Alamat blog

Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak..

Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu.

Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah?
Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan.

Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat?

Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah?

Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon".

Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik.

Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bahawa ramai pemimpin PAS tidak bijak berpolitik. Ada juga yang bijak.

Bagi saya, secara peribadi, perbincangan dengan UMNO itu terlalu awal.

Jika benar takutkan PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, usahakan sahaja supaya dominan. Adakan kursus-kursus pendek sains politik untuk pemimpin PAS yang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Adakan kursus berkaitan dengan media, agar PAS tidak ketinggalan dalam media yang semi terbuka.

Akan tetapi apabila disisihkan dengan Pakatan Rakyat, maka memanglah PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

Siapa ya, yang berurusan soal kerusi Parlimen sehingga PAS bertanding terlalu sedikit kerusi Parlimen?


Sejak dari dulu saya sering mempersoalkan kenapa di media yang agak terbuka seperti http://malaysiakini.com/bm/ PAS ketinggalan?

Kalau begitu caranya, dengan siapa pun PAS berkawan, akan sering tidak dominan.

PAS adalah 1/3 daripada Pakatan Rakyat, sepatutnya 1/3 agenda Pakatan Rakyat itu agenda PAS.

Saya tidak mahu begitu menyalahkan pihak yang membuatkan PAS tidak dominan sehingga mahu lari ke pasukan yang lagi satu, akan tetapi sepatutnya ianya hanya boleh menjadi langkah rizab sahaja.

Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat memerintah dan PAS didalamnya, apabila cubaan untuk dominan gagal, barulah tarik tali untuk keluar, bukannya cuba keluar walaupun belum memerintah.

Siapa suruh Malaysia mesti guna guna sistem 2 parti ala Amerika?

Kalau benar PAS mahu keluar pakatan apabila Pakatan Memerintah, maka secara automatiknya tiada siapa yangada majoriti, pilihanraya semula, apa susah.

Mengapa begitu gusar PAS tidak dominan kalau ada senjata untuk keluar Pakatan?




Berpusing!!!!!!

9 komen

  1. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 6:07 PG  

    Saya bersetuju dgn saudara,PAS bukannya retak,cuma perbezaan pendapat sahaja. Yang saya tak setuju bila saudara kata tidak salah berbincang dgn UMNO, bagi saya UMNO bukannya manusia yang boleh dibawa berbincang walau pun kita bijak berpolitik. UMNO ni jahat sejahat-jahatnya. Dari berbincang dgn mereka baik bunuh sahaja.

  2. Cikli // 17 September 2008 pada 7:58 PG  

    salam...

    kalau malaysiakini dah beroperasi zaman tabiin dan tabi' tabiin dulu pasti dilaporkan Islam telah retak dan berpecah kerana ada Maliki, Hanafi, Shafei dan Hambali.

  3. Gelombang Rakyat // 17 September 2008 pada 8:03 PG  

    Saya kurang mendekati PAS. Namun dari jauh memang tahu PAS sebuah parti yang baik.

    Pada masa kini, tidak perlulah berpecah atau memulakan keretakan.

    Apa yang penting bersatu semular.

    Kembali kepada perjuangan asal pengasasnya.

    Berikan penerangan kepada Rakyat Malaysia yang jelas Islam bawaan PAS.

    PAS sudah semakin ramai pemimpin yang berkaliber.

    Cuma, tidak perlu membayangkan pegangan yang terus menakutkan jika PAS memerentah.

    Apa yang dimulakan di Kelatan dan di Kedah adalah permulaan yang baik.

    Fikir kembali kenapa Terengganu terlepas kepada UMNO. Tawan semular.

    Banyak kebaikan yang PAS boleh lakukan di Malaysia.

    Bersatulah kembali.

  4. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 8:27 PG  

    1. Setuju tak kalau kita kata AMNO parti yang korap dan menunggu masa saja untuk kebinasaan?

    2. Setuju tak AMNO dari dulu sampai sekarang memerintah dengan rakus menzalimi rakyat termasok Kerajaan PAS sendiri (Kelantan & dulu Trengganu)?

    3. Setuju tak AMNO sekarang masih belum insaf dan mengakui dosa-dosa terhadap rakyat dan PAS?

    Kalau bersetuju APA FAEDAH DAN TUJUAN PAS BERIYA BENAR BERBINCANG DGN AMNO YG TERANG-TERANG PENGKHIANAT AGAMA/BANGSA/NEGARA?

  5. Ser@i // 17 September 2008 pada 8:33 PG  

    salam..

    saya yang baru nak mengenali erti perjuangan yang datang bukan dari BN ataupun UMNO tertanya2 apakah halatuju PAS dan PR.

    Kalau sebegini celarunya perjalanan perjuangan ini nampaknya sy juga terpaksa menilai diri sendiri dalam memberi sokongan kepada pejuang yang datang bukan dari BN atau UMNO

  6. Gelombang Rakyat // 17 September 2008 pada 9:02 PG  

    Sebagai Ada Nama, saya setuju dengan Tanpa Nama.

    Saya baca dan pos pemikiran terkini Nik Aziz Nik Mat,

    Kat sini:
    http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/16/nik-aziz-nik-mat-is-more-vocal-to-put-the-rakyat-more-than-self/

    Kata Nik Aziz Nik Mat, UMNO Islam tidak, demokrasi pun tidak.

    Namun, seburuk-buruk UMNO pun, Islam Hadhari nya, cantik di atas kertas.

    Jika pun cantik Islam bawaan PAS, mananya tak nampak pun.

    Kalau setakat ceramah, Bila PAS memerentah kelak kami akan potong tangan Rakyat Malaysia, contohnya.

    Tak usahkan Karpal Singh, ramai yang seram.

    Maksud saya, para pemimpin yang ada dalam PAS perlulah mendidik Rakyat Malaysia, apakah visi dan misi Islam sejak asal perjuangannya.

    Terajuilah kepimpinan dari aspek ini.

    Ini penting.

    Boleh kita tengok ini terjadi dalam sedikit masa lagi?

  7. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 1:53 PTG  

    ramai cuba melihat budaya PAS yang terbuka dari kaca mata UMNO.

    sebab tu mereka kata PAS berpecah.

    sedangkan dalam PAS, ajk biasa nak kritik tuan presiden pun tiada masalah.

    tarbiyyah. siapa yang lalui tarbiyyah PAS dia boleh faham walaupun samar mulanya.

    Pakdi
    http://pemikir.blogspot.com

  8. Gelombang Rakyat // 17 September 2008 pada 2:00 PTG  

    Saya setuju PAS sebuah parti yang baik.

    Namun kongsi-kongsilah kebaikan ini dengan Rakyat Malaysia.

  9. Tanpa Nama // 17 September 2008 pada 8:45 PTG  

    Setuju dengan tulisan ini, kalau mahu dominan senang sahaja, kita menang semua kerusi2 di mana PAS bertanding satu lawan satu dengan UMNO. Apa yang susah?

    - MENJ