Alamat blog

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi?

Lehman rugi tetapi tidak dibailoutkan oleh "Fed",
Meryl Lynch pula akan dibali oleh Bank of Amerika.

Yang menghairankan ialah Bank di Malaysia tidak rugi?

Apa cerita sebenarnya yang menyebabkan Bank di Amerika rugi? Kerana mereka terlibat dengan kredit yang tidak sepatutnya?

Boleh sesiapa terangkan?

Yang memushkilkan saya lagi ialah bagaimana USD boleh meningkat tatkala semua rugi dan Muflis dan saham jatuh teruk?




Berpusing!!!!!!

16 komen

  1. Gelombang Rakyat // 16 September 2008 pada 5:42 PTG  

    Asasnya, orang menyimpan dalam bank. Ada sebab keselamatan. Namun ada sebab keuntungan. Bila ada beberapa bank, keuntungan dijanji melebihi yang lain.

    Pun begitu ada satu aspek perbankan yang memperjudikan wang sebagai komoditi. Jika untung banyak, keuntungan yang dijanjikan boleh diliputi.

    Masalahnya bila rugi.

    Tidak tertampung. Sebab itu ada penggabungan.

    Atau jualan.

    Saya nampak aspek perjudian inilah yang sepatutnya dikawalselia oleh Bank Pusat.

  2. rastom // 16 September 2008 pada 11:25 PTG  

    Apa tak boleh rugi, fail-fail hutang pun jadi bahan dagang. (re:Sub-prime)

  3. Gelombang Rakyat // 16 September 2008 pada 11:36 PTG  

    Betoi ke ni?

    Kalau gitu, fail kita kan banyak, jom dagang kan...

  4. Hasbullah Pit // 17 September 2008 pada 12:08 PG  

    Lepas tu, ada orang yang "meminjam" daripada sumber yang tiada, untuk melabur dengan membeli fail hutang.

    fail hutang itu pula digunakan untuk hartanah yang dijangka naik tapi merudum.

    pening pening.

  5. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 7:07 PG  

    sape cakap bank di Malaysia tak rugi ?? Time gawat dulu tuh, banyak yang rugi, ade yang da bunngkus da pun..Tetapi kebanyakannya dapat diselamtkan dengan merger & acquisition.

    Apabila cakap pasal US bank ni, kita bercakap pasal capital dan cash flow yang bapak besar giler.Satu bulan berbilion-bilion duit keluar dan berbilion-bilion duit masuk.Cube bayangkan apa akan terjadi apabila berbilion-bilion duit keluar,tetapi berbilion-bilion duit masuk tu tak masuk.

    Masa kita dulu,polisi seperti kredit kontrol dan interest rate cut banyak membantu.Kita juga sekat duit kita diniagakan di luar Malaysia sampai sekarang menybebabkan inflation lagi mudah dikawal.Sekiranya BNM cetak ringgit lebih pun duit tu dalam Malaysia saje dan bila2 masa saja boleh dikurangkan semula.Lepas tu Bursa Malaysia tak benarkan short selling,kalau invest kat share kene tunggu setahun baru bleh bawak duit keluar.

    Tetapi US tidak boleh tiru kita sepenuhnya,sbb ekonomi mereka sangat bergantung kepada dunia luar.Tapi banyak gak yang diorang tiru seperti interest rate cut dgn bailout,sedangkan time kita dulu diorang suruh naikkan lagi interest,pastu pinjam dari Along IMF.Kalau tak silap saya, orang bijak yang nak jadi PM tuh pun ada cadangkan supaya interest rate dinaikkan.Dan hari ini orang bijak tuh ingat parlimen tu macam taman permainan,kalau ali dan abu join aku,aku bleh jadi PM,esok ahmad dan azlan join ko,ko plak jadi PM lah,hehe.

  6. Rausyanfikir // 17 September 2008 pada 9:25 PG  

    Tu la Encik Sebol. Saya dah baca skit buku The grip of Death tu.Satu dunia semua negara berhutang. Kalau semua org berhutang, siapakah yang memberi hutang?

    Antara jawapan yang saya tahu ialah masalah fractional reserve banking. Kita cetak duit out of thin air.

    Dalam kes US ni is capitalism+consumerim at its highest level.

    Boleh dibahas lg.

    Kat Malaysia rasanya media banyak cover up pasal banking ni.Tgk je lah berapa kerat news pasal economic.

    Kalau nak tau kita kena cuba baca The Edge.

  7. Hasbullah Pit // 17 September 2008 pada 9:29 PG  

    Tanpanama:

    "Bank Malazsia tidak rugi" merujuk kepada situasi semasa.

    Kadar faedah rendah, sebenarnya menyebabkan ekonomi terbentuk secara buatan berdasarkan hutang.

    kadar faedah terlalu rendah menyebab peningkatan hutang, dan memungkinkan perkara seperti sub prima akan melanda malaysia.

