei 2008 pada 7:17 PTG  

    slm bro, yup..sypun pernah terfikir tentang perkara ini,huhu..:) smoga ada benda bleh diperbaiki..

  2. Tanpa Nama // 13 Mei 2008 pada 1:40 PG  

    Hmm..saya ada tinggalkan komen saya pasal kupon subsidi blog pres MTUC (syed shahrir)..so copy and paste lah untuk artikel ni..he..he :-) .

    KUPON SUBSIDI

    Antara alasan kerajaan untuk tidak menerima gaji minima adalah disebabkan kerisauan akan wujudnya inflasi disebabkan naiknya ‘purchasing power’ (walaupun cukup-cukup makan sahaja).

    Kupon-kupon subsidi menjamin bahawa hak-hak rakyat untuk mendapat kualiti hidup yang asas (bukannya kualiti hidup sebagai hamba) dipenuhi. Peniaga-peniaga masih perlu membeli bahan-bahan pada harga pasaran. Dan tidak timbul persoalan kenaikan ‘demand’ yang mendorong inflasi kerana pembelian yang bersaskan subsidi ini adalah pada tahap terkawal.

    Dan tidak akan timbul juga persoalan bahan-bahan yang disubsidi ini diseludup (e.e. subsisi diesel untuk nelayan) kerana jumlah barang yang disubsidi adalah tetap/ ‘restricted’. Dan tidak timbul isu kerajaan tidak boleh menampung subsidi kerana peruntukan ini boleh diperolehi daripada cukai yang dikenakan kepada majikan/ industri.

    Kerajaan hanya perlu manjalankan kajian demograhic peratusan rakyat malaysia yang memerlukan subsidi dan cukai tersebut dikenakan kepada industri yang berkaitan dengan sekadarnya. Contohnya, jika 30% daripada mereka yang memerlukan subsidi datangnya daripada yang bekerja daripada sektor perladangan, maka cukai terhadap industri perladangan perlulah dirangka agar dapat mengisi peruntukan terbabit. Begitulah juga yang perlu dilakukan untuk mereka yang bekerja pada sektor yang lain.

    Yang penting kerajaan harus menjalankan kerja yang lebih gigih. Menubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji dan memastikan mereka yang tidak berkemampuan menerima bantuan yang selayaknya.

    KONKLUSI

    Subsidi yang berterusan bukanlah penyelesaian yang terbaik untuk negara pada masa jangka panjang kerana khazanah aam yang semakin berkurangan. Kekayaan negara sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur yang jangka panjang seperti lebuhraya bebas tol, sistem pengangkutan terancang dan berpatutan (komuter, LRT), universiti dan etc. Namun demikian, jalan tengah seharusnya dicapai agar mereka yang tidak berkemampuan tidak dinafikan hak yang 'asas' dalam menjalani hidup seharian dan tidak merempat di bumi sendiri.

    Ikram