Ampun maaf jika ayatku ini ketika menceritakan tentang perjudian celcom keterlaluan,
Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5.
Tak sangka pula ada banyak pihak yang tidak menyangkakan ianya perjudian. Ingatkan semua tahu.
Untuk tidak mengelirukan, bukan saya yang pandai-pandai mengatakan ianya perjudian, walaupun ia jelas perjudian.
Untuk rujukan,
Mufti Perlis juga mengatakan Ianya Haram
Ustaz Zaharudin pun kata sebegitu.
Terdapat 1 topik khas isu ini di Tranungkite.
Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang
Namun Celcom menafikannya
Peraduan tiada unsur judi - Celcom
KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.




Sy dari awal2 lagi rase camtu..tapi malas nak cakap bila ramai sahabat kerja disana,hehe..:) tapi apa jua bentuk peraduan yg kena bagi duit dulupun haram gak rasenya..bergantung kepada luck or draw komputer..yang nak embuat scriptnya sangatlah senang,hahaha
Salam...
Terlalu banyak unsur-unsur haram yang berdarah daging dalam kehidupan kita sekarang ini. Cara hidup yang terlalu menumpukan kepada keduniaan. Memang menyedihkan...
Salam...
Terlalu banyak unsur-unsur haram yang berdarah daging dalam kehidupan kita sekarang ini. Cara hidup yang terlalu menumpukan kepada keduniaan. Memang menyedihkan...
Apalah nak jadi orang Islam di Malaysia ni...Dah mufti/ulamak kata benda tu haram, ikut jelah pendapat pakar tu. Sebolah-boleh nak menghalalkan yang haram, wtf!
saya tak amik peduli selalunya sms contest2 nih
lain la kalau pree kan
gila satu sms RM5
baiklah isi minyak mootor .. kan kan ??
:D
celcom celcom
tahu nak perah duit orang je!
1 vs 4...hoho.. ;)
Salam, nampak gaya teruk CELCOM kali ni. Dah nasib badan. Tapi nak share sikit satu berita. Petang tadi sempat pergi ke stesen minyak BHP kat Kayu Ara. Nampak gayanya CELCOM ada buat promosi beri voucher minyak FREE bila kita top-up prepaid. Ini dah sahih bukan judi. Sekurang-kurangnya sekarang pulak, CELCOM ni boleh lah membantu dalam masalah naiknya harga minyak ni dak?