Alamat blog

Harga Minyak diturunkan. Ramai yang suka, ramai yang memperlekeh dan macam-macam lagi.

Daripada janji kononnya diturunkan pada 1 September tetapi rupanya 23 Ogos.
Mengapa 23 Ogos? Adakah harga minyak bulanan yang berubah-rubah itu akan berubah setiap 23 haribulan? Daripada mana tarikh 23 haribulan itu diambil?

Bagi pengguna biasa ramai yang seronok sehingga tangguhkan pembelian minyak kepada 23 haribulan. Kepada pengusaha?

Shahrir Samad menggunakan alasan pengusaha ketika memaklumkan tentang kelewatan penurunan harga minyak.

Banyak syarikat minyak yang menggunakan sistem pesanan automatik untuk pengusaha minyak jenama mereka. Dalam erti kata lain, mereka TIADA HAK untuk mengawal stok mereka. Saya tidak sebut jenama, pandai andailah cari.

Sekiranya mekanisme penetapan harga minyak bulanan dilaksanakan pada setiap hujung bulan, Syarikat minyak boleh buat kelonggaran supaya pengusaha boleh membuat pesanan secara manual supaya kalau pengusaha rugi, itu atas kawalan pengusaha bukan atas kawalan syarikat minyak.

Tapi kalau syarikat minyak memang bersedia untuk memberikan kawalan penuh kepada pengusaha supaya dapat menjaga tangki masing-masing, tetapi Menteri pula turunkan mengejut ketika stok banyak. Terdapat pengusaha yang ketika harga minyak naik dulu, stoknya kering habis dibeli oleh rakyat jelata.

Memang mudah mulut bercakap "Kalau harga turun kau rugi lah sedikit, kau dah untung ketika harga minyak naik dulu". Tetapi kalau minyak kering atau hampir kering ketika harga dinaikkan menjadi RM 2.70 dulu, nak untung macam mana?

Itu cerita pengusaha minyak yang saya jumpa tadi. ramai yang penuh tangki, jangan kau tanya "berapa stokmu".

Cerita saya?
Saya sudah bau harga minyak akan diturunkan dalam beberapa hari ini, tetapi saya tersalah percaturan.

Harga minyak diturunkan kepada satu harga yang kelihatan seperti dibundarkan kepada 5 sen terdekat. Ianya bagi saya sesuatu yang tidak begitu kena kalau nak jadikan harga runcit minyak mengikut harga pasaran. Kalau disubsidikan tepat-tepat 30sen, pasti sepatutnya harga itu tidak kelihatan dibundarkan kepada 5 sen terdekat.

Adakah harga petrol ron92 semasa yang dikurangkan sebanyak 30 sen akan menjadi RM 2.40?
Atau langkah populis?




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 23 Ogos 2008 pada 3:53 PG  

    adoi..aku makin pening beb...dekat2 pilihan raya ni biasa la...

  2. SisHoney // 23 Ogos 2008 pada 12:44 PTG  

    salam incik sebol,

    bila kawan sis kata akan turun 1.9.2008 sis dengan yakin kata akan turun sebelum pilihanraya.ini adalah strategi.mereka tdk ingin sejarah lama akan berulang di mana semua orag marah.

  3. rastom // 23 Ogos 2008 pada 5:49 PTG  

    Sonang saja bah! Habis pilihanraya naik balik, hehehe...Wak Dolah DNA Lama pun mau jadi populis!

  4. Tanpa Nama // 24 Ogos 2008 pada 12:04 PTG  

    Nampak sangat. Buhsan aku menonton drama puak2 tertinggi nih. Dah mengalahkan citer Ezora, berbelit2 berputar alam! Dah jadi citer tak logik, macam citer bawang merah bawang putih pulak. Apa dia ingat bila buat macam tu rakyat berubah hati ker? Tak mungkin, rakyat dah pandai menilai yang mana drama, yang mana filem, yang mana komedi, yang mana citer hantu... kui3x!