Alamat blog

Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

6/08/2008 10:14:00 PG

Rakyat menuntut hak rakyat supaya kerajaan bertanggungjawap untuk menjaga kebajikan Rakyat.

Rakyat menuntut Subsidi Makanan Rakyat sebanyak RM 50 setiap orang bagi setiap bulan daripada penjimatan Subsidi minyak.

(Kos tak sampai 15 bilion setahun)




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 8 Jun 2008 pada 6:43 PTG  

    Setelah menulis komen tentang kepentingan halatuju dan penstrukturan subsidi, saya mengesan perbezaan saya dengan bro Sebol berkaitan dengan kupon subsidi. Perbezaan saya ini berkait rapat dengan tujuan/halatuju penstrukturan subsidi untuk 'socioeconomic group' yang berbeza yang dari segi aspek i)jumlah pendapatan dan ii)perbezaan dalam perbelanjaan.

    Pertama, saya berpendapat kupon subsidi tidak perlu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia.Rasanya semua maklum, keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan saya merasakan 'kupon subsidi' harus diketengahkan apabila timbul isu golongan berpendapatan rendah menuntut akta gaji minima daripada kerajaan kerana gaji yang terlalu rendah dan kos hidup yang semakin meningkat. Seperti yang kita maklum, kerajaan tidak menimbangkan akta gaji minima pada saat ini. Dan pada hemat saya, ini berlaku disebabkan terdapat banyak isu yang perlu diambil kira oleh kerajaan sebelum mengambil tindakan untuk menguatkuasakan akta gaji minimum. Jadi, tindakan proaktif/immediate action yang bersifat unilateral yang boleh dilakukan kerajaan adalah dengan mengeluarkan kupon subsidi agar keperluan-keperluan asas pekerja tersebut dapat dibantu.

    Keduanya, saya merasakan kupon subsidi tidak harus ditampung oleh kerajaan sepenuhnya, tapi lebih kepada sistem percukaian yang dikenakan terhadap industri-industri yang menggaji perkerja tersebut. Sebagai contoh, sekiranya pekerja-pekerja sektor perladangan merupakan 30 peratus jumlah daripada golongan yang harus dibantu, maka kerajaan harus menstrukturkan cukai ke arah kupon subsidi tersebut. Dan ini merupakan jalan pintu belakang (indirect action) untuk melaksanakan gaji minima. Mungkin ada persoalan golongan yang berpendapatan rendah yang tidak bermajikan, tapi teknikal isu tesebut mungkin boleh dibawa ke perbincangan yang lain.

    Untuk, middle class, saya merasakan kupon subsidi makanan bukanlah penyelesaian terbaik. Penyelesaian untuk golongan middle class ini banyak bergantung kepada perlunya untuk kerajaan mengubah polisi- i.e. daripada pembangunan yang yang berorientasikan pembinaan infrstruktur (fizikal) kepada 'pembangunan' yang melibatkan pengkemasan/membaik pulih sistem atau sesuatu dasar. Contoh klasik yang saya berikan pada komen lepas ialah reformasi sistem pengangkutan awam, tol, cukai kereta yang tinggi, isu rasuah dan etc. Dengan ini, peruntukan untuk subsidi dapat dikurangkan, dan penjimatan dapat digunakan untuk kos membaik pulih sistem terbaik. (i.e. menggaji konsultan pengangkutan awam terbaik untuk merangka sistem pengangkutan awam, membeli syarikat tol untuk rakyat, tampung kehilangan pendapatan daripada cukai kereta dan etc).

  2. Hasbullah Pit // 8 Jun 2008 pada 9:52 PTG  

    tuntutan inin berbentuk makanan secara minimumnya untuk "Jangan sampai ada orang tak cukup makan".

    Sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah kemiskinan tegar dimana kemiskinan tegar biasanya melibatkan golongan tak ada keupayaan bekerja.

    Sedikit sebanyak juga membantu golongan pendapatan rendah/sederhana yang ada banyak tanggungan.

    Pada masa yang sama dapat membantu rumah anak yatim persendirian untuk kasi makan anak yatim.

    Memang sistem kupon subsidi makanan ini tidak boleh jadi begitu adil, namun ia jauh lebih adil berbanding struktur subsidi minyak yang memberi subsidi kepada siapa yang guna lebih, dan rebet kenderaan yang lebih mengutamakan orang berkenderaan berbanding orang tak berkenderaan. Ada keluarga yang hanya mempunyai motosikal, naik 4 orang sekali, tak adil kalau dia hanya dapat RM 120 setahun, berbanding kupon subsidi makanan dia boleh dapat RM 200 sebulan.

    Kalau nak kira betul2 ikut sektor, biarlah ada subsidi tambahan yang lain khusus untuk sektor.

