Alamat blog

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja.

Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat.

Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari.

Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib.

Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi.


Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.

Untuk membaca "saiful di Blog Najwan Halimi" sila klik.


Tak sangka pula Wan Azizah baru tahu, atau dia buat-buat baru tahu?

Kisah Musang Berbulu Ayam sudah dipaparkan ketika bukan mac yang lalu.
Adakah Pemimpin PKR tidak tahu?

Adakah Saiful Bukhari itu "Double Agent" untuk Anwar dan Najib?

Adakah PKR sememangnya tahu Saiful ada kaitan dengan Najib dan kemudian merancang untuk menggunakan Saiful?

Belum ada kenyataan Polis untuk menangkap Anwar, Anwar sudah disorokkan kononnya nyawa terancam. Ada pula cerita ia disorok di Kedutaan Turki. Keluar pula gambar Saiful di pejabat TPM di Blackberry Wan Azizah.

Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar.

Apa untungnya Najib menggunakan tektik lama untuk menjatuhkan Anwar?

PakLah yang keluar di Kaca TV pagi tadi, dari raut mukanya memang tak tahu menahu tentang cerita ini. Berbanding Mahathir satu ketika dahulu cukup yakin Anwar meliwat.

Jadi, Mari kita beli popcorn atau maruku sambil menonton wayang double agent ala James Bond.




Berpusing!!!!!!

11 komen

  1. Tanpa Nama // 30 Jun 2008 pada 1:29 PG  

    paklah mmg selalu buat muka blur sotong. masa orang tuduh dia kawen dengan jeanne dulu pun blur sotong, masa kes kamaruddin buat centrifudge nuklear pon blur sotong. masa orang tuduh menantunya bolot projek kerajaan pun dia kata "saya taktau" sambil buat muka blur sotong.

    macamana nak percaya?

  2. ezza erisa // 30 Jun 2008 pada 10:01 PG  

    tgk cerita saiful bahri ni..teringat cerita sydney bristow, dalam ALias pulak.kekeke

  3. Zainal A. Kasim // 30 Jun 2008 pada 1:45 PTG  

    Kepimpinan politik negara kita daripada PM, TPM, Menteri, MB, KM, Exco baik dari parti Kerajaan mahupun pembangkang dan macai-macai mereka kini sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing daripada segala macam masalah dan tragedi politik.

    Sedangkan mereka sepatutnya mempertahan dan memperjuangkan nasib rakyat ketika kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah berbangkit akibat daripada kenaikan harga minyak.

    Saya tidak puas hati. Mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Wakil rakyat kita makan gaji buta!!

    Tidak sedar diri dan memalukan negara. Malaysia would be better wihout all of you.

    http://c-bok.blogspot.com

  4. Hasbullah Pit // 30 Jun 2008 pada 2:06 PTG  

    Zainal A Kasim.
    Kalau nak kira, saya malas nak melayan politik yg tak berkaitan sevcara langsung dengan rakyat ni.

    Tetapi, cerita double agent ni seronok pula ditonton.

    Minggu lepas aku ada melibatkan diri dengan permasalahan nelayan, kira OK la juga. puas hati bila muka mereka masuk paper.

  5. Azurah Anuar // 30 Jun 2008 pada 3:17 PTG  

    hari ni ada cerita nelayan klebang masuk buletin 1.30.

    pakcik tu siap nangis2 pasal tambak pantai klebang tu dia takde kerja dah.

  6. nina najwan // 30 Jun 2008 pada 3:40 PTG  

    oo...best drame terbaru ni.. dah lama tak de drama berat macam ni, dah lama tak tengok "cerita" dalam internet & TV, sekarang ni nak kena beli air kopi tongkat ali, biskut kering tabur gula, lepas tu boleh duduk depan TV tengok cerita larut malam.
    haa... baru best nih. lepas ni banyak la watak dan katak tambahan akan keluar dalam drama minggu ini yang banyak siri ni....
    selamat menonton, sebab drama ni kerajaan bayar dengan duit rakyat!!

  7. Arin // 30 Jun 2008 pada 4:17 PTG  

    wawa: nelayan kat klebang tuh mmg kesian..sbb laut kene tambak..bukan sket2 tambak...luas kawasan tambakan nye..

  8. Hasbullah Pit // 30 Jun 2008 pada 5:06 PTG  

    Terasa rugi pula tak pergi press conference semalam.

  9. Tanpa Nama // 30 Jun 2008 pada 5:11 PTG  

    sapa kata takde kaitan, ingat pelabur luar nak melabur ke dalam negara yg TPM nye dikaitkan dengan pembunuhan kejam, PM nya pula keras kepala tanak letak jawatan wlaupun tak mampu buat keputusan dgn bijak, dan bekas TPM yg dicakap2 sebagai bakal PM, duk sibuk main politik sana-sini kucar kacirkan kerajaan.Biler pelabur luar takut melabur kat Malaysia, ekonomi Malaysia berada di bawah keupayaan sebenar,dan sapa yg jadi mangsa nanti?? mestilah rakyat..

  10. RANGKAIAN PEMUDA BERANI // 30 Jun 2008 pada 7:50 PTG  

    Pandai ler korang pokpet pokpet .. Anyway, macam2 teori yang ada. Kadang2 POKPET terfikir gak, kalaulah orang Malaysia ni pandai sangat berteori, mengapa tak der yang menang Nobel Prize sampai hari ni yer? :)

  11. Letting the time pass me by // 30 Jun 2008 pada 9:01 PTG  

    Aku pon poning,... Macamana orang umur 60 tahun boleh memaksa orang muda umur 23 untuk melakukan liwat.

    Kalau budak kecik mungkin tak pelik sangat..