Alamat blog

Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.

Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.

Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.

Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.

Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.
Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.

Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.

1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor, Ketua Pemuda PAS Johor menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.

2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.

3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan dan digantikan dengan Jambatan Bengkok.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Yat // 24 Mei 2008 pada 3:42 PTG  

    lawak

    sebab Sultan Johor yang dulu dulu tu la baru pulau tu jadi hak milik Singapura. Sebab Sultan dulu tu pandai sangat kata tempat tu tempat Singapura... Sebab tu ICJ bagi hak tempat tu kat Singapura.

    Jadi, sebab apa pulak orang Johor, Sultan Johor kena mintak pampasan dari kerajaan pusat? Baca la sejarah dulu...

  2. Yat // 24 Mei 2008 pada 3:46 PTG  

    http://www.mfa.gov.sg/pedrabranca/images/Letterof19530921(SingaporeMemorial).jpg

    bukti sahih kebodohan orang zaman dulu

  3. Hasbullah Pit // 24 Mei 2008 pada 8:41 PTG  

    yat:

    Surat itu bukan dikeluarkan oleh Sultan.
    dan dia tidak berkuasa untuk melepaskan mana-maan wilayah.

    "He was definitely not authorised or had the legal capacity to write the 1953 letter, or to renounce, disclaim, or confirm title of any part of the territories of Johor if that is what the 1953 letter is purported to do, which Malaysia denies," Gani said


    http://batuputih.blogspot.com/2007/11/singapore-only-infers-pulau-batu-puteh.html

  4. Tanpa Nama // 25 Mei 2008 pada 1:18 PG  

    jom perang!




    oh tidak, aku melawak aje :)

  5. Tanpa Nama // 25 Mei 2008 pada 8:21 PG  

    Ganti rugi masih tidak dapat menutup kemaluan dan kedaulatan Malaysia yang tercemar.
    Dek kerana Institusi Kehakiman yang telah dinodai maka hakim hakim pun sudah tarak boleh dipercayai lagi
    Mungkinkah Peguam Negara dalang dalam keputusan ni ??

  6. Hasbullah Pit // 25 Mei 2008 pada 9:24 PG  

    hashim abeed:

    Gantirugi memang tak boleh selesaikan, tapi sekurang-kurangnya dapat sedarkan sikit persekutuan peri pentingnya kedaulatan dan kehakiman.