Alamat blog

Ada pihak yang kecewa dengan tindakan mengejut Shahrir Samad melakukan "Pengstrukturan Subsidi Minyak" yang begitu "serta merta".

Saya menjangkakan mereka hanya mengumumkan langkah pengstrukturan sahaja untuk dilaksanakan ogos.

Maka cukup masa untuk cendekiawan negara untuk menokok tambahkan pengstrukturan itu supaya ianya akan lebih elok.

Sebagai contoh,
1. Kaji semula nilai ringgit sebelum pengapungan harga minyak.

2. Perluaskan SKDS jika subsidi dihapuskan. Ada banyak lagi lori yang belum guna SKDS.
Saya difahamkan ada lori syarikat pengangkutan yang tak dapat harga RM 1.43

3. Mungkin ada SKDS khas untuk Petrol bagi pemandu teksi yang menggunakan Petrol.
SKPS? Adakah teksi berpetrol sesuai untuk menggunakan sistem seperti ENelayan?

4. Cara pengagihan subsidi yang dijimatkan itu kepada manusia dan bukannya kenderaan. (Kupon Subsidi makanan vs Rebet kenderaan)
5. Nilai subsidi kepada rakyat juga perlu dikaji, samada 15 bilion atau lebih atau kurang, bukan sekadar rebet kenderaan yang menguntungkan orang berkenderaan sahaja.

Banyak lagi benda nak kena kaji sebelum perlaksanaan.
Aku berharapkan pada penguman hari itu, hanyalah satu perbentangan langkah bukannya perlaksanaan serta merta.

Kesan terhadap pengusaha minyak perlu juga dikaji.
Adakah beban caj kad kredit akan meningkat, Adakah komisyen cukup untuk terus hidup, adakah sistem komisyen akan bertukar kepada sistem yang berasaskan peratus harga bukannya berdasarkan sen per liter.

Agak pelik kalau perkara ini semua dikaji selepas ianya dilaksanakan.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Acaii Jawe // 6 Jun 2008 pada 3:33 PTG  

    yup, terlalu tergesa2 nampaknya..baru terfikir kalau bagi subsidi kenderaan org yg berkenderaan je nikmati..kalau harga barang naik suri rumah yg tiada kenderaaan mmg tak dapat pape,hehee

  2. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 7:55 PTG  

    Kecewa dengan penstrukturan minyak tapi perlu pada tempatnya.Benar, saya pun kecewa dengan Pak Lah dan kabinetnya bukannya disebabkan minyak naik per se tapi lebih kepada tergesa-gesanya mereka dalam membuat keputusan. Harga minyak naik disebabkan oleh keterpaksaan, bukannya perancangan. Ada perbezaan di situ.

    Harga minyak dunia naik memang takdir Allah, tapi 'the manner it is handled' masih dalam ikhtiar manusia. Seolah-olah mereka tak 'foresee' benda ini sebelum awal tahun ataupun lebih awal. Seolah-olah episod kenaikan minyak ini bermula dengan skrip pemandu kereta/pelancong asing menggunakan minyak bersubsidi. Padahal, mereka lebih fikirkan perancangan survival politik, maka masa lebih banyak diperuntukkan semasa pilihanraya (bukannya tidak boleh lewatkan pengumuman/mengadakan pilihan raya), daripada perancangan kewangan/ ekonomi negara. Kelakar!

    Walaupun saya tak menafikan, untuk sebelah pihak, Anwar sebagai peneraju yang menggelarkan dirinya sebagai'PM in waiting' pun tidak membuat perancangan ekonomi yang jelas, melainkan berjanji harga minyak akan turun. Namun, saya berikan 'reservation' kepada Anwar sebab dia tidak lagi memerintah ataupun dia langsung tidak menjangkakan peluang untuk perintah.

    Tapi ada kenyataan daripada Anwar baru-baru ini yang menunjukkan dia ada perancangan untuk menstrukturkan kembali harga minyak. Tapi saya tak pasti, adakah perancangan Anwar menyebabkan minyak lebih mahal, lebih murah,ataupun ikut 'purchasing power'.

    Pun begitu, saya rimas dengan kenyataan Anwar untuk menurunkan harga minyak tanpa memberikan amaran bahawa itu adalah langkah sementara semata-mata ataupun memberitahu akan berlakunya penstrukturan. Mungkin, ini merupakan seni silat politik Anwar untuk memenangi golongan marhaen, tapi untuk orang yang 'enlightened', memang merimaskan. Sebab kita tak nak masuk ke mulut buaya setelah lari daripada mulut harimau.

    Kekecewaan saya pada sifat tergesa-gesanya Pak lah and kabinetnya menyebabkan idea-idea bernas untuk penstrukturan harga minyak yang tidak difikirkan.Seolah-olah membina rumah tanpa pelan. Kalau rumah setinggan mungkin tidak mengapa. Tapi kita hendak bina negara wahai saudaraku sekalian.

