Alamat blog

Saya sering membaca blog lim Kit Siang, sejak dari dulu.

Namun saya juga membaca blog-blog DAP Melaka, terutama Blog Saudara Damian. Jarang pula membaca blog DAP Johor.

Suatu ketika dahulu, ADUN DAP Melaka ditangkap kerana tuduhan "curi besi", akan tetapi tiada apa-apa catatan tentangnya diblog Lim Kit Siang. Sokong pun tidak, simpati pun tidak, kenyataan apa pun tidak kedengaran.

Kini saudara Damian mempersoalkan kenapa pertuduhan tidak dikeluarkan setelah "ditangkap". Namun tiada apa yang dikatakan oleh Uncle Lim.

Baru-baru ini, ADUN DAP Johor , YB Dr Boo Cheng Hau. telah gagal menyelesaikan Ucapan penangguhannya, kerana dewan telah dikosongkan oleh ADUN BN, Menyebabkan sesi itu menjadi tidak cukup korum. Tiada apa yang diulas oleh uncle Lim.

Nasib baik untuk Kes ADUN DAP Melaka, PAS Melaka perihatin dan untuk kes ADUN DAP Johor, Khairul Faizi juga yang perihatin.




catatan berkaitan:


Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 7 Julai 2008 pada 4:35 PTG  

    Assalamualaikum semua,

    Ini ke parti politik yang mampu mentadbir negara kita? sedangkan permasalahan ADUN negeri pun tidak diambil peduli, inikan pula mempunyai hati untuk mentadbir negara.

    Daripada sibuk memberikan hujah dan mencari kesalahan parti politik yang lain, lebih baik menjaga pengurusan di dalam parti politik sendiri terlebih dahulu.

  2. Hasbullah Pit // 7 Julai 2008 pada 5:04 PTG  

    pecintakeamanan:

    Permasalah ADUN DAP itu tidak wujud kalau kerajaan yang dikatakan "mampu memerintah" itu adalah memang demoktratik.

    Permasalah ADUN DAP Melaka itu juga tidak wujud kalau Pakatan Rakyat memerintah persekutuan.

  3. Tanpa Nama // 7 Julai 2008 pada 5:37 PTG  

    Apa? Permasalahan ADUN DAP Melaka tak wujud kalau PR memerintah persekutuan? Hish! Biar betul. Saya rasa masih lagi wujud malah lebih teruk lagi... PR tak mampu memerintah Persekutuan...

  4. Hasbullah Pit // 7 Julai 2008 pada 6:50 PTG  

    mankanan:

    Ya, kalau PR memerintah, KDN dibawah PR, tiada sebab polis hendak melengahkan pertuduhan terhadap ADUN DAP itu.

    PR Tak mampu memerintah persekutuan hanya retorik politik.
    yang ternyata tidak mampu memerintah dialah BN.
    Jalinan rel keretapi ketika BN memerintah jauh lebih sedikit berbanding yang dibuat oleh Kerajaan British.

    Sebelum merdeka Malaya terkaya di Asia, di bawah pemerintahan BN, belum tentu terkaya di Asia Tenggara.

    Kementerian Luar Bandar sudah wujud berpuluh tahun, tetapi kemiskinan orang Melayu adalah tertinggi.

    itu bukti BN mampu memerintah?

    Belum cerita Sabah lagi. Ada tempat tiada jalan tar.

  5. Tanpa Nama // 9 Julai 2008 pada 1:35 PTG  

    Saudara HP,
    Amat setuju ..! Selagi kroni-kroni yang wujud selama ini tak dirobohkan...Tak akan anak-anak bangsa kampung dapat bahagian yang saksama...seperti kroni-kroni yang wujud kini.
    Segala usaha dan niat yang baik lazimnya disalah-amanahkan serta diselewengkan sehingga muncul macam-macam masalah kepada segala pelaksanaannya...!Akhirnya, pakcik makcik kampung yang jadi mangsa..! Inilah yang yang menyebabkan anak-anak kampung kecewa dan hilang kepercayaan kepada..kerajaan...!