Kalau kita sebut harga minyak akan dinaikkan, maka nampak macam Kerajaan BN jahat, tak peduli rakyat.
Kalau kita sebut pengstrukturan semula subsidi, maka BN nampak baik sedikit.
Tak kisahlah bagaimanapun.
Pendekatan Shahrir Samad begitu berbeza dengan Pendekatan Shafie Afdal ketika dia menjadi Menteri KPDN dahulu.
Shahrir Samad lebih terbuka menerima idea, termasuk idea orang PAS untuk menyelesaikan masalah perbezaan ketara harga minyak peruncitan dengan harga sebenar.
Manakala, Shafie Afdal lebih suka menggunakan cara lama tanpa perlu idea tambahan atau luaran macamlah cara itu sahaja yang paling sesuai.
Maka Shafie Afdal hanya memberikan penjelasan yang begitu teknikal tentang subsidi, pada masa yang sama rakyat berpendapatan rendah merana. Dia nak semua orang faham penjelelasan itu dan mempersetujuinya.
Kalau ikut pemikiran cetak, memanglah kalau harga minyak dinaikkan, atau diapungkan membuatkan rakyat sengsara. Shahrir Samad telah mengatakan ianya pengstrukturan semula subsidi, bukan hapuskan terus.
Subsidi yang mengurangkan harga runcit minyak mungkin akan dihapuskan, diganti dengan subsidi lain.
Tak pastilah kaedah mana satu dia nak gunakan, samada minyak 2 gred, atau kupon subsidi atau cara lain.
Saya mengambil pendekatan untuk tunggu pengumuman idea pengstrukturan subsidi itu, kemudian barulah saya tokok tambah supaya sesuai dengan keadaan.
Sistem lama, mengsubsidikan supaya harga runcit murah memang bagi saya tak boleh digunapakai kalau harga sebenar jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kalau perbezaan harga itu kecil maka ianya agak sesuai.
Mengikut sistem subsidi lama, makin banyak orang guna makin banyak subsidi.
Ianya bukan berdasarkan keperluan.
Mungkin di Malaysia 1 kenderaan hanya perlukan RM 100 sahaja subsidi, tapi dengan sistem lama, kereta besar kaki jalan dapat subsidi lebih RM 300. Ini memang tidak adil kepada penunggang basikal seperti Sarjan(b) Leman dan Pakcik Dollah.
Saya tak pasti samada subsidi baru ini diberikan mengikut kepala atau mengikut kenderaan.
Kerajaan tak boleh kawal untuk menjimatkan subsidi kalau ikut sistem lama, tapi kalau ikut sistem baru, mungkin penjimatan itu dilakukan oleh rakyat dan bukannya kerajaan.
Sebagai contoh, kalau setiap kenderaan diberikan subsidi RM 200 sebulan, tapi harga minyak naik RM 2.60, pengguna yang pandai berjimat, dia akan untung.
Silap-silap dia boleh simpan lebihan pendapatan untuk masa depan. Berbanding cara lama, kalau pengguna berjimat, dia akan dapat subsidi kurang, sudahlah subsidi itu tidak nampak.
Pemboros pula berbelanja banyak dan dapat lebih subsidi, dan langsung tak sedar kononnya keseluruhan kos pembelian minyak itu telah dibayar olehnya. Kerajaan pun salah juga, siapa suruh tak beri pilihan kepada orang kaya supaya boleh beli minyak tanpa subsidi untuk berjoli.
Jadi kita tunggulah esok.
Memang tak dinafikan, akan berlaku inflasi besar-besaran seketika, apabila harga minyak itu diapungkan, Ianya sebenarnya inflasi yang disorokkan dalam beberapa tahun kebelakangan akibat pengsubsidian harga barangan kawalan.
Harga Minyak Akan Diapungkan atau Dinaikkan?
6/03/2008 03:54:00 PTG | Ekonomi, Minyak, politik, Shahrir Samad, SubsidiBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Penstrukturan Subsidi . Isu yang mungkin timbul yang melibatkan Perusahaan /Bisnes
Memang menarik jika melihat perkembangan terbaru terhadap pengkajian semula sistem subsidi. Seolah-olah, pihak kementerian memang memantau blog yang tak berdaftar macam blog bro sebol. Kalau benar itu berlaku, baguslah. he..he..
Tapi perkara positif yang boleh diambil ialah wujudnya kesedaran tentang perlunya memperbaiki ketidakadilan sistem subsidi sebelum ini, apabila golongan yang terlebih berkemampuan secara 'tidak sengaja' mengeksploitasi subsidi seperti contoh yang telah diberikan oleh bro sebol.
Tetapi saya percaya perkara yang paling rumit ialah i)penstrukturan sistem subsidi tersebut ii)mekanisme pengagihan subsidi.
2 perkara di atas boleh menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian masyarakat, sekiranya ditangani secara tergesa-gesa.
Cabaran yang paling sukar, pendapat saya ialah penstrukturan subsidi terhadap bisnes/perusahaan. Dan ini telah disuarakan di dalam media baru-baru ini, kalau tidak silap saya.
Halangan/ cabaran pertama dalam menstrukturkan subsidi dalam perniagaan ialah dari 'aspek penetapan' jumlah subsidi yang diperlukan. Mungkin ada bisnes di mana petrol bukanlah 'core' untuk digunakan dalam perusahaan tetapi masih menerima bantuan. Mungkin akan ada juga argument perlu atau tidak subsidi untuk bisnes. Kalau perlu, subsidi mungkin boleh diagihkan dalam bentuk pemotongan cukai perniagaan.
Keduanya daripada segi pemantauan. Penyalahgunaan subsidi oleh nelayan untuk menjual diesel boleh dijadikan pengajaran.
Ketiga, cabaran untuk menentukan sektor kritikal bisnes/ perusahaan yang memerlukan subsidi. Pendapat saya, sektor pertanian, dan pengangkutan awam (bukan airasia yea) merupakan sektor yang penting untuk disubsidi.
Keempat. (point ni boleh juga masuk point 3) Kesan terhadap perusahaan/bisnes kecil. Bisnes buat keropok, kraftangan, penjaja etc. Perlu atau tidak mereka terhadap subsidi masih memerlukan perdebatan. Mungkin individu daripada sykt A mengadu, sykt B mendapat subsidi yang lebih, tidak adil dan sebagainya.
Walaupun saya antara 'proponent' kepada penstrukturan subsidi, saya pun risau juga kalau harga nasi lemak biasa, roti canai, melompat tinggi (bukan naik lagi). Tapi kebaikkannya mungkin menggalakkan orang bawa bekal, kurangkan masa melepak di warung/kafetaria, dan tambahkan produktiviti di tempat kerja. he..he...
percaya atau tidak itulah kebenarannya....
'kita' hanya berjaya gali lubang tutup lubang....
sedih la hamba dengan kerajaan kita ni.... sungguh pandai memanipulasi orang -orang yang jahil....