    Kekecewaan saya pada penstrukturan minyak satu lagi disebabkan tiada (atau kurang) hala tuju yang jelas di sebalik tindakan tersebut. Yang jelas rakyat harus sentiasa berkorban kepada negara walau apa jua keadaan sekalipun atas nama penjimatan untuk kerajaan. Yang ada juga hanyalah bunga-bunga terma seperti rebet petrol untuk kereta dan motor, hanya untuk menunjukkan subsidi masih ada dan meredakan sedikit kemarahan rakyat. Tengoklah akhir tahun ini kalau sistem rebat itu masih 'in place' ataupun tidak (apatah lagi jika ada kerajaan baru yang mengambil alih).

    Bukannya apa, pendapat peribadi, idea rebat itu masih tidak masak. Yang untung orang yang baharui cukai jalan dalam 1-2 bulan lagi. Belum lagi masuk isu mereka yang menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan atas nama mereka.

  3. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 8:03 PTG  

    Antara yang boleh dilakukan dalam menangani kesan kenaikan minyak ialah dengan menjelaskan halatuju penstrukturan terhadap 3 kelas masyarakat yang berbeza di Malaysia i.e. high, middle, and low socioeconomic group. Untuk golongan high socioeconomic group kita 'abaikan' dulu. Bukannya tak sayang,tapi mereka ada lebih peluang/berkemampuan untuk survive. Yang terjejas teruk ialah middle dan socioecomic group. Mungkin ada persoalan siapa yang lagi teruk (middle ataupun low?), tapi yang jelas 2 kumpulan ini mempunyai sedikit isu yang berbeza tapi signifikan apabila subsidi distrukturkan bahasa kerajaan) ataupun dimansuhkan.

    Perbezaan ini bukannya sahaja pada perbezaan pada pendapatan bulanan tapi juga perbezaan dalam perbelanjaan . Kenaikan harga barang (tepung, beras, minyak), dan servis disebabkoan 'domino effect' penarikan subsidi memberi kesan kepada kedua-dua golongan. Kalau kita abaikan faktor perbezaan dalam perbelanjaan yang akan saya sentuh nanti,kesan yang lebih teruk diterima oleh golongan berpendapatan rendah berbanding pertengahan. Moga-moga idea-idea yang telah kita kongsi seperti kupon diskaun, perluasan mekanisme subsidi untuk sektor penting sepeti perikanan, pengangkutan awam boleh menangani masalah 'domino effect' untuk jangka massa pendek dan sederhana.

    Untuk perbezaan yang kedua.i.e- Perbezaan dalam perbelanjaan dalam kedua-dua golongan ada banyak, tapi memandangkan isu penstrukturan harga minyak hangat dibahaskan, maka, tidak dapat tidak isu pengangkutan menjadi isu terbesar/'indispensable'. Maka akan ada 2 isu utama, pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian (i.e. kereta/ motor yang kita gunakan ke tempat kerja, uni dan etc). Mungkin ada persoalkan, sama ada pengangkuatan awam atau persendirian yang lebih penting. Tapi, saya 'reserve' persoalan itu untuk kalian.

    Tapi, pendapat peribadi, rebat untuk 800 liter yang dikemukakan oleh kerajaan tidak menyelesaikan kedua-dua isu tersebut (baik isu public or private transportation). Semasa pengumuman penstrukturan itu dibuat dan sehingga komen (atau artikel) ini ditulis tidak Pak Lah tidak menyentuh tentang reformasi sistem pengangkutan awam. Terus terang, saya berfikiran pesimis terhadap Pak lah dengan menuduh bahawa dia takut untuk sentuh pengangkutan awam kerana takut dikaitkan dengan kegagalan untuk memperbaiki sistem pengangkuatan awam dengan bajet subsidi RM 4.4 billion. Kalau tuduhan saya salah, tidak mengapa, saya akan minta maaf, asalkan dia minta maaf terlebih dahulu kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dia mungkir janji dan meletakkan jawatan. Isu teknikal untuk reformasi dalam pengangkutan awam mungkin saya akan sentuh bila bro sebol buka topik berkaitan.

    Isu kedua, pengangkutan persendirian. Isu inilah antara faktor yang banyak menghanguskan pendapatan golongan pertengahan dan mewujudkan 'golongan miskin yang berkerjaya'. Ada yang guna kereta sebab tidak ada pilihan. Biasanya disebabkan kelemahan pengangkutan awam sendiri. Frekuensi bas kurang, naik pengangkutan awam tidak ekonomik dari segi masa dan wang kerana terpaksa bertukar-tukar atau tidak laluan bas tidak diintegrasi, tidak selesa kerana terlalu padat dan paling teruk sekali disebabkan tiada/kurang akses kepada pengangkutan awam itu sendiri. Untuk yang memilih kereta sendiri, akan timbul isu harga minyak (semestinya), tol, harga kereta terlalu mahal, dan sebagainya. Dan isu teknikal ini lebih baik dibincangkan dalam topik yang berkaitan.

    So, kesimpulan komen panjang saya (sorry yea sebol ;-) ) ialah mengenal pasti 'halatuju' itu maha penting dalam memandu usaha ke arah penstrukturan subsidi. Kalau tidak ibarat hanya memberi 'painkiller' kepada mereka yang sakit jantung. Rasa sakit mungkin hilang, tapi pesakit mungkin mati disebabkan komplikasi penyakit. Semoga Allah membantu kita untuk menyelamatkan Malaysia.

  4. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 9:16 PTG  

    aku tunggu harga barang naik!