3 hari lepas, saya terbaca tentang Dr. Mahathir masih lagi ingin meneruskan usaha mempromosi Dinar sebagai matawang.
Kali ini dia telah mencadangkan bahawa Negara Asia Timur supaya mempunyai matawang khas untuk urusniaga sesama mereka dan mengambil Dinar sebagai contoh.
Beliau berkata mata wang dagangan tunggal seumpamanya seperti dinar yang pernah dicadangkannya semasa beliau menjadi perdana menteri akan membantu merangsang dagangan di dalam rantau di samping menghapuskan risiko yang membantu yang dikaitkan dengan turun naik kadar tukaran wang.
"Ia juga akan menghapuskan spekulasi mata wang dan manipulasi dari mana-mana negara Asia telah terjejas, seperti Malaysia semasa krisis kewangan 1997/98," kata beliau semasa perbincangan panel pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-14 mengenai "Masa Depan Asia" di sini Khamis.
Dr Mahathir berkata dolar AS merupakan mata wang yang digunakan bagi dagangan sekarang tetapi ia tidak stabil dan terdedah kepada manipulasi.
Selepas puas Dr. Mahathir melobi dinar supaya digunakan dalam urusniaga, kini dia pula mencadangkan satu matawang serantau yang menyerupai euro.
Politik Dinar begitu tidak popular di Malaysia, seolah-olah tidak nampak kepentingannya dalam menjaga kedaulatan ekonomi Malaysia.
Di Malaysia, Ahli Politik yang pro kepada Dinar adalah Husam Musa, Dr. Mahathir , Redhuan Onn dan saya. (Saya ahli politik kah?)
Sekiranya penyelesaian dinar sebagai matawang begitu sukar diimplementasikan, atas sebab ianya tidak boleh diniagakan untuk membeli rumah atau kereta dan perbelanjaan biasa. Mungkin kerana ketiadaan denominasi kecil Dinar.
Denominasi kecil Dinar boleh dalam bentuk Dirham perak.
Kalau nak denominasi kecil lagi, mungkin kena guna wang Kertas. sebagai contoh, matawang "Det" yang bernilai 1/10 Dirham.
Menteri Besar Kelantan juga pro dinar
Salam,
Dalam ulasan sayadi chedet.com juga ada menghuraikan tentang ini di OIC. Ini sudah hampir berjaya, banyak negara arab sudah setuju dan kertas kerja nya juga sudah siap, malangnya dengar cerita ada campurtangan dari US dan Yahudi.
TDM di tekan dengan masalah Sadam Husin dan Osama Laden, Demi keselamatan Negara dari ancaman US(CIA) hasrat TUN terkubur, dan US akan memastikan terus kegagalan TUN.
Nampakny kalau TUN mengulanginya lagi, ini satu perang baru TUN dengan US dan Yahudi.Sekiranya TUN berhasil, MALAYSIA akan menjadi pengerusi badan induk DINAR dimana majority wang orang arab akan di uruskan oleh MALAYSIA.Bayangkan ekonomi Malaysia ketika itu....
salam
ashar
angkatan lancang kuning nusantara
Setuju! Adanya matawang serantau. Wow! Idea bernas...