  8. zewt // 17 September 2008 pada 10:24 PG  

    kesan ketumbangan bank-bank di amerika belum lagi dirasai oleh bank-bank di malaysia, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi.

  9. Gelombang Rakyat // 17 September 2008 pada 10:25 PG  

    Ada dua perkara yang seronok diketahui kita semua.

    Okay, tiga perkara.

    Pertama:
    Asal usul wang kertas, "promisory note" selebar kertas A 4. Betapa manusia dikenakan, "you bagi I simpan emas you, I bagi kertas A 4 ini, sebagai perjanjian bukti simpanan".

    Kedua:
    Kenapa Dinar Emas mata wang yang lebih baik, daripada kertas.

    Ketiga: Saya dengan Rastom pernah berbaring di pantai berhampiran Kuah, dan kami berfikir, jikalaulah barangkali gamaknya cengkerang boleh dijadikan mata wang. Kami bekerja di pantai setiap hari.

  10. rastom // 17 September 2008 pada 11:21 PG  

    Zubli (bakal jutawan RM cengkerang) dan YB Sebol, ada lagi suatu ramalan yang hampir dan semakin hampir menimpa kita. Tempias masalah ekonomi global bakal menjelang tiba. Cina pomen jiranku kata, "Mampoih kita!"......sekarang kita tidak terasa sangat sebab asyik dengan soal geng Erdogan, 16 Sept, Mahathir keluar-masuk UMNO...tiba masanya nanti..entahlah wallahua'lam....

  11. Hasbullah Pit // 17 September 2008 pada 11:53 PG  

    Selebum terlambat, mari kita jual fail fail hutang untuk memperolehi cengkerang.

    hehehe


    Sekiranya berlaku krisis terus, rizab emas akan dapat membantu, akan tetapi rizab emas bukan satu pendapatan.

    mungkin rizab emas hanya terpaksa digunakan untuk makanan dan keperluan sahaja.

  12. Gelombang Rakyat // 17 September 2008 pada 12:08 PTG  

    Itulah yang syok nya Sebol di Malaysia ini.

    Tiga bulan yang lalu ada satu maklumat yakni 10 industri akan merudum jatuh macam domino.

    Namun, ianya belum terjadi lagi, jadi apalah yang pemimpin politik nak risaukan.

    Jika pun terjadi, Rakyat kena dulu. Para pemimpin yang elaun keraiannya dipotong 10 % itu tidak terjejas.

    Jadi, di kalangan orang prihatin, macam kita, silalah selak berapa fail ada, tukarkan dengan cengkerang segera.

    Nampaknya Rastom dan rakan sewaktu dengannya, bakal posa Ramadhan genap, syawal 6, diikuti 10 bulan purnama berikutnya.

    Lebih baik Hang tanya Cina pomen tu, kalau kenderaan kita rosak, dia terima dak cengkerang?

    Boleh kalau, kita dah boleh mula kutip...

    Ya, cengkerang!

  13. Aapai // 17 September 2008 pada 1:06 PTG  

    bank amerika rugi pasal orang putih bodoh taktahu pandai akauntancy,
    bank malaysia tak rugi pasal orang malaysia tahu manage bila rasa nak rugi orang malaysia guna perkataan MERGE.

  14. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 1:50 PTG  

    sub prima bol...

    us cetak duit lagi nak bail freddie mac fannie mae bol...

    pakdi
    http://pakdi.my

  15. Gelombang Rakyat // 17 September 2008 pada 1:57 PTG  

    Yes, bank merging in Malaysia is unique.

    Small Bank eats up Large Bank.

  16. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 5:16 PTG  

    Oh, sory bro sebol, ingatkan refer mase time kita gawat dulu..Ler, sebenarnya kita takde kaitan langsung dengan krisis sub prima bank US.Takdenye bank-bank kat Asia nih nak beli loan2 tak berbayar dari US saner.

    Dan sebenanya, asal usul sub prima ni daripada interest rate yang tinggi laa.Dengan interest rate serta harga hartanah/perumahan di US yang melambung tinggi, mengakibatkan rakyat Amerika tidak mampu membayar pinjaman mortgage mereka.Sbb tuh US fed dah beberapa kali cut interest rate untuk mengatasi masalah ini,terbaru,mungkin diorang akan cut lagi bawah 2%..

    Negara seperti Jepun mempunyai interest hampir 0%,tetapi lihat ekonomi mereka.Jadi kesimpulannya,tak kisahla interest rate tinggi atau rendah,selagi rakyat mampu membayar hutang2 mereka kepada bank,selagi tuh Bank-bank di Malaysia ini takkan rugi.

    Walaumacammanapun,ekonomi kita akan tetap ditekan kesan daripada kelembapan ekonomi global,walaupun bukan direk terus daripada krisis sub prima.