Alamat blog

Selama saya hidup di dunia ini, tidak pernah kedengaran Parti politik di Amerika mencadangkan pengagihan bantuan kemiskinan melalui parti politik yang memerintah.

Agaknya, Kalau Bush arahkan Republican untuk mengagihkan bantuan kemiskinan supaya McCain dapat mengatasi Obama, adakah rakyat Amerika akan "terhutang budi" kepada Republican?

Suasana berbeza berlaku di Negeri Melaka, dimana secara terang-terangan Ali Rustam mengarahkan supaya bantuan kemiskinan diagihkan melalui partinya.

Sila baca Berita di Akhbar Tanpa RSS, Melaka Hari Ini

Saudara Saudara boleh lihat bagaimana dia berkata, sekejap "Kerajaan" sekejap "UMNO".

Boleh lihat sendiri dengan jelas bagaimana cacamerbanya Parti Pemerintah yang sering melaungkan "Pakatan Rakyat Tak pandai memerintah".


"Perkara asas itu adalah seperti membela rakyat di semua peringkat, termasuk membela kemiskinan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam bajet 2009, baru-baru ini.

"Dalam Bajet 2009, mereka yang pendapatan kurang RM720 boleh memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ini selaras dengan saranan yang telah dibuat oleh UMNO di peringkat Cawangan, Bahagian dan Badan Perhubungan Negeri.

"Perkara berkenaan telahpun dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) supaya membela nasib golongan miskin ini sepatutnya menjadi keutamaan Kerajaan.

"Alhamdulillah, nampaknya perkara itu telahpun diterima oleh Kerajaan dan telah pun dimasukkan ke dalam Bajet 2009 yang diumumkan baru-baru ini," jelasnya.

Lihatlah bagaimana Majlis Tertinggi UMNO boleh memutuskan supaya pengagihan Dana Kerajaan (Yang juga tidak terdiri daripada UMNO sahaja) adalah diagihkan melalui UMNO.

Ada wakil kaum India dan Cina dalam Majlis Tertinggi UMNO?

Memang dilihat hasratnya murni untuk membantu orang miskin, akan tetapi apabila UMNO dijadikan sebagai sebahagian ejen mengagihan. Apa pula nasib kaum India?

Memang akan ada orang UMNO yang mengatakan mereka tidak melilih parti atau jenis fahaman politik. Tetapi siapa boleh percaya?

Kalau hendak mengatakan semua UMNO memilih bulu ketika mengagihkan bantuan, bohong namanya. Ada yang tidak memilih bulu, ada yang memlilih bulu.

(gigiku patah lagi ketika mengunyah karipap)

Jadi adakah anda menyokong dasar pengagihan bantuan kemiskinan melalui parti politik?
Dunia akan mentertawakan Amerika kalau McCain melakukannya. Akan tetapi tidak di Malaysia.


Di Malaysia, rakyat sudah biasa, Wakil rakyat tugasnya ialah agihkan bantuan.
Kena baik dengan dia. Kena baik dengan JKKK.

Nanti tak dapat bantuan.

Itu mentaliti orang Melayu.

PAS, PKR DAP?
Tak perlu tiru UMNO menagih undi dengan menjadikan "pekerja parti" sebagai alat menagih undi walaupun itu cara yang berkesan. Sebaliknya membentuk dasar supaya pengagihan dilakukan dengan lebih telus dan adil oleh jentera kerajaan dan bukannya parti politik.

Mana satu anda percaya boleh mengagihkan UMNO atau orang lain yang bebas?

Melihat akan carta organisasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka, semua Melayu, adakah anda yakin bantuan boleh sampai kepada orang india di Estet Merlimau.

Sekiranya Bantuan kepada golongan miskin India diagihkan melalui parti politik, Parti politik Mana yang agihkan untuk India Merlimau? PPP atau MIC?




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Tanpa Nama // 5 September 2008 2:16 PTG  

    Dah takde modal ke? Hal-hal pengagihan macam ni pun nak dipolitikkan.. Terimalah kenyataan bahawa tiada kerajaan baru yang dibentuk pada 16 September ni...

  2. si lembik's // 5 September 2008 6:07 PTG  

    kepada sebol,

    tau ke macam mana nak buat untuk 'blog list' dan kemudian kita attachkan dalam blog kita....blog list yang saya maksudkan boleh dirujuk pada blog Emy ketua pu3 melaka n blog sofi wahab..mohon penjelasan..kalau dapat bantu lagi bagus

  3. aficiozado // 5 September 2008 11:39 PTG  

    tu lah tanpa nama..ali rustam ni dah takde modal..tinggal gune duit rakyat je la utk dapat name..