Alamat blog

Politik Tutup Periuk Nasi

6/07/2008 01:30:00 PG | ,

Ini semua kerja gila.
Sejak akhir-akhir ini kelihatan PETRONAS yang bersalah kerana sebab-sebab berikut:

Harga minyak Naik
Terengganu kehilangan royalti.
Projek yang melibatkan kroni.

Maka dikoreklah lagi cerita-cerita untuk menyalahkan PETRONAS sehinggalah gaji pemain muzik pun diceritakan.

Macamlah semua keuntungan PETRONAS itu hanya daripada hasil minyak yang dikorek di negara Malaysia sahaja. Sejak bila pula Malaysia mempunyai kedaulatan keatas Sudan sehingga rakyat malaysia boleh sesuka hati mempersoalkan setiap perbelanjaan PETRONAS?
Stesyen Minyak Jenama Engen Di Afrika Selatan ambil minyak dari Terengganukah?

Baru-baru ini banyak topik di Tranungkite mempersoalkan pelaburan PETRONAS untuk menguasai LNG di Australia.

Saya nampak perkara itu sebagai satu perkara positif, dimana PETRONAS akan menguasai LNG. Maksudnya, kita akan boleh kawal harga LNG, bukan lagi negara barat.

NGV di Malaysia semuanya disubsidikan oleh PETRONAS bukannya kerajaan Malaysia.

Kenapa tak persoalkan kenapa Shell tak subsidikan NGVnya?
Shell berani berniaga dalam kerugian semata-mata untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa tidak menyalahkan BHPetrol kerana kesalahan harganya walaupun KPDN telah mengarahkan supaya menjadikanya sebagai RM 2.70?

Semakin banyak PETRONAS dipolitikkan, semakin bahaya negara kita.

Sewenang-wenangnya Lim Guan Eng nak gunakan duit PETRONAS untuk jambatan kedua Pulau Pinang.

Sewenang-wenangnya Anwar Ibrahim nak gunakan keuntungan PETRONAS untuk turunkan harga minyak.

Duit yang PETRONAS patut bayar, telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.

Tugas kerajaanlah yang menyalurkan kepada rakyat, tak semestinya dalam bentuk penurunan harga, tetapi boleh juga dalam bentuk Subsidi Makanan.

Mengikut perkiraan saya, hanya 13.8 bilion sahaja diperlukan untuk meringankan beban rakyat seluruh peringkat tanpa mengira kaum.

Duit yang PETRONAS telah bayar jauh lebih banyak dari itu.

Ianya salah Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan rakyat menderita.

saya mendapat komen berikut:

Woi.. BAHLOL, ko bagi komen tak berpijak dibumi yg nyata. Kalu betul la dia buat pelaburan untuk beri keuntungan kepada kerajaan malaysia, kenape si Bodolah tu gi naikkan rege minyak? Sepatutnye kerajaan dah boleh menyerap lonjakan rege minyak dunia tu dan tak perlu kurangkan subsidi. Pengurangan subsidi ini akan membolehkan kerajaan berjimat sehingga 13 billion. Untuk ape? Bodolah tak penah bgtau pun untuk ape duit tu.
Aku nak tanye ko la wahai si BAHLOL, ko kate dia akan dapat keuntungan selepas beli stake syarikat ni. So, ada ke dia akan turunkan balik rege minyak tu? Yela kan, dah ade banyak duit. Mestila boleh cover balik subsidi yg dah dipotong tu. Tapi, ikut pengalaman yg lepas2, bila dah naik takkan turun2 dah.

Mungkin ramai tak nampak, sebenarnya PETRONAS adalah alat bagi Malaysia untuk menguasai dunia, tanpa syarikat minyak yang kukuh, kita akan jadi macam Pak Arab yang banyak minyak, tetapi syarikat minyak negaranya hanya pandai korek sahaja.

Tak pandai membina jenama, menghasilkan produk pengguna.

PETRONAS sudah beli FL Selenia supaya menguasai pasaran pelincir dan teknologi pembuatannya.

Kalau Rakyat Malaysia selalu sangat mempolitikkan PETRONAS hanya kerana korek minyak di Malaysia, rasanya. Akta kemajuan Petroleum perlu diubah supaya hak mengorek minyak di Malaysia diberikan kepada anak Syarikat PETRONAS yang baru khusus untuk carigali di Malaysia.

sebagai contoh "PETRONAS Carigali Tempatan Sdn Bhd".

