Alamat blog

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.



Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.

Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.

Kerana apa?

Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.

Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.

Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.

Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.

IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.

Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.

Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.

Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.

Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.

Takut orang Melayu beralih kepada PAS?

Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 23 Ogos 2008 pada 4:27 PTG  

    mantap beb. itu jer aku leh cakap !!

  2. rastom // 23 Ogos 2008 pada 5:55 PTG  

    Sebolku al haj,

    Entri ini wajar diperkembangkan. Ini sudut sejarah yang menyelak kain. Saya juga ada menyentuh sedikit perihal yang sama termasuk juga link untuk membaca apa itu Perlembagaan Rakyat di zaman sebelum merdeka. Permalink entri.

  3. Tanpa Nama // 23 Ogos 2008 pada 6:29 PTG  

    kekanda sebol,

    minta pemuda Umno Tedong baca biografi Dato' Onn terbitan DBP tulisan Ramlah Adam.

    Umno yang bunuh kareer Dato' Onn. Umno yang lancarkan character assassination terhadap Dato' Onn. Umno yang rasuah ADUN Parti Negara untuk jatuhkan Kjaan Pas+PN di Tganu.

    Dan kini mereka berani meletakkan Dato' Onn sebagai wira?

    ptuih!

  4. sitopimerah@android:~$ // 23 Ogos 2008 pada 9:00 PTG  

    umno itu mmg begitu, umno mmg mudah lupa, bila senang lupa rakyat, bila susah lupa kekejaman mereka...

    Kebuduhan ini kerana mereka mmg buduh dan ta'sub, sama mcm mereka ta'sub kepada micro$oft utk buat platfor halal, apa open source tak buleh ka?

    kununnya menjaga hak melayu tapi merekalah yg membunuh karakter melayu, merekalah yg memperkenalkan ajaran songsang, mempermainkan agama, dan mentor budaya fitnah terbesar di negara ini...

  5. perjuanganku // 24 Ogos 2008 pada 10:11 PG  

    Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuangan Dato On, yang aku tahu penghormatan harus diberi kepada Allahyarham di atas perjuangannya menubuhkan UMNO. "Pemimpin datang pemimpin pergi" tidak ada yang atas muka dunia ni semua baik belaka. Apa yang ditinggal itulah warisan yang aku harus tahu "Dan Kami Pemuda " harus pertahankan.Sebagai pemimpin pemuda UMNO Tedong Pekan, awak tengoklah sampai ke hari ini Pas atau PKR masih tak mampu menubuhkan cawanganya apa sebabnya? Hanya jawapan yang ada pada anda.. nak jadi pemimpin jadilah contoh pemimpin kepada mereka yang perlukan pemimpin di alam nyata bukan mereka yang menjadi pemimpin di alam siber ini. fikirkanlah

  6. Tanpa Nama // 24 Ogos 2008 pada 11:30 PG  

    Saya rasa amat lucu juga bila UMNO pamerkan muka Dato' Onn besar-besar di mana-mana risalah atau perhimpunan atau mesyuarat mereka yang kononnya "memperjuangkan Melayu" tetapi Dato' Onn sendiri sudah tidak mengaku dirinya adalah sebahagian daripada UMNO. Pada masa yang sama, Dato' Onn jugalah yang mula-mula sekali memberi amaran mengenai pengaruh PAS apabila beliau berkata dalam satu perhimpunan agung UMNO dengan kenyataannya "hubaya, hubaya, bahaya dari gunung", iaitu merujuk kepada Mahaad El-Sharif di Gunung Semanggol di mana gerakan Islam mula-mula sekali ditubuhkan.

    - MENJ