    Buat masa ini gaji miminum memang agak sukar nak diimplementasikan memandangkan tidak semua majikan yang banyak duit.

    Ketika ini pun banyak pekerja seperti pekerja kedai makan, kedai runcit , KWSP dan perkeso pun tiada.

    Saya tak nampak bagaimana pengusaha kedai runcit kampung nak menggajikan pekerjanya ikut gaji minimum yg mtuc minta, kalau perndapatan perniagaannnya pun tak sampai ke tahap itu.

    Kalau kerajaan naikkan harga minyak, dan kemudiannya tepek-tepek subsidikan sektor tertentu, pasti ada sektor atau sasaran yang keciciran untuk disubsidikan. sebagai contoh pengusaha teksi yang tiada skim subsidi khas dan SKDS yang kuotanya terlalu kecik.

    Jadi kerana itu Kupon Subsidi Makanan ini perlu untuk dibahagikan kepada semua orang.

    Golongan miskin akan lebih merasainya berbanding golongan sederhana dan kaya.
    Namun golongan sederhana yang ada anak ramai juga akan berasa lega.

  3. Tanpa Nama // 19 Jun 2008 pada 11:23 PTG  

    (Terfikir idea baru untuk menjelaskan kupon subsidi makanan bila terbaca berita tentang kekurangan beras kelas ekonomi :-) ; Baca: Beras ST15 masih tiada di pasaran, 70 % rakyat makin miskin.)

    http://nanbinjai.blogspot.com/2008_06_01_archive.html#5410570732963081559


    Baru-baru ini ada krisis beras apabila beras untuk golongan berpendapatan rendah habis/kurang dipasaran. Mungkin mekanisme 'tuntutan subsidi makanan' boleh digunakan dalam menganai masalah ini.


    Episod kekurangan beras telah menyedarkan kepentingan untuk mengadakan stok beras negara. Mungkin langkah untuk mengadakan stok beras negara dapat dipanjangkan lagi dengan mewujudkan sistem pengedaran beras yang bersubsidi. Pengedaran makanan bersubsidi bukan benda yang baru. Rasanya sesiapa yang pernah ke SBP mesti pernah dihidangkan dengan minuman coklat jenama 'WAHI'. Dan kalau perasan, tin WAHI tu rasanya ada tanda 'HAK MILIK KERAJAAN' (kalau tak silap saya). Tapi tidak pasti kalau mereka yang masih belajar di SBP masih minum WAHI lagi. Mungkin boleh jenamakan beras bersubsidi itu 'Beras Padu'ke, 'Beras Rakyat' ke atau nama lain yang bersesuaian. Dan skim ini boleh dipanjangkan ke makanan lain seperti minyak masak, tepung gandum, tepung susu, dan etc.

    Orang yang tidak/kurang berkemampuan jarang sekali dapat beli barang secara pukal. jadi perlu ada 'limit' dalam pembelian makanan yang bersubsidi dalam mekanisme pengedaran. Sebagai contoh, beras SST 5% dengan harga pasaran RM 28 pakej 10kg dijual pada RM 20 untuk harga subsidi dan terhad 1 pek/kepala ataupun 2 per famili. Dan saya rasa 'kupon subsidi makanan' yang diperjuangkan sesuai untuk matlamat tersebut.

    Makanan-makanan yang bersubsidi mungkin boleh diedarkan oleh kedai-kedai/supermarket terpilih. Lebih elok kalau ada badan khas (Agensi Subsidi Negara) yang mengatur mekanisme tersebut dan mungkin diletakkan dibawah Kementerian Pengguna ataupun parlimen.

  4. Hasbullah Pit // 20 Jun 2008 pada 12:45 PG  

    Ikram,

    Aku pun confuse juga sebenarnya.

    Kalau kita terlalu fokus golongan miskin, pasti akan ada golongan miskin yang tercicir. Pasal tu aku cadangkan kasi semua orang sahaja dalam bentuk tunai.


    Lepas tu baru lebihkan yang miskin.

    Sebenarnya saya pun pening juga tentang nilai yang sesuai.
    Samada menggunakan nilai ringgit seperti RM 50 seorang.

    atau

    dalam bentuk makanan sebenar.

    atau

    Nilai harga makanan tanpa sebarang subsidi dalam ringgit.


    Hakikat sekarang, golongan sederhana juga tertekan. Tetapi mereka tertekan bukan kerana makanan tetapi kos lain juga.


    Mungkin tuntutan RM 50 sekepala itu dijadikan "tuntutan royalti petroleum rakyat" selagi Malaysia jadi net exporter

    dan ada skim khas untuk makanan khas untuk golongan miskin.