Kalau nak politikkan, Politikkanlah anak syarikat itu sahaja. Kalau terlungkup pun, terlungkuplah anak syarikat itu sahaja.




Berpusing!!!!!!

14 komen

  1. Tanpa Nama // 7 Jun 2008 pada 3:55 PG  

    Betul, bukan Petronas sahaja yang korek minyak di Malaysia. Tapi, biasalah, Petronas akan di 'kambing hitamkan'. Orang Malaysia kan minat main 'mari kita lihat siapa yang kena'? ha..ha..

    BTW. Betulkah semua gas untuk NGV disubsidi Petronas, saya ingat gas itu disubsidi oleh kerajaan?

    Satu lagi, bukankah Petronas sahaja yang ada monopoli untuk NGVs? Tak tahupun kalau ada stesen NGV Shell, ataupun Esso. Kalau tiada, memang tidak timbul isu kenapa Shell tidak mensubsidikan gas.

    Menarik juga idea buat anak syarikat bawah Petronas. Lagi elok kalau mereka boleh compete with each other.

  2. Abu Abdullah Anas Al Banji // 7 Jun 2008 pada 12:57 PTG  

    Assalamu alaiku saudara Hasbullah

    Pembangunan masyarakat di bawah Tanggungjawab Sosial Syarikat('Corporate Social Responsibility') pada pandangan saya haruslah dilakukan secara seiring dengan aktiviti lain secara menyeluruh dan bukannya tertumpu kepada sesuatu aspek sahaja.

    Jika Petronas hanya mengkhusus keuntungannya untuk menanggung cara hidup rakyat yang oportunis dan membazir, nescaya akan jahanamlah Petronas. Maka penjenamaan, pelaburan ke industri berkaitan dan penyelidikan dan pembangunan juga haruslah berjalan seiring dengan aktiviti 'CSR'. Bak kata pepatah, janganlah dibunuh angsa yang bertelurkan emas.

    Mungkin mereka yang berang dengan tindakan dan perancangan Petronas sebenarnya belum pernahpun membaca akta yang digubal Tengku Razaleigh yang mewujudkan satu2nya syarikat yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia.

    Jangan kita ikut serta beremosi dengan perkara yang kita belum selidiki.

    Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur komen negara hancur.

  3. Tanpa Nama // 7 Jun 2008 pada 2:40 PTG  

    pertamanya, petronas perlu dibedah.

    kena kena tahu cerita sebenar, baru komen.

    kot mana pon kita bukan saja perlu berterima kasih kepada kuli kerana mengasaskan empayar petronas malah kita juga perlu berterima kasih kepada yap ah loy kerana membuka kuala lumpur yang menjadi tapak mercu tanda kebanggaan negara -KLCC.

  4. Tanpa Nama // 7 Jun 2008 pada 5:15 PTG  

    Ulasan yang baik tentang keharusan Petronas untuk menampilkan CSR yang baik untuk pandangan masyarakat Malaysia. Lebih-lebih lagi Petronas diberikan 'priority' dalam industri petroleum negara. Maka rakyatjuga merupakan 'stakeholder' Petronas, berhak memberikan pandangan hala tuju CSR Petronas.

    Lainlah, kalau Petronas diberi layanan sama rata bersama dengan syarikat asing yang lain. Mungkin kurang sedikit tanggungjawab CSR.

    Apahalpun, langkah proaktif yang boleh juga dilakukan mendedahkan laporan kewangan Petronas kepada umum, agar pandangan/komen terhadap Petronas tidak berdasarkan sangkaan.

  5. MOLY // 7 Jun 2008 pada 7:59 PTG  

    minyak tinggi dah skang
    saya pergi kerja kayuh beskal
    :)

  6. Tawel Sensei // 8 Jun 2008 pada 6:41 PG  

    Kalau minyak di Malaysia sudah tak ada lagi, apa perancangan Malaysia?

    Bila UAE tahu minyak mereka akan habis dalam beberapa tahun lagi, mereka bersiap-sedia dengan misi menjadikan pelancongan sebagai sumber ekonomi utama mereka bagi menggantikan minyak. Sebab itu mereka berani melabur secara besar-besaran dalam projek Palm Islands dan World Islands yang ada kat Dubai sekarang ni.

