Alamat blog

Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam.

Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan.

Pemimpin PAS bagaimana pula?
Ianya masih menjadi tanda tanya.

Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka.

"Nanti aku call engkau."
"Aku tengah download"

Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka.

Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan kegagalan seseorang untuk menyusun ayat.

Kalau hendak berbahasa Inggeris, teruskan bercakap dalam Inggeris dalam satu perkataan.
Kalau hendak berbahasa Melayu, teruskan guna semua istilah Bahasa Melayu dalam satu ayat.

Orang Melayu, terutama dibandar sering menambahkan perkataan inggeris.

"Bila nak exam?"
"Test dulu , kau score tak?"

Sebenarnya mereka gagal.

Jarang sungguh kita melihat apabila bukan melayu, berbahasa melayu, tetapi memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturannya. Melainkan kalau tidak tahu istilah.

Kalau kita tidak tahu istilah, maka ianya dibolehkan.

Kita guna dahulu istilah blogger sebelum jumpa istilah blogawan.

Kita boleh nampak bagaimana orang melayu, melacurkan bahasa mereka berleluasa didalam dunia blog.

Ya memang wujud banyak dialek di dalam Bahasa Melayu.

Dialek Kelantan, Johor Riau, Kedah, Pulau Pinang.

Bahasa Melayu Baku apabila disebut dan ditulis, ianya boleh difahami oleh semua penutur dialek yang ada.

Maka, cara terbaik menulis blog dalam bahasa melayu ialah dengan membayangkan bahawa kita sedang menutur dalam sebutan baku.

Akan tetapi apabila dialek johor riau terlalu dominan, seolah-olah bahasa Melayu di Malaysia begitu bunyinya. "Kenaper" "bile" "sahaje".
Itu semua dialek johor riau keterlaluan sehingga melacurkan bahasa.

Bahasa Melayu bukan milik orang Melaka, Johor, Selangor dan KL sahaja.

Ianya juga milik orang brunei, orang patani.

Saya masih ingat lagi satu iklan brunei, ketika pertuturan dialog, ia menggunakan dialek tempatan, akan tetapi untuk suara latar (voice over) ia menggunakan sebutan hampir baku. Kita tidak memahami pertuturannya, tetapi mesejnya boleh sampai. Walaupun kita bukan orang brunei.

Kini, Revolusi tidak mengharapkan etnik melayu memartabatkan Bahasa Melayu mula melanda.

Dr Khalid Idham Lim, secepat kilat memperbetulkan kesalahan bahasanya. Kalau orang melayu, dia tidak peduli langsung.

Kav, blogawan yang sering berkunjung ke blog ini, kini melafazkan pengisytiharan untuk berblog dalam Bahasa Malaysia.

Bandingkan catatan Kemerdekaan antara Khalid Idham Lim, Kav dengan Puan Emy.
Yang mana lebih menggambarkan pemartabatan bahasa?




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 31 Ogos 2008 pada 4:50 PTG  

    masalah ini bukan baru pada kita.. ia telah lama diperbincangkan... kita perlu lihat dari mana ia datang.. mungkin kita patut lihat kembali sistem pembelajaran kita di sekolah, kerana di situlah segalanya bermula.. terima kasih kerana mengingatkan kita semula.

  2. MOLY // 31 Ogos 2008 pada 10:00 PTG  

    selamat berpuasa untuk encik sebol dan keluarga ;)

  3. emy // 1 September 2008 pada 12:31 PG  

    terima kasih atas perbandingan tersebut. Saya ambil perkara tersebut secara positif. Kalau tidak dimulakan sekarang, bila lagi? Betul atau tidak.. Salam ramadhan pada saudara dan semua. Wassalam. Gadis ramadhan, emy.

  4. Hasbullah Pit // 1 September 2008 pada 12:46 PG  

    Puan Emy:

    errr
    Bukankah "gadis" untuk orang yang belum kahwin?

  5. Tanpa Nama // 1 September 2008 pada 7:15 PG  

    salam ramadhan

    tak perlu bersusah payah dalam hal mengatur bahasa, dah terlewat .
    dah sifat melayu semulajadi ambil mudah dalam semua perkara.

    kepala asyik nak kena luku... untuk ingatkan sesuatu perkara.

    bangsa ada otak..sama dengan bangsa lain.tapi di jadikan otak simpanan.

    selalu perkataan nih keluar dari mulut mulut melayu


    ahh...aku malaih ( malas ) fikir lah


    sebab malaih fikir lah melayu ambil mudah dalam serba serbi kehidupan.

    tapi untuk syor guna bahasa yang betul. 100% sokong.

  6. Tanpa Nama // 4 September 2008 pada 10:26 PTG  

    CHIN PENG masa berucap selepas pengampunan komunis meminta berucap dalam bahasa ibunda nya, bahasa melayu dan dialih bahasa kpd inggeeris oleh jurubahasa. setiap kali jurubahasa membuat kesalahan alih bahasa , dia akan mengurnya. -- aku baca kat mane tah , akau pun lupe.. bila masa mak die cakap bahasa melayu nih

  7. Samdaddycool // 24 Oktober 2008 pada 1:11 PG  

    .. Isu bahasa adalah satu perkara yang tak akan habis diperdebatkan di Malaysia.
    Umumnya, masalah yang timbul adalah berpunca dari sifat dalaman masyarakat Melayu itu sendiri. (Kita sudah sedia maklum perangai / 'peel' melayu sendiri)...
    Kenapa kita bercakap, tak sama macam kita menulis / mengarang secara formal? (lihat pertuturan 'mat saleh' - pertuturan hampir sama dengan penulisan).
    ..Cara untuk memperbaiki yang terbaik, kita dah mula nampak usaha pihak media terutamanya dalam menggunakan bahasa ydengan nahu serta sebutan yang betul. Cuma yang kena jadi sokongan, sudah semestinya ibu bapa di rumah ketika mula-mula mengajar bayi bercakap... bukannya ibu bapa yang ikut jadi pelat macam anak!