Alamat blog

Dulu saya pernah tulis tentang bendera Malaysia yang dirasa memang patut ditukar. Tapi saya bukan geng terbalikkan bendera.

Saya mahukan Bendera Malaysia mempunyai unsur "Sang Saka Merah Putih" seperti yang dimahukan oleh Dr Burhanudin Al-Helmy.

Buat apa pening-pening mencipta bendera yang baru?
PUTERA-AMCJA sudah sediakan bendera negara kita seawal 1947.
Sudah pasti ianya dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy


Kepada yang sudah bersedia dengan perisian grafik , sila buatkan kembali Bendera Malaya kita ini.
Iaitu Sang Saka Merah Putih yang ada 12 bintang.




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. Tanpa Nama // 1 September 2008 pada 10:32 PTG  

    Tuan Sebol,

    Satu pertanyaan: Adakah 12 bintang itu benar-benar mewakili 3 Negeri-negeri Selat (termasuk Singapura) + 5 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu + 4 Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

    Jikalau benar, nampaknya sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan kerana walaupun "bintang" Singapura itu sudah "diambil alih" oleh Wilayah Persekutuan, bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak? Bukankah mereka juga layak mendapat "bintang" di bendera tersebut?

    Sekadar berkongsi pandangan....

  2. Hasbullah Pit // 1 September 2008 pada 11:08 PTG  

    12 bintang itu merujuk kepada 12 negeri, tak termasuk sabah sarawak.
    termasuk sekali singapura.

    Memang tidak releven bagi sekarang.
    tapi itulah bendera kita yang asli ketika menuntut kemerdekaan dari british oleh PUTERA AMCJA.

    Kalau nak dikatakan releven, aku lagi suka bulan dan bintang 14 yg ada pada jalur gemilang diletakkan di bahagian 12 bintang itu.
    Tanpa latar belakang biru.

    Bulan dan bintang 14 memang menggambarkan negara kita.

    atau....

    buat 1 bulatan warna biru, dalam tu ada bulan dan bintang 14.




    cuba kau hasilkan beberapa set bendera.

  3. deMahdali // 2 September 2008 pada 7:50 PG  

    ada penerangan yang jelas..

    http://10tahun.blogspot.com/2008/02/bendera-rakyat-1947.html

  4. Tanpa Nama // 2 September 2008 pada 8:19 PG  

    Saya nak mengulas sedikit pasal bendera terbalik..
    Semasa merdeka saya dapati Majls perbandaran tempatan mengantung bendera malaysia yang jenis menegak. Ada kah bendera itu dikira sah atau sememangnya ianya dikira "halal" ??

  5. Tanpa Nama // 2 September 2008 pada 2:16 PTG  

    Tak perlulah nak tukar bendera Malaysia atau Jalur Gemilang yang sedia ada... Cukuplah apa yang ada...

  6. pedang.malam // 2 September 2008 pada 2:33 PTG  

    Salam..

    Jalur gemilang sama macam bendera USA.Falsafah disebalik warna yang melambangkan bangsa dan identiti rakyat Malaysia itu sudah menarik tetapi dicemari dengan corak bendera persis negara zionis itu.

    Jadi tukarlah coraknya
    supaya di akhirat kelak tidak kita dipersoalkan dengan soalan-soalan yang tak mungkin kita dapat jawab.falsafahnya kekalkan dan ubah apa yang perlu.

    Salawat

  7. Tanpa Nama // 2 September 2008 pada 4:56 PTG  

    Dah 51 tahun kita merdeka, kenapa baru sekarang nak pertikai Jalur Gemilang? Sebelum ini tiada masalah pun. Lagipun tidak semestinya jika bendera kita hampir sama dengan bendera US, kita pun sama macam diorang...

  8. Hasbullah Pit // 2 September 2008 pada 6:21 PTG  

    Kenapa aku tak cadangkan penukaran bendera seawal 1958?

    Kenapa Dr Burhanuddin Al-Helmy tak suruh kita merdeka seawal 1850?

    jawapannya mudah iaitu, belum lahir.

  9. rastom // 4 September 2008 pada 9:03 PTG  

    Soal bendera Malaysia (bukan Jalur Geli....)mungkin soal kedua, soal pertamanya ialah semangat disebalik cadangan cadangan Perlembagaan Rakyat Dr Burhanuddin tu.....wajar dihayati!