    Tentang komen yang panggil Bahlol tu, sedih juga saya tengok. Pada masa ni, parti mana pun yang kita sokong, kita kena sama-sama berfikir dalam menghadapi masalah kelembapan ekonomi, kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan. Merendah-rendahkan, apa lagi menghina orang lain hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    Tentang isu kekurangan makanan, salah satu penyelesaian jangka panjang adalah dengan menjadikan negara kita mampu menghasilkan makanan sendiri untuk rakyatnya, terutamanya bekalan beras, ayam dan daging. Kita tak sepatutnya mengimport benda-benda ni. Bila kita import, kita akan menggunakan kenderaan. Kenderaan menggunakan minyak. Bila minyak naik, maka kos mengimportnya juga akan naik, lalu harga makanan pun akan naik. Camtu le..

  7. Tanpa Nama // 9 Jun 2008 pada 12:13 PG  

    tawel sensei:
    Tentang isu kekurangan makanan, salah satu penyelesaian jangka panjang adalah dengan menjadikan negara kita mampu menghasilkan makanan sendiri untuk rakyatnya, terutamanya bekalan beras, ayam dan daging. Kita tak sepatutnya mengimport benda-benda ni. Bila kita import, kita akan menggunakan kenderaan. Kenderaan menggunakan minyak. Bila minyak naik, maka kos mengimportnya juga akan naik, lalu harga makanan pun akan naik.

    Cakap senang lah tawel...

    Boleh aku tanya, APA SUMBANGAN KAU UNTUK KURANGKAN IMPORT MAKANAN?

    Ada kau bukak ladang kambing atau daging kat kampung? Ada kau bela ayam?

    Ada kau TANAM DAUN KUNYIT atau serai atau CILI kat rumah?

    Letaklah kerajaan apapun, Barang Naik atau Pakatan Rapuh... selagi otak 'subsidi pemalas berani kata buat tak hendak' ni ada dalam diri kita, alamat malaplah masa depan negara.

    Petronas tu kalau diotopsi pun kalau orang nak kata dikatanya jugak.

    Jangan le kata nak tukar kerajaan, kalau nak tukar kita tengok dalam cermin dulu, tukar sikap orang dalam cermin tu.

  8. Tanpa Nama // 9 Jun 2008 pada 1:37 PTG  

    Salam...
    tanpa nama, apa yg ditulis oleh sdr Tawel, rasanya sekadar cadangan, jadi janganlah keras sangat. Sesiapa yg ada minat dan ada kelebihan seperti tanah, bolehlah melaksanakannya. Kalau ada tanah tapi tak minat, tak guna jugak. Kalau ada minat tapi tak ada tanah, (spt kebanyakan penghuni bandar terutama yg tinggal di apartment/flat) tak terlaksana jugak.

    Tapi kalau di tanya pada saya, saya boleh bagitahu yg dah lama saya tak beli serai, daun limau purut, kunyit, lengkuas, ulam pegaga, buah betik dan cili padi sbb saya tanam kat belakang rumah yg tanahnya sejengkal kera tu je.

    Malah kat tanah yg sempit tu jugak, saya pernah tanam mas melon dan kacang botol sehingga rumah saya jadi macam hutan sbb pokok yg menjalar sehingga di potong oleh jiran sbb subur sangat. Bayangkan, tanah belakang rumah utk sebuah rumah teres biasa, luas mana sangat, tapi kalau ada tanah dan minat, mng boleh buat.

    Kalau kat kg, setiap kali musim perayaan atau sesekali balik berkumpul, kami tak pernah risau dgn kenaikan harga ayam sbb ayam dan itik serati dipelihara dan disembelih sendiri. Kalau kenduri kawin lain kira la...

    Sesekali terlintas difikiran saya... subsidi tu saya nak anggap apa sebenarnya? Rezeki kot? Jadi kalau dah tak ada subsidi lagi, maknanya rezeki dah kurang sikit tapi saya percaya Allah bagi rezeki lebih dalam bentuk yang lain pulak. Dan saya selalu ingatkan diri... 'bersyukurlah, rezeki bukan hanya duit, harta dan anak tapi kesihatan juga rezeki. Alhamdulillah...'

  9. Tanpa Nama // 9 Jun 2008 pada 9:14 PTG  

    Salam suara

    Banyak sangat ke tanah sepasu?

    Kalau mintak dengan DAP Perak tanah tu pun aku rasa diaorang boleh bagi.

    Kamu kata cikgu jepun pendek tu sekadar 'cadang'? Cadang apakebendenye? Cadang tu kalau pakai otak yang bernas, bukan idea basi retorik PRU...

    Saya dah muak tengok orang Melayu macam ni. No Action Talk Only. Bersepah-sepah IPTA kita keluarkan setiap tahun.

    Tapi dengan suara saya kena salam. Boleh kita bertukar hasil tanaman.

  10. Hasbullah Pit // 9 Jun 2008 pada 9:35 PTG  

    Kenapa pula tawel sensei yang dihentam?

    Saya tak nampak dimana kesalahnnya.
    Adakah orang yang diluar bidang pertanian tak boleh bercakap soal keperluan pertanian bagi negara?


    Subsidi sepatutnya dijadikan senjata ekonomi negara.
    Tak perlu anggap subsidi hanya sebagai sesuatu berbentuk simpati.

    Sebagai contoh, ketika zaman perindustrian 90an dulu, pertanian tidak menguntungkan, jadi ramai yang lari ke sektor perkilangan.

    Disitu perlu adanya subsidi supaya sektor itu tidak dianak tirikan.
    Kerana negara memerlukan sektor itu untuk terus ada.

    Kalau subsidi kepada pesawah dihapuskan, jumlah sawah padi yang ada di Malaysia akan jauh lebih sedikit dari sekarang.

  11. Tawel Sensei // 10 Jun 2008 pada 8:47 PTG  

    @Tanpa Nama yang macam marah sangat tu, jemputlah datang ke rumah saya untuk melihat tanaman kunyit, cili, serai, bunga kantan, daun kesom. Ladang kambing dan ayam aje saya tak mampu buka sebab saya tak ada tanah yang besar. Lagi pun kalau saya jadi pengembala, macam mana saya nak siapkan kerja saya yang lain?

    Kalau Encik Tanpa Nama adalah lepasan IPTA, saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya untuk tidak menjadi orang Melayu yang No Action Talk Only. Cuma janganlah muak tengok orang Melayu yang macam tu. Ini macam gaya orang putus asa sangat. Orang yang berjuang untuk membebaskan Melayu dari jadi bangsa subsidi, tak boleh ada sifat muak ni.

    Kalau Rasulullah muak tengok gelagat orang-orang Musyrikin yang tak mahu terima Islam, maka tak akan tersebarlah Islam ke seluruh dunia. InsyaAllah saya tak akan muak melihat orang-orang yang muak melihat orang Melayu.

    Tapi betul ke semua Melayu memang macam tu? No Action Talk Only tu bahasa apa? Kalau sifat buruk ni tak ada pada bangsa orang putih, macam mana pula idiom tu boleh wujud? ;)

  12. Tanpa Nama // 10 Jun 2008 pada 8:58 PTG  

    Salam sebol

    Kalau si tawel tu nak cerita pasal pertanian boleh. Ceritalah pasal pertanian secara am...

    Tapi bila dia dah mula tawel lidah bercakap:
    Kita tak sepatutnya mengimport benda-benda ni (makanan), maka ini adalah sikap HIPOKRIT YANG NYATA.

    'Kita' tu sapa kalau bukan pembaca yang rata-rata rakyat Malaysia? Tawel tu tak masuk definisi 'kita' ke?

    Bila dia kata "...menjadikan negara kita mampu menghasilkan makanan sendiri untuk rakyatnya" si Tawel ni cakap macam DIA NI BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA YANG SAMA-SAMA BERTANGGUNGJAWAB MENGHASILKAN MAKANAN SENDIRI UNTUK NEGARA. SIKAP INDIVIDUALISTIK NILAH YANG MENJADI KEPANTANGAN ORANG MACAM AKU YANG MEMBERI NAPAS MEMPERTAHANKAN NEGARA WAKTU ORANG MACAM PENYANGAK TAWEL NI TIDO!

    Jadi kalau tanah sepasu tak tertanam jangan nak bagi syorlah pada 'MALAYSIA' UNTUK HASILKAN MAKANAN SENDIRI.

    NAMA JE PANJANG. AKAL PENDEK.

    Orang Melayu macam aku ni panggil 'hipokrit' tu sifat munapik.

    Sorila sebol. Kalau salah aku tegur.

  13. Tanpa Nama // 10 Jun 2008 pada 9:18 PTG  

    Tu yang aku kata akal pendek.

    Bila aku kata aku muak tengok Melayu yang NATO maknanya orang Melayu yang cakapnye tak buat. Astagffirullahalaziim ada aku cakap semua MELAYU KAH MACAM TU?

    Tapi poin UTAMA YANG AKU NAK SAMPAIKAN TAWEL, kalau akalkau tu terbukak dengan nasihat orang yang akupun tau tak banyak pahalanya kat dunia ni, adalah

    "CAKAP, BUAT!"

    Jangan asyik kata kita kena itulah, kita patut inilah, ubah cara hiduplah... YANG ENGKAU TU AKU NAK TAHU BUAT APA?

    Kalau kau dah tanam bunga kantan sepasu takkan tak boleh tanam dua pasu? Kalau asyik dok kat situ je macamana negara kita nak maju?

    Kalau kau tak paham lagi (sorilah lagi sebol aku terpaksa membebel lagi ni...) aku bagi contohlah:

    SEMUA ORANG KOMPLEN MALAYSIA MAIN BOLA MACAM HARAM. RAMAI KUTUK MALAYSIA DALAM SUKAN BOLA.

    ABIH, YANG KUTUK TU APA SUMBANGAN MEREKA NAK MEMBANGUNKAN MALAYSIA DALAM BOLA SEPAK? ADA HANTAR ANAK JADI PEMAIN BOLA? ADA AMBIL LESEN 'C' AJAR BUDAK SEKOLAH MAIN BOLA? ADA TAK YANG FIKIR SECARA IKHLAS DAN MEMBERI SUMBANGAN YANG BERMAKNA SELAIN CAKAP?

    KALAU TAK ADA, TAWEL.. RENTIKAN LE BERCAKAP PASAL BOLA. TUHAN LAKNAT ORANG YANG SIKAPNYA MACAM INI.

    P.S. Walaupun aku cakap ni macam marah, aku tak marah. Cuma ini caranya yang berkesan untuk gegarkan otak Melayu yang layu dan terlelap.

    Wassalamualaikum

  14. Tanpa Nama // 10 Jun 2008 pada 11:54 PTG  

    Salam...

    Tanpa nama, maafkan saya sbb tak mampu menaham keinginan untuk menegur anda.

    Penggunaan huruf besar rasanya tak menjamin keberkesanan gegaran otak yg ingin dilakukan, tapi ia mampu mengusik perasaan negatif yg ada dalam diri. Mungkin benar anda tak marah tapi... saya tak sedap hati bila mata ini menterjemahkan ia sebagai cara penulisan yg agak keras. Mungkin bukan saya yg dihentam, tapi saya memang tak gemar dengan penggunaan kata-kata kasar samada secara lisan atau bertulis.

    Bercakap ttg munafik... saya kembali membuka buku "Pengubatan Jiwa" terjemahan kitab Mukasyafah Al Qulub oleh Imam Al Ghazali untuk meneliti dan mengingatkan diri sendiri dan ingin sekali saya kongsi disini tentang ciri-ciri yg pernah diberitahu oleh Rasulullah tentang orang yg dikatakan munafik. Di m/s 334, ada menyebut yang Rasulullah saw bersabda; "Ada empat perkara sesiapa yg melakukannya, bererti dia munafik tulen tetapi orang lain mengira dia mukmin, iaitu ketika berkata dia bohong, ketika berjanji dia mengingkari, ketika dipercayai dia khianat dan ketika bertengkar dia lancang." Moga kita semua dijauhi dari mana-mana sifat yg dinyatakan itu...

    Rasanya En Sebol mmg mengalu-alukan pendapat yang diluahkan secara terbuka, tapi sebaiknya janganlah gunakan perkataan atau cara penulisan yang 'keras' sebab semangat patriotik keterlaluan mungkin bangkit bersama percikan kemarahan yang akhirnya membakar diri kita semua.

    P/S: Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan pembaca ruangan ini.