Suatu ketika dulu, Brunei dan Singapura menggunakan Matawang Ringgit. Kemudian berpisah dan berpisah tapi nilainya lebih kurang sama.
Setelah krisis Matawang berlaku pada 1998, Ringgit Merosot teruk, sehingga terpaksa ditambat dengan USD oleh Che Det.
Kemudian PakLah berbulan madu ketika CheDet sibuk cadangkan untuk lepaskan tambatan ringgit.
Zety pula tambat ringgit kepada beberapa matawang asing, tetapi berat kepada Dolar Amerika.
Dolar Amerika jatuh lagi.
Sehingga kini sudah menjadi RM 2.36 bagi setiap Dolar Singapura dan RM 2.22 bagi setiap Dolar brunei.
Nilai ringgit sebenar sepatutnya lebih kurang dengan Dollar Singapura dan brunei.
Selagi nilai ringgit ialah separuh dari Dollar Singapura, selagi itulah Ringgit di bawah nilai.
Saya bukan peminat setiap pengapungan ringgit, akan tetapi ringgit perlu diapungkan supaya mendapat nilai hampir dengan Singapura dan Brunei.
Selepas sudah lebih kurang sama, maka kalau nak ikat, ikatlah.
Saya tidak pasti samada pengumuman esok melibatkan pengapungan ringgit atau tidak.
Apungkan Ringgit Sebelum Apungkan Minyak
6/03/2008 11:49:00 PTG | Ekonomi, Matawang, Minyak, politikBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Masih tambat lagi dengan dolar? Ingatkan sudah diapungkan. Kalau diikat dengan dolar memang sulit sebab nilai dolar jatuh saban hari.
tambah info skit: zeti akhtar kata ringgit ditentukan oleh pasaran.
http://69.64.71.184/mni/zeti-no-to-use-of-ringgit-as-monetary-policy-tool.html
Di zaman Mahathirlah nilai ringgit sengaja di rendahkan kerana beliau tidak mahu ringgit ke Singapura dan Thailand. Ramai yang suka ke sana shopping, lalu beliau terbalikkan senario dengan caranya - maka barang Malaysia pula jadi murah - orang Singapore dan Thailand pula yang datang shopping.
rastom:
Senjata makan tuan nampaknya.
Zaman mahathir dulu kenapa dia tambat 3.8 dgn USD bukan 3.0
kalau 3.0 kita kurang terasa sekarang
Kawan-kawan, ringgit sudah lama pun diapungkan.setiap hari2 usd/myr bergerak-gerak mengikut prinsip demand dan supply.Tetapi cuma ringgit masih belum lagi diniagakan di luar negara,jadi jual beli usd dan ringgit hanya berlaku dalam malaysia,dengan bahasa yg lebih mudah,ringgit nih hanya laku di Malaysia saja.
Dari segi logik, kalau ringgit kuat,kesannya harga barang2 import kat Malaysia nih akan murah,manakala eksporter pula akan dapat pulangan yg lebih kecil.Tetapi sebenarnya tak payah susah komplikated sangat fikir mendalam sangat seperti ringgit kene kuat,bagi harga barang import murah,semua ini takdelah penting sangat.Kalau dikutkan hati Bank negara boleh saja cetak duit banyak2 kasik rakyat semua naik gaji,setel la problem.Tapi kenapa BNM tanak buat camtu,reasonnya adalah sbb paras GDP kita,kalau gaji banyak tapi volume produk/servis dalam Malaysia tak dapat tampung,sama saja kesan inflationnya.Lepas tuh nak niagakan lagi ringgit di luar negara,lagilah kasik can kat genius2 yahudi di luar sana menyerang kita.Dan untuk pengetahuan semua BNM masih lagi memantau dalam diam2usd/myr ini wlaupun sudah diapungkan,dan saya yakin mereka takkan benarkan myr jatuh mendadak wlaupun kerajaan sudah memotong